Thursday, July 23, 2015

Time to Move On...


Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Time to Hijrah and hope for a better future... Amiin.



Gonna miss my workstation ^_~
Never Say Goodbye
Clear my things

Maaf Zahir & Batin
Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki
Halalkan Makan Minum
#kosongkosong

Jutaan Terima Kasih untuk semua warga
 Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang

My last day after 6 Years


Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Saya antara nampak
Esok Jangan Rindu-rinduan


#pray4me #wish MeLuck #worldPeace

Tuesday, July 21, 2015

Ada Apa Dengan Ramadhan 2015?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih bernafas dan pancaindera masih berfungsi dengan baik. Hari ni dah Syawal ke lima, sekejap masa berlalu. I am very sure you all masih dalam mood raya kan, I pun sebenarnya masih feeling-feeling nak beraya walaupun terpaksa kembali bekerja sejak semalam. Apa pun tetap bersyukur sebab masih boleh beraya dengan family. Bayangkan mereka yang terpaksa berjauhan dengan family waktu raya ni, atau yang terpaksa bekerja dipagi raya. Hmm anyway hari ni I belum nak share tentang ada apa dengan raya I tahun ni, because I nak cerita ada apa dengan Ramadhan I tahun.

Ramadhan 2015 ni, I boleh consider Ramadhan paling indah sampai I rasa kalau boleh nak Ramadhan terus sampai bila-bila, terima kasih Allah s.w.t sebab bagi peluang berjumpa dengan Ramadhan kali ni, semoga diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Ok apa yang best sangat Ramadhan I kali ni? So I senaraikan 6 perkara paling best sepanjang Ramadhan kali ni, let's reading...


#pertama : Jumpa Roomate Lama 

Me & Aliya
Ramadhan pertama, I sengaja ambil cuti because biasanya hari pertama ni I akan lemau sikit. Alhamdulillah I dapat berjumpa dengan roomate masa belajar dulu after 10 tahun tak jumpa, syukur sangat. Rindu terubat bila dapat jumpa, walaupun kitaorang hanya sempat jumpa dan borak sambil berdiri kat office dia di Pantai Dalam. Lepas tu, terpaksa stop borak sebab hujan turun dengan lebatnya, hihihi hujan rahmat dan hujan rezeki agaknya. I hope one day dapat jumpa semua roomate I di KUIS dulu, dapat sama-sama kenang kembali kenangan suka duka susah senang, makan ramai-ramai,  tidur sebantal, study sama-sama, dah macam adik beradik walaupun hakikatnya kenal tak lama.. kenangan bilik E401, Asrama Prof. Hamka. Thanks Allah.


#kedua : Dari L17 ke L29

Hijrah
Ramadhan kedua, masuk kerja dapat panggilan telefon yang buat I menitis air mata kegembiraan. Penantian yang sangat dinanti-nantikan. Alhamdulillah syukur, mungkin ini rezeki terbaik dari Allah buat I, so I terima dengan hati terbuka walaupun mula-mula hati agak berkecamuk, too much thinking and takut yang bukan-bukan ialah nak keluar dari comfort zone, tak tahu apa challenging yang nak kena hadap ditempat baru. Since ini rezeki ramadhan yang Allah bagi I take it and its time for me to hijrah and move on. InshaaAllah doakan yang baik-baik ye...


#ketiga : Reunion with BFF

BFF
Ini antara yang terbest Ramadhan kali ni, Alhamdulillah for the first time kami berlima dapat kumpul sekali macam ni setelah sekian lama. Selalu kalau plan nak jumpa sure ada yang tak complete, nak buat macam mana masing-masing ada urusan peribadi masing-masing but this time in Ramadhan kami dapat berkumpul, borak-borak, makan-makan, gelak-gelak, posing-posing.. it's really happy mood. As I remember last kami dapat berkumpul macam ni empat tahun lalu, waktu raya. Thank you Allah, kami merancang Allah yang izinkan. Hope we can meet more like this soon. Love korang ketat-ketat ^_~


#keempat : Attending Wedding on Puasa Month???


