Tuesday, March 15, 2022

#RUMAPOKOK

 Hi korang,

Seminggu lebih aku tak share apa-apa disini, busy dengan macam-macam hal sebelum kembali bertugas setelah 3 bulan cuti bersalin. Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk tu sempat jugalah pulang ke kampung Baba aku di Sg Pelek, Sepang. So sapa-sapa yang masih tak tau Sg.Pelek tu bolehlah google-google ye. Bila dah ada di kampung ni maka seperti kebiasaanya aku akan menyinggah di Pantai Bagan Lalang sebab tu paling dekat dengan rumah, drive kereta dalam 10 minit dah sampai. Pusing-pusing pantai, jengah-jengah jeti kot-kot nak beli seafood. Selebihnya dok pusing-pusing kampung dan pekan kecil Batu Lima, sempat juga pergi pasar Jumaat. Itu kebiasaannya lah aktiviti aku kalau balik kampung, tapi kali ni berbeza sikit sebab aku jumpa satu cafe hipster dalam kampung Sg.Pelek which is sebelum ni kita takde tempat nak lepak-lepak minum kopi-kopi hipster dan makan-makan kek gitu hahaha, lagi pulak tempat-tempat lepak minum yang instagramable macam kat KL atau daerah-daerah Selangor yang agak urban gitu. So nak tau lebih lanjut, jom sambung baca!!!

Ok since sebahagian dari kehidupan aku banyak juga dihabiskan di Sg Pelek ni, maka aku agak teruja bila setiap kali ada pembaharuan di kampung ni, bukan nak kata kampung ni mundur sebab compare dengan dulu, sekarang dah canggih manggih. Mungkin ada beberapa faktor yang buat kampung ni kurang dikenali, sebab kalau nak diikutkan banyak tempat-tempat menarik dan banyak aktiviti-aktiviti boleh dibuat juga tapi tulah orang tak berapa kenal kalau nak compare dengan Port Dickson yang lebih up dari dulu. Apa yang aku cakap ni based on pengalaman aku bila aku cerita pada orang tentang Sg.Pelek ramai orang tak tahu (termasuk family suami aku, tapi diorang tahu Bagan Lalang ok), mesti akan tanya kat mana tu? ada apa kat situ? Bila aku sebut Bagan Lalang ada segelintir yang akan tanya lagi Morib ke dan ada juga yang akan jawab Oooo Bagan Lalang tahulah.. hehehe so faham-fahamlah kan. 

Whatever it is aku tetap suka Sg Pelek sebab banyak benda boleh buat dan explore sejajar dengan perkembangannya sehingga hari ni. Nantilah aku share kan lagi pasal Sg.Pelek ni sebab hari ni aku dengan bangganya nak cerita tentang cafe yang baru diperkenalkan oleh cousin aku kepada aku, dia maklumkan ada cafe baru pergilah try maka aku pun cari dan jumpalah cafe ni. As usual jom kita tengok-tengok gambar sambil bercerita ye...


Kaunter yang juga entrance, 
kau akan nampak menu terus
Kaunter Pesanan & Bayaran
Sudut minum-minum diluar
Sambil tunggu order sampai 
tak boleh tahan nak bergambor disini
Menu yang ada pada hari itu
Aku try air yang ada biscoff  + latte + Ferrero Roches Cake
(Adoiii lupa nama sebenar, korang boleh tengok di menu)
Port bergambar






So tu antara sebahagian gambar-gambar yang aku share tentang RUMA POKOK ni, banyak aku bergambar sebenarnya dari pelbagai sudut tapi tak bestlah kan kalau aku share semua, baik korang datang dan snap lagi moment-moment indah korang sambil menikmati minuman dan kek di sini.

Apa yang aku boleh cakap cafe ni masih baru beroperasi masa aku pergi menunya tak banyak lagi, tapi aku dimaklumkan diorang ada beberapa jenis kek untuk dipilih, walaubagaimapun minuman diorang memang banyak pilihan kalau nak chill-chill dengan kawan-kawan memang best. Cafe ni agak instagramble, lebih-lebih lagi yang suka nature sebab korang akan dikelilingi pokok-pokok hidup, so fresh and greeny agak tenang sebab oxygen dimana-mana, original lighting dari cahaya matahari yang masuk dalam kedai melalui bumbung sangat cantik dalam gambar ok tak perlukan filter-filter hehehe.. 

Peminat-peminat pokok-pokok untuk ditanam boleh datang sebab pokok-pokok yang dipamerkan boleh dibeli juga. Bestkan sambil-sambil minum boleh buat pilihan mana yang berkenan. Apa lagi aku nak cakap, baik korang datang lepak-lepak disini sebelum viral dan korang kena beratur untuk lepak kat sini hahahaha. Sampai sini dulu... stay safe.





1 comment:

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...