Friday, July 10, 2015

Resepi Kueh Raya Jimat Bajet...

Assalamualaikum...

Salam Jumaat akhir di bulan Ramadhan, Jumaat depan nak raya dah kan. So hari ni I nak share dengan you all resepi kueh raya yang sangat jimat bajet senang kata mampu buat dan mampu milik.. muahahahaha. Anyway sebab apa I kata mampu milik dan mampu buat sebab kosnya murah so memang mampu milik, pastu mampu buat sebab sangatlah senang gila. I dah try sendiri ok resepi-resepi ni memang sedap and sure orang akan mintak resepi sebab ianya lain dari yang lain. Excited kan bunyinya. Yes of course, sebab masa I buat eksperimen ni I was so excited and fun. Punyalah excited tau-tau satu malam siap dua kueh raya... giler lah!

Ok I tambah sikit lagi biar you all teruja, since that sekarang ni kita dibebani dengan kekangan kewangan, GST pastu barang naik sana sini, dan macam-macam lagi so maybe you boleh spend dalam RM100 just untuk beberapa jenis kueh raya yang jimat budget ni tau. Mana taknya ada diantara resepi-resipi hanya memerlukan 3 jenis bahan sahaja. Percaya tak?

Ok tak nak membebel panjang lets see apa resepi yang I nak share ni.

Bahan-bahan yang perlu disediakan
Resepi Satu
Resepi 1 : Honey Gold Cornflakes @ Cornflakes Madu 

Ini kueh raya paling top I rasa, sure you pergi beraya rumah sedara mara atau kawan-kawan, majoriti mesti ada kueh ni. Selain senang dan menjimatkan, ini antara kueh yang paling digemari oleh kanak-kanak khususnya. So resepinya seperti berikut;

BAHAN-BAHAN :

- 4 cawan Cornflakes
- 1/4 cawan Madu 
-1/4 cawan Mentega

*paper cup yang cute untuk isi biskut ni & sprinkles sebagai hiasan.

Cara membuatnya,

- Mentega dan madu dicampurkan dalam periuk, kemudian panaskan sehingga kedua-duanya mencair   dan sebati. 
- Cornflakes diletakkan di dalam mangkuk. 
- Setelah mentega dan madu tadi mencair dan sebati. Biarkan seketika hingga sejuk.
- Setelah mentega dan madu sejuk. Masukan kedalam mangkuk cornflake dan gaul hingga sebati.
- Setelah itu, masukkan dalam paper cup yang cute tu dan letakkan sprinkles sebagai hiasan.
- Akhir sekali, boleh lah dibakar pada suhu 130-140 didalam oven selama 10 minit.

Dah siap!!! senangnya. So kueh ni bukan sahaja senang malah sangat cepat. Dalam satu malam jika konsisten memang boleh dapat banyak. Boleh jadikan aktiviti keluarga juga. Hihihi selamat mencuba.


Resepi Dua

Resepi 2 : Kueh Mak Kau Ijau @ Buttery Shortbread Cookies

Ini kueh yang I dapat resepinya dari Pinterest, sangat mudah, jimat dan sedap. Serius I dah buat and my family semua suka kueh ni. So resepinya seperti berikut;

BAHAN-BAHAN :

- 2 cawan mentega
- 1 cawan gula perang
- 4 1/2 cawan Tepung Serbaguna

Cara membuatnya;

- Mentega dan gula perang diadun hingga sebati (kalau ada mixer leh guna mixer), kemudian letakkan 3 1/2 cawan tepung dan adun hingga sebati juga.
- Kemudian uli guna tangan doh tadi, sila tambahkan 1 cawan tepung tadi sedikit-demi sedikit hingga doh tadi lembut dan tidak melekat di tangan. 
- Selepas itu bungkus doh tersebut dgn plastik, dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Selepas 30 Minit keluarkan doh dan mulalah membentuk doh mengikut selera anda, nak guna acuan boleh. Macam I buat bentu bunga tu dan tambahkan pewarna hijau, ikut kretiviti anda.
- Hiaskan dengan sprinkles yang anda suka. Kemudian bolehlah dibakar pada suhu 150 selama 15-20 minit. 

Hah senangkan. I masa buat ni rasa seronok sangat sebab senang benar since that I sebenarnya tak suka buat benda remeh temeh. Hihihi selamat mencuba.


Resepi Tiga

Resepi 3 : Peanut Butter Oatmeal Cookies

Untuk resepi kueh ni pun mudah dibuat sebenarnya, cuma bahan die lebih sikit tapi you all leh guna bahan-bahan sedia ada yang you all beli untuk buat dua resepi diatas. 

BAHAN-BAHAN : 

- 1 cawan mentega
- 1 cawan peanut butter
- 1 1/4 cawan gula perang
- 1 1/2 cawan gula halus
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh baking soda
- 3 biji telut
- 1 sudu teh ising vanilla
- 3 cawan tepung serbaguna
- 3 cawan instant oat

*guna garpu dan choclate rice untuk hiasan

Cara membuatnya;

- Mentega dan peanut butter dicampur dan diadun sebati, kemudian masukkan gula halus, gula perang, baking powder dan baking soda, adun sebati lagi. Masukan telur, ising vanilla, tepung dan oat. Adun hingga sebati.
- Setelah adunan sebati dan tidak melekat, ambil doh, buat bulat-bulat kecil dan letak terus dalam dulang pembakar.
- Kemudian, tekan guna garpu dan letakkan choclate rice diatasnya.
- Bakar pada suhu 150 selama 20 minit. Pastikan kueh bertukar kewarna keemasan. Jangan hangus ok.



Mudahkan ketiga-ketiga resepi yang I bagi ni. Selamat mencuba.

Oklah sampai sini dulu perkongsian I untuk you all hari ni, actually I sebenarnya jarang buat kueh raya, tahun-tahun sebelum ni pun cuma tengok dan tolong-tolong mak buat jer, pernah cuba sekali itu pun tak berapa nak menjadi so malas nak cuba lagi...hihi. Tahun ni tak tahulah semangat dari mana datang tiba-tiba teringin nak buat projek kueh raya jimat kos ni. So beberapa hari ni sibuklah cari resepi kueh jimat kos. Alhamdulillah dua hari ni I berjaya siapkan 3 jenis kueh ni, InshaaAllah weekend ni nak buat biskut kurma pula and maybe nak tambah buat kueh Honey Gold Cornflakes sebab dua hari ni habis dua bekas dikerjakan adik-adik lelaki I..huhu sedaplah tu ^_~`.

Ok Selamat Mencuba & Happy Sharing


No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...