Alpha & Jay Wedding Ceremony
Ini memang tak pernah I buat, biar betol? Iye memang betul I attend unique wedding ceremony. Bukan majlis buka puasa tapi majlis perkahwinan pendaftar tempat kerja I, she sarawakian married with an Indian Man, so majlisnya penuh dengan adat budaya sarawak dan india. I memang tak pernah berpeluang tengok sebelum ni. Apa yang I boleh kata I enjoy attending the wedding ceremony with my sister and cousin. Read the story and more picture in here Culture Wedding


#kelima : Its My Birthday!!! ^_~


My Birthday ^_~
Dah beberapa tahun ni, I memang sambut birthday di bulan Ramadhan. In fact, I memang sebenar-benarnya di lahirkan pada 10 Ramadhan 1402 bersamaan dengan 2 Julai (tahun you all cari sendiri ok), kata my mum I lahir waktu orang nak bersahur sekitar jam 4.30 pagi. kesian my mum tak dapat puasa masa tahun tu, nak mengganti pun banyak 20 hari. Alhamdulillah tahun ni sambut my birthday dalam bulan Ramadhan juga. Terima kasih yang bagi bunga dan belanja buka puasa. Terima kasih juga pada yang wish birthday dan doa-doa you all yang baik-baik semoga makbul doa-doa baik you all di bulan Ramadhan ni untuk I...Amiin. Time Kasih Allah untuk pertambahan seusia lagi, moga jadi hamba yang lebih baik disisi Mu.


#keenam : Ramadhan Tenang

Alhamdulillah Ramadhan kali ni paling ringkas dan tenang, banyak benda yang I belajar. Ramadhan ni paling banyak ujian dan cabaran disamping kegembiraan - kegembiraan yang Allah bagi. I bersyukur semoga I terus istiqamah dan tetap berubah menjadi hamba lebih baik. Alhamdulillah puasa tahun ni rezeki dapat berpuasa 27/29 hari, dapat Khatam Al- Quran dan dapat buat beberapa perkara lain yang I plan to do. Everything just nice and perfect. Alhamdulillah.




Semoga diterima segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan, dan semoga segala kebaikan akan kekal, menjadikan kita semua hamba Allah swt yang lebih baik...Amiin. 

Ok sampai sini dulu perkongsian I kali ni, happy sharing and happy reading, doakan yang baik-baik Inshaallah segala yang baik-baik akan menjadi sebahagian dari hidup anda juga.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri






Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Tuesday, July 14, 2015

Memudahkan Anda Berzakat..

Assalamualaikum & Salam Ramadan 




Ok since Ramadhan berbaki beberapa hari jer lagi, dan InsyaAllah pada 17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal 1436H adalah hari cuti umum untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi yang akan pulang beraya di kampung, diharapkan berhati-hati dalam perjalanan dan I doakan semoga you all selamat sampai & kembali ke ibukota hendaknya. Dalam keghairahan menyambut raya, jangan dilupa tuntutan berzakat. So hari ni I nak share sikit info mudah untuk anda yang nak melakukan pembayaran zakat secara online, anda boleh melayari laman web www.zakat.com.my atau melalui smartphone anda dengan memuat turun applikasi IZAKAT di App Store atau Google Play secara PERCUMA. Senangkan everything is all in your finger tips, I nak ingatkan you all jangan lupa menjalankan tanggungjawab you all sebagai umat Islam, berzakatlah. Sebelum ni I pernah share info Jom Bayar Zakat ^_~ , berapa jumlah zakat yang perlu dibayar dan kat mana you all boleh bayar.. so jangan tunggu last minit, jika berkesempatan pergilah bayar zakat atau mungkin dikawasan tempat tinggal anda ada amil-amil yang dilantik untuk mengutip wang zakat... berkatkan rezeki anda dengan berzakat, secara tak langsung dapat membantu asnaf-asnaf yang memerlukan. Jadi diharap dengan adanya aplikasi ini, pengguna bukan sahaja dapat membayar zakat malahan dapat mengetahui tentang info serta taksiran zakat melaluinya di mana sahaja anda berada...InshaaAllah.

