Hi Assalamualaikum,
Last post I dah bawa you all bercuti with my BFF ke Genting Highlands
kan? This post I nak share with you all percutian with my BFF yang sangat save
budget dan sesuai bagi you all yang tak dapat nak bercuti panjang (short
vacation). Siapa kata dengan masa yang terhad dan bajet yang sedikit you
all tak boleh bercuti? Kalau nak seribu daya, tak nak memang macam-macam alasan
kan. Macam waktu I ke Genting, just one day jer tapi we still can have fun. Ape
yang penting adalah plan yang cukup terancang. Baru lah perjalanan percutian
you all akan jadi lancar dan relax jer.
So kemana destinasi kita kali ni? Hmm I with my BFF ke utara semenanjung
Malaysia. Plan percutian ni bermula bila I dapat kad jemputan kahwin dari one
of my roomate masa di kolej dulu. Nama dia Jannah, she’s my junior and she
orang Perak. So masa dapat kad jemputan tu dalam kepala memang kena pergi sebab
pertama dia dah jemput dan yang kedua dia selalu cakap “kak aku kahwin ko datang
tau”. Maka tibe-tibe tercetuslah satu idea dalam kepala ni. Hmmm pertama kena
pergi Perak, kedua sure kena stay at least semalam jauhkan drive lebih kurang 3
ke 4 jam tak kan nak balik hari yang sama betul tak? yang ketiganya apa yang
menarik di Perak?
Maka I pun mulalah merisik-risik my sister (of course she the first
person that I will discuss with), then bila my sister setuju nak follow I ask
my BFF Sha (because sure boring if only me and my sister yang pergi).
Alhamdulillah she free and ready to follow. So after discuss with both of them,
we agree to attend my friend wedding at Perak naik kereta. After attend the wedding,
we will go to Pulau Pangkor and stay one night at the island. Ape motifnya kan?
Hmmm yang pertama, I tak nak pergi Perak dan balik hari yang sama (penat kot),
kedua sebab alang-alang dah drive jauh, bayar tol and nak stay perak, why not? Since I
memang tak pernah pergi ke Pulau Pangkor, dan ketiganya its weekend yo ^_~
So masa hari kejadian, kami bertolak pagi lebih kurang pukul 8 am. So I
drive my own car sepanjang perjalanan tu, because Sha tak mahir bawa manual.
Seronok juga drive pagi-pagi berjalan jauh, happy mood jer masing-masing. Nak
elakan I mengantok or rasa penat, sepanjang perjalanan tu berborak dan
berkaraoke ler bertiga-tiga.
Alhamdulillah
sampai di rumah Jannah tu hampir-hampir pukul 12 tengahhari (itupun lepas pusing-pusing
mencari jalan) first time pergi rumah Jannah. Segan juga kitaorang terawal
sangat, tapi sempoi keluarga Jannah sambut kitaorang dan I dapat jumpa Jannah
yang tengah sibuk di make up Mak Andam.
Lama juga tak jumpa Jannah lepas tamat belajar ada sekali keluar bersama tahun
2008 sampai lah hari kahwin dia baru dapat jumpa balik. Borak-borak, ambil gambar
then kami diajak makan. Lepas makan kami minta izin untuk balik, tak dapat nak tunggu
Jannah bersanding sebab kami nak check In di Pulau Pangkor pukul 2.
 |
Me & Jannah |
 |
Cantiknye die |
 |
Jannah |
 |
Me & Sha |
 |
Me & My sis (Sharifah) |
 |
Before say goodbye
|
So perut dah kenyang, misi ke majlis perkahwinan Jannah dah berjaya kami pun bertolak menuju ke Lumut. Next misson ke Pulau Pangkor. Sampai kat Jetty kami parking kereta di tempat yang selamat dan berbayar, RM10 untuk tempoh 24 jam. Then terus ke kaunter tiket untuk ke Pulau Pangkor menaiki feri macam nak pergi Pulau Langkawi tu. Tiket feri pun tak mahal, RM5 untuk pergi dan balik so kenelah simpan tiket tu untuk balik esoknya. So I tak nak cerita banyak let's the picture speaking ^_~
 |
Wefie Dalam Feri Jap |
 |
Sampai jetty Pangkor naik van ke resort |
 |
Penginapan 2H1M kami |
 |
Serious tempat ni best |
 |
Lepas check In pekena ABC, keropok leko &
Cempedak Goreng.. layannn |
 |
My sis takut betul dengan burung ni |
 |
Aktiviti malam kitaorang lepak tepi pantai sambil
dengar bunyi ombak pekena kopi O dengan busker menyanyi
Serious best and tenang (kena dengan jiwa) |
Sejak sampai cuaca kat Pangkor tak menentu kejap ok kejap angin kuat and hujan so petang tu kitaorang jalan-jalan kejap tepi pantai. Best nye resort yang kitaorang stay ni betul-betul depan laut cuma perlu lintas jalan kecil jer.. dan depan resort ni banyak kedai makan, happening juga sebab sepanjang jalan tu macam pasar malam panjang. Jadi takdelah kami ni boring sangat semua ade depan resort jer. Sebelah malam lepas maghrib kami keluar untuk dinner then melepak depan pantai. Lebih kurang jam sepuluh baru balik bilik berehat dalam bilik dan tidur sebab kami dah plan aktiviti esok nak ke Coral Island and naik Banana Boat.
 |
Anjungan Beach Resort & Spa
(tempat ni memang best) |
 |
Good Morning Pangkor Island |
 |
Jalan-