Saturday, May 23, 2015

INFO PERUNDANGAN 1 : Tuntutan Sivil

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Ok mulai hari ini, setiap Jumaat I akan share with you all info perundangan berdasarkan ilmu dan pengalaman yang I ada. For you all information I graduated in Syariah & Islamic Jurisprudence. I also working in legal field. Walaupun I bukanlah seorang pengamal undang-undang, namun kecintaan I terhadap bidang ini tak pernah padam. InshaAllah dengan sedikit ilmu yang I ada ni, I akan kongsikan dengan you all.
Apa pentingnya you all tahu info-info perundangan ni? Ok berdasarkan pengalaman I bekerja di Mahkamah, I dah jumpa pelbagai jenis orang yang bermacam-macam ragam dan cerita-cerita mereka yang tersendiri. Kebanyakkan mereka yang datang ada yang memang zero knowledge, sebab bila datang terus nak apa yang diorang nak dan bila kita explain prosedur, ada yang tak boleh terima dan anggap kami ni sengaja nak menyusahkan mereka. Maka macam-macam lah yang keluar dari mulut mereka ni. Ada yang marah-marah, ada yang petik nama-nama vip (kenal orang itu orang ini or kata sedara mara mereka ada yang lawyer lah pegawai besar lah macam-macam peel), ada yang menangis minta dikasihani dan ada yang hempas dokumen dan macam-macam lagi, ada setengah tu siap ajar apa yang perlu kami buat untuk mudahkan jalan mereka, but when we talk about law and procedure kita memang tak boleh nak layan semuanya mengikut kehendak mereka. So I hope before you come to court at least you read something info about your matters. Sure you all kata macam-macam alasan kan? Takde masa nak baca, dah tua-tua tak rajin nak google-google, buta IT, dan seribu macam alasan. Hendak seribu daya malas memang tak dapat apa. So siapa-siapa yang sedang baca ni kongsikanlah info ni kepada saudara mara, sahabat handai dan sesiapa yang anda kenal. 
Sharing is Caring, Caring is Loving.
Mungkin hari ini anda tak lalui situasi-situasi yang saya gambarkan itu, tapi one day when it’s happened (hopefully not) at least you have some information. Mungkin juga anda rasa ambil jer lawyer (jika mampu), tapi kalau tak mampu ambil lawyer what to do? So hopefully perkongsian I ni dapat membantu you all sedikit untuk anda celik perundangan.
Panjang lebar dah membebel, so untuk post kali ni I nak share dengan you all tentang Tuntutan Sivil.

Apa itu Tuntutan Sivil?

TUNTUTAN SIVIL adalah merupakan pertikaian di antara dua atau lebih pihak menuntut remedi/ganti rugi/pampasan yang melibatkan isu perudangan dan fakta.

Jika anda ingin menuntut balik hutang, ganti rugi atau anda berhutang untuk perkara-perkara seperti berikut;
-          - Pinjaman Perumahan
-          - Pinjaman Kenderaan
-          - Pinjaman Pendidikan (PTPTN, MARA, JPA)
-          - Kad Kredit
-          - Pelanggaran Kontrak
-          - Pertikaian mengenai harta
-          - Pertikaian diantara tuan tanah dan penyewa
-          - Kemalangan Jalan Raya
-          - Ganti Rugi untuk kecederaan
-          - Pinjaman Peribadi

Maka pertikaian-pertikaian ini boleh diselesaikan melalui tuntutan sivil.

HAD TUNTUTAN SIVIL

-          - Tidak melebihi RM100,000.00 hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret
-          - RM100,001.00 tetapi tidak melebihi RM1,000,000.00 hendaklah difailkan di Mahkamah Sesyen
-          - Melebihi RM1,000,001.00 hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi

PIHAK-PIHAK

-          - Pihak/ Orang yang Menuntut dikenali sebagai PLAINTIF
-          - Pihak/ Orang yang Dituntut dikenali sebagai DEFENDAN

ADAKAH BOLEH ANDA MEWAKILI DIRI SENDIRI TANPA PEGUAM?

Jawapannya BOLEH, anda berhak mewakili diri sendiri di Mahkamah.
(Jika tidak mampu melantik peguam dan jika layak, anda boleh mendapatkan bantuan dari Jabatan Bantuan Guaman untuk memfailakn Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan.)

JIKA ANDA MEWAKILI DIRI SENDIRI;

Jika anda ingin meneruskan kes tanpa peguam, kemungkinan anda akan melalui kerumitan dan risiko akan timbul.

- Walaubagaimanapun, jika anda merasa kesukaran anda boleh melantik peguam ketika kes sedang dibicarakan.

- Anda harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan tentang undang-undang dan prosedur yang terpakai dalam kes anda. (Study and Read to get information, imagine you are lawyer)

- Patuhi tempoh masa untuk pemfailan dan penyerahan dokumen.

- Sentiasa datang awal dan bersedia untuk perbicaraan

That’s the reason why I cakap info-info ni penting, because bila you mahu protect your own self you kena ada cukup ilmu. Kalau tak cukup ilmu, then you panic datang you tak tahu nak buat apa.

ADAKAH HAD TEMPOH MASA UNTUK ANDA MEMFAILAKN TUNTUTAN?

Ya ADA, jika melibatkan agensi kerajaan tempohnya 3 tahun dari tarikh gagal bayar hutang. Jika tidak melibatkan agensi kerajaan tempohnya 6 tahun dari tarikh gagal bayar hutang.

BAGAIMANA DAN DI MANA TUNTUTAN SIVIL DIFAILAKN?

-          Tuntutan BOLEH difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret/Sesyen yang berdekatan.
-          Bayaran pemfailan dokumen perlu dibuat seperti kadar yang ditetapkan dalam Fi Mahkamah Rendah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran B2)

* (Rujukan Rules of Court 2012)


Ok cukup dulu untuk hari ni, banyak-banyak nanti susah nak hadam kan..hihi. Mesti korang nak tahu kan lepas dah failkan kes di mahkamah apa tindakan selanjutnya?

For the next post, InshaAllah I will share prosedur selanjutnya selepas pemfailan kes dibuat. See you next Friday.

Happy Reading and Happy Sharing

To be continue…

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...