Selain itu, yang paling penting ialah tanggunjawab kita pada Allah tertunai yakni rukun Islam ke-3. Oleh itu, dengan segala kemudahan yang disediakan, tidak ada lagi alasan untuk kita tidak berzakat. Adalah menjadi harapan pusat zakat sebenarnya agar umat Islam yang layak membayar zakat dapat menunaikan zakat mereka sekaligus melunaskan rukun Islam ketiga serta membantu pusat zakat membela asnaf yang memerlukan.



So I harap dengan sedikit info yang I share ni, you all dapat tunaikan kewajipan berzakat dengan lebih mudah dan dikesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


Sharing is Caring, Caring is Loving..
Happy Reading ^_~` 

Friday, July 10, 2015

Resepi Kueh Raya Jimat Bajet...

Assalamualaikum...

Salam Jumaat akhir di bulan Ramadhan, Jumaat depan nak raya dah kan. So hari ni I nak share dengan you all resepi kueh raya yang sangat jimat bajet senang kata mampu buat dan mampu milik.. muahahahaha. Anyway sebab apa I kata mampu milik dan mampu buat sebab kosnya murah so memang mampu milik, pastu mampu buat sebab sangatlah senang gila. I dah try sendiri ok resepi-resepi ni memang sedap and sure orang akan mintak resepi sebab ianya lain dari yang lain. Excited kan bunyinya. Yes of course, sebab masa I buat eksperimen ni I was so excited and fun. Punyalah excited tau-tau satu malam siap dua kueh raya... giler lah!

Ok I tambah sikit lagi biar you all teruja, since that sekarang ni kita dibebani dengan kekangan kewangan, GST pastu barang naik sana sini, dan macam-macam lagi so maybe you boleh spend dalam RM100 just untuk beberapa jenis kueh raya yang jimat budget ni tau. Mana taknya ada diantara resepi-resipi hanya memerlukan 3 jenis bahan sahaja. Percaya tak?

Ok tak nak membebel panjang lets see apa resepi yang I nak share ni.

Bahan-bahan yang perlu disediakan
Resepi Satu
Resepi 1 : Honey Gold Cornflakes @ Cornflakes Madu 

Ini kueh raya paling top I rasa, sure you pergi beraya rumah sedara mara atau kawan-kawan, majoriti mesti ada kueh ni. Selain senang dan menjimatkan, ini antara kueh yang paling digemari oleh kanak-kanak khususnya. So resepinya seperti berikut;

BAHAN-BAHAN :

- 4 cawan Cornflakes
- 1/4 cawan Madu 
-1/4 cawan Mentega

*paper cup yang cute untuk isi biskut ni & sprinkles sebagai hiasan.

Cara membuatnya,

- Mentega dan madu dicampurkan dalam periuk, kemudian panaskan sehingga kedua-duanya mencair   dan sebati. 
- Cornflakes diletakkan di dalam mangkuk. 
- Setelah mentega dan madu tadi mencair dan sebati. Biarkan seketika hingga sejuk.
- Setelah mentega dan madu sejuk. Masukan kedalam mangkuk cornflake dan gaul hingga sebati.
- Setelah itu, masukkan dalam paper cup yang cute tu dan letakkan sprinkles sebagai hiasan.
- Akhir sekali, boleh lah dibakar pada suhu 130-140 didalam oven selama 10 minit.

Dah siap!!! senangnya. So kueh ni bukan sahaja senang malah sangat cepat. Dalam satu malam jika konsisten memang boleh dapat banyak. Boleh jadikan aktiviti keluarga juga. Hihihi selamat mencuba.


Resepi Dua

Resepi 2 : Kueh Mak Kau Ijau @ Buttery Shortbread Cookies

Ini kueh yang I dapat resepinya dari Pinterest, sangat mudah, jimat dan sedap. Serius I dah buat and my family semua suka kueh ni. So resepinya seperti berikut;

BAHAN-BAHAN :

- 2 cawan mentega
- 1 cawan gula perang
- 4 1/2 cawan Tepung Serbaguna

Cara membuatnya;

- Mentega dan gula perang diadun hingga sebati (kalau ada mixer leh guna mixer), kemudian letakkan 3 1/2 cawan tepung dan adun hingga sebati juga.
- Kemudian uli guna tangan doh tadi, sila tambahkan 1 cawan tepung tadi sedikit-demi sedikit hingga doh tadi lembut dan tidak melekat di tangan. 
- Selepas itu bungkus doh tersebut dgn plastik, dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Selepas 30 Minit keluarkan doh dan mulalah membentuk doh mengikut selera anda, nak guna acuan boleh. Macam I buat bentu bunga tu dan tambahkan pewarna hijau, ikut kretiviti anda.
- Hiaskan dengan sprinkles yang anda suka. Kemudian bolehlah dibakar pada suhu 150 selama 15-20 minit. 

