Assalamualaikum semua...
I'm back again in 2022, since tahun 2020 dan 2021 dah pun pantas berlalu begitu sahaja dengan kita melalui satu fasa sukar dalam kehidupan menghadapi COVID 19. Terlalu banyak benda aku nak bercerita apa yang aku lalui selama 2 tahun ni, tapi untuk post aku yang ini aku tak nak share dulu sebab aku tak sabar-sabar nak share tentang satu tempat yang sangat menarik dan agak hype untuk lepak santai sambil menikmati kopi dan makanan yang best-best. Kat mana??? Jom teruskan membaca...
Ok since aku dah berpindah tinggal di Klang ni, maka jarang-jarang aku turun KL apatah lagi musim-musim pandemik ni susah nak lepak-lepak ngopi macam dulu-dulu. Tapi dah memang namanya aku yang memang suka makan ni, maka minat aku yang suka jalan-jalan cari makan tu kuteruskan juga.
So aku pun terjumpa satu tempat ni di IG, tempat yang agak menarik bagi aku bila dengar namanya jer pun, hehehe masa aku tau tempat ni aku tengah mengandung dan aku tak keluar rumah sebab aku golongan berisiko kan, so aku simpan dulu niat tu. Maka tahun ni 2022 keadaan pun dan agak bebas sikit, aku pun dah habis berpantang maka ku sempatkan diri untuk menyinggah ke kedai kopi ni yang diberi nama KOPI SENGET.
Kedai kopi ni terletak di Teluk Panglima Garang, perjalanan dari rumah aku di Klang ke sana mengambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk sampai ke kedai kopi ni. So aku pergi hari Ahad, kebetulan ada urusan di Teluk Panglima Garang tu maka selesai urusan aku pun plan singgah breakfast di KOPI SENGET ni.
So masa aku sampai sekitar jam 9:30 pagi dah ada beberapa meja yang berpelanggan, tapi nasib ada lagi tempat kosong hehehe manalah tau pagi-pagi dah penuh macam ada satu kedai viral yang aku pernah pergi, pukul 9:30 pagi buka jer terus dah beratur panjang. Kat mana tu??? Hah nanti aku share di next post ye.
Ok teruskan lagi, tentang kedai ni bila aku sampai dan masuk aku terus suka, staff-staff sangat friendly, interior dia menarik, ada banyak juga pilihan makanan dan tempat ni sangat santai memang sesuai lepak-lepak tenang sambil menikmati makanan. Oklah selebihnya aku bagi tunjuk gambar-gambar untuk tatapan korang ye sambil-sambil aku cerita apa yang best dan aku suka. Sebab cerita dengan visual, biasa visual lebih senang faham dan lebih menarik kan hahaha... jom explore KOPI SENGET!!!
Kedai Kopi ni tepi jalan jer
nanti nampak signboard ni
View tepi jalan, Sempoi...
Antara menu yang ada,
masa kitaorang sampai nasi lemak ada lagi
kat dalam korang boleh pilih dessert pulak
decoration port nak bergambar
Dah start posing hihi
Menu yang aku pilih, semua sedap...
Nak order Lontong, Soto & Kuew Teow Sup
rasa tak mampu hahaha rojak buah pula habis daaaa...
Port Bergambar
Instagramable
Lepas habis makan, ambil-ambil gambar aku memang puas hati dengan menu-menu pilihan aku. Nasi lemak sotong memang sedap, mee kari sedap dan pecal jawa dia pun, semua menu pun buat aku tersenyum lebar hahaha, aku bagi 4.5 out of 5. Eh puas hati kenapa tak penuh, aku tolak 0.5 sebab ada satu jer masa aku makan agak terganggu dengan beberapa ekor lalat tapi aku maafkan mungkin sebab kedai kopi outdoor kan tepi jalan, bagi aku takde masalah aku maafkan sebab makanan semua sedap. Cuma mungkin owner boleh usahakan masalah ni untuk kebaikan dan mengelakan makan tercemar. Tapi jangan salah faham ok, serious aku recommended kedai ni. Moga bertambah maju.
So tulah sebahagian perkongsian yang dapat aku sharekan dengan korang, bagi aku tempat ni bukan sekadar untuk Instagramable jer tapi memang patut korang singgah sebab makanan dia memang tak mengecewakan, worth it with price, selesa dan paling best staff friendly.. memang aku nak repeat lagi, sebab nak try rasa menu-menu lain pula.
Sampai sini dulu, time kasih sudi baca & daaaaaaa....