Hah senangkan. I masa buat ni rasa seronok sangat sebab senang benar since that I sebenarnya tak suka buat benda remeh temeh. Hihihi selamat mencuba.


Resepi Tiga

Resepi 3 : Peanut Butter Oatmeal Cookies

Untuk resepi kueh ni pun mudah dibuat sebenarnya, cuma bahan die lebih sikit tapi you all leh guna bahan-bahan sedia ada yang you all beli untuk buat dua resepi diatas. 

BAHAN-BAHAN : 

- 1 cawan mentega
- 1 cawan peanut butter
- 1 1/4 cawan gula perang
- 1 1/2 cawan gula halus
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh baking soda
- 3 biji telut
- 1 sudu teh ising vanilla
- 3 cawan tepung serbaguna
- 3 cawan instant oat

*guna garpu dan choclate rice untuk hiasan

Cara membuatnya;

- Mentega dan peanut butter dicampur dan diadun sebati, kemudian masukkan gula halus, gula perang, baking powder dan baking soda, adun sebati lagi. Masukan telur, ising vanilla, tepung dan oat. Adun hingga sebati.
- Setelah adunan sebati dan tidak melekat, ambil doh, buat bulat-bulat kecil dan letak terus dalam dulang pembakar.
- Kemudian, tekan guna garpu dan letakkan choclate rice diatasnya.
- Bakar pada suhu 150 selama 20 minit. Pastikan kueh bertukar kewarna keemasan. Jangan hangus ok.



Mudahkan ketiga-ketiga resepi yang I bagi ni. Selamat mencuba.

Oklah sampai sini dulu perkongsian I untuk you all hari ni, actually I sebenarnya jarang buat kueh raya, tahun-tahun sebelum ni pun cuma tengok dan tolong-tolong mak buat jer, pernah cuba sekali itu pun tak berapa nak menjadi so malas nak cuba lagi...hihi. Tahun ni tak tahulah semangat dari mana datang tiba-tiba teringin nak buat projek kueh raya jimat kos ni. So beberapa hari ni sibuklah cari resepi kueh jimat kos. Alhamdulillah dua hari ni I berjaya siapkan 3 jenis kueh ni, InshaaAllah weekend ni nak buat biskut kurma pula and maybe nak tambah buat kueh Honey Gold Cornflakes sebab dua hari ni habis dua bekas dikerjakan adik-adik lelaki I..huhu sedaplah tu ^_~`.

Ok Selamat Mencuba & Happy Sharing


Thursday, July 9, 2015

33 Travel Tips

Assalamualaikum..

Since Hari Raya Aidilfitri dah nak dekat, so I nak share sikit tentang 33 Tips Travel Yang Bakal Buat Percutian Anda Lebih Mudah Dan Meriah. Maklumlah biasanya musim perayaan ini ada yang nak balik kampung jauh-jauh dan lama, so dah tentu macam-macam barang yang hendak dibawa kan? Bagi yang dah berkahwin dan berkeluarga pula sure nak kena travel ke dua destinasi, rumah parent sendiri dan keluarga mertua. So for sure lah you all nak kena pack betul-betul supaya taklah banyak beg nak dibawa and kereta you all pun tak padat, betul tak? 
Bagi yang naik public transport pula, dengan perancangan yang betul pasti anda tak kan susah payah nak bawa beg berat-berat dan tak kelam kabut cari barang sebab tertinggal. Lebih-lebih lagi kalau nak kena travel balik kampung jauh di utara atau pantai timur, tak kan nak patah balik kan? So you all boleh ambil tips-tips ni sebagai guideline ok.
Selain daipada itu, ada juga diantara anda semua yang mengambil kesempatan cuti raya ni untuk pergi bercuti bersama keluarga dan mungkin ada yang nak pergi menunaikan umrah di Makkah. Maka I harap 33 tips dapat membantu you all supaya jadi lebih bijak merancang percutian supaya jadi lebih mudah dan meriah. 
Bila melibatkan percutian, lain orang lain ragamnya. Ada yang suka pack barang last minute, ada pula yang suka kemas beg dari seawal seminggu sebelum tarikh percutian bermula, yang tak pernah pack barang pun ada, semua isteri dia buatkan, hehe.
Kali ini I nak share hasil pembacaan I tentang 33 tips yang dapat membantu agar percutian anda menjadi lebih mudah, santai dan meriah.
1. Gulung baju anda untuk lebih ruang di dalam beg
2. Buat carian dengan menggunakan private window (browser mozilla firefox) atau new ignito window (chrome) bila anda sedang mencari tiket kapalterbang dan hotel.
tips-travel-1
Ada travel website yang menyimpan tracking carian anda dan menaikkan harga kerana anda pernah membuat carian yang sama di laman web mereka sebelum ini.
3. Simpan wayar charger dan cable di dalam bekas kaca mata hitam(sunglass) anda
tips-travel-2
Habis sunglass nak letak mana pula? Letak di mata la. Hehe. Nak boarding flight pun pakai je spek tu, atau sangkut di poket. Nampak lebih bergaya kan? Hakikatnya anda nak jimatkan ruang ;)
4. Gunakan penyedut minuman (straw) sebagai bekas menyimpan produk penjagaan kulit anda
tips-travel-3
Jangan lupa letakkan label. Nanti susah pula anda nak pastikan mana satu losyen tangan, mana satu pula losyen muka. Perempuan lah katakan, harus mau kekal jelita terutama sebelum snap gambar di lokasi percutian.
5. Letakkan pelapik kering (dryer sheet) di bahagian paling bawah beg anda untuk mengekalkan bau baju yang segar dan harum.
tips-travel-4
6. Gunakan spring dari pen lama anda untuk melindungi charger handphone dari bengkok dan patah.
tips-travel-5
7. Nak ke tandas di lapangan terbang? Elakkan dari beratur panjang. Cari tandas ke 2 atau di tingkat lain di terminal lapangan terbang
tips-travel-6
Tanya saja pada makcik / pakcik tukang sapu. Pasti mereka antara yang paling tahu di mana tandas yang tak perlukan anda berbaris panjang.
8. Tips ini untuk traveler lelaki. Selamatkan pencukur misai anda dengan binder clip
tips-travel-7
9. Salah satu cara untuk caj gajet anda semasa travel adalah dengan TV
tips-travel-8
10. Jika ada antara baju anda yang perlu dilipat, salah satu cara untuk kurangkan kedut pada baju adalah dengan meletakkan tisu di celah lipatan.
tips-travel-10
11. Bekas pil / ubat juga boleh digunakan untuk menyimpan perhiasan seperti gelang, rantai dan subang – agar barang-barang ini tidak bersilang dan terpintal antara satu sama lain.
tips-travel-11
12. Scan semua dokumen penting sebelum anda keluar travel.
tips-travel-12
Simpan scan copy passport, travel insurance dan lain-lain dokumen penting dalam email, smartphone atau notebook anda. Jika sekiranya dokumen penting ini hilang, anda masih ada salinan yang sangat membantu sewaktu anda diluar negara.
13. Simpan sabun mandi dalam lipatan baju / seluar.
tips-travel-13
Hasilnya baju / seluar anda berbau wangi. Jika rajin buatlah bunjut (pouch) seperti dalam gambar. Tapi balut dengan plastik pun dah ok. Lebih mudah untuk anda bawa ke mana-mana terutama jika sabun telah digunakan dan masih basah.
14. Gunakan shower cap sebagai pembalut tapak kasut anda.
tips-travel-14
Jika anda tinggal di hotel yang ada sediakan shower cap, inilah masanya untuk gunakan shower cap dengan sebaiknya. Jika kasut anda berbau, boleh letak sabun mandi dan alaskan dengan dryer sheet di bahagian dalam kasut.
15. Set smartphone anda ke airplane mode untuk jimatkan bateri dan juga untuk caj dengan lebih pantas.
tips-travel-15
16. Gulungkan wayar headphone anda di binder clip untuk mengelakkan ia dari bersimpul, tertarik-tarik dan tersangkut.
17.  Bekas gula-gula tick tack ini banyak gunanya. Antaranya sebagai bekas menyimpan sepit rambut semasa anda travel.
tips-travel-16
18. Cuba dapatkan tempat duduk berhampiran dengan sayap kapal terbang untuk mengurangkan turbulance dan goncangan.
tips-travel-17
19. Sebaiknya simpan dengan baik tiub ubat gigi dan lain-lain bekas bersaiz kecil yang anda gunakan untuk travel. Jika anda travel lagi di masa depan, tak perlu beli baru. Hanya perlu tambah saja kandungan nya.
tips-travel-18
20. Sewaktu kemas beg, letak tali pinggang di bahagian kolar baju untuk elakkan kolar dari berkedut dan kemek
21. Google maps boleh digunakan tanpa internet sebenarnya. Caranya taip OK MAPS. Maps yang sedang anda lihat akan di simpan dalam smartphone anda dan kini ia boleh digunakan offline.
tips-travel-19
22. Bawa botol kosong bersama anda. Bila sampai ke destinasi, anda boleh isi saja air semula, tanpa perlu membeli yang baru. Lebih menjimatkan.
tips-travel-20
23. Jika anda berpeluang memilih tempat duduk dalam kapal terbang, pilih 1 di tepi tingkap, 1 lagi ni tepi laluan.
tips-travel-21
Jika tiada penumpang di kerusi tengah, satu baris 3 kerusi tu jadi milik anda berdua. Tapi jika ada penumpang lain, buat la muka peramah dan minta tukar kerusi ;)
24. Lipat baju kot bahagian dalam keluar untuk elakkan kotor dan rosak kerana benangnya tertarik
25. Lapiskan bahan cecair dengan plastik pembalut nipis sebelum anda tutup dengan penutupnya.
Sangat membantu untuk mengelakkan bahan cecair dari meleleh hingga terkena pada baju dalam beg anda.
26. Gunakan FourSquare untuk dapatkan password wifi
tips-travel-22
Biasanya password wifi diberikan di bahagian komen.
27. Gunakan GPS untuk mencari lokasi yang dituju
tips-travel-23
Download peta sebelum anda keluar dari hotel, off wifi, tukar mode smartphone ke airplane mode. Kini anda boleh menjelajah dengan gps yang berfungsi tanpa internet
28. Terlupa bawa charger?
tips-travel-24
Berikan senyuman paling manis pada reception di hotel anda. Dan tanyakan dengan sopan jika mereka ada charger lebih. Biasanya mereka ada simpan charger yang di tinggalkan oleh pelanggan mereka yang terdahulu.
29. Jimat masa menunggu beg di lapangan terbang
tips-travel-25
Tampalkan pelekat ‘fragile‘ di beg anda. Biasanya beg yang bertanda ‘fragile‘ akan diletakkan di bahagian paling atas berbanding beg lain didalam perut kapal terbang. Jadi apabila sampai ke destinasi beg anda antara yang paling awal di keluarkan. Pengendalian juga biasanya dilakukan dengan lebih berhati-hati. Jadi risiko beg anda kemek atau hilang tayar dapat dikurangkan.
30. Wifi percuma di lapangan terbang.
tips-travel-26
Biasanya di lapangan terbang mudah untuk apatkan wifi percuma. Tetapi jika agak sukar, anda boleh duduk berhampiran dengan airport club lounge, dan tumpang wifi mereka.
31. Bawalah extension bersama anda
tips-travel-27
Sambil caj smartphone dan gajet anda, boleh bantu pengembara lain juga. Dapatlah kawan baru.
32. Dihari terakhir anda mengembara, jika ada wang anda yang masih berbaki apa kata sedekahkan sedikit kepada mereka yang memerlukan di sana. Tak perlu bagi banyak pun.
tips-travel-28
33. Kami bawakan juga cara lipat baju best ini untuk jimat ruang beg anda.


Kredit: 
http://thevocket.com/33-tips-travel/

I harap tips-tips ni dapat membantu you all. Selamat bercuti panjang ^_~

Happy Reading & Happy Sharing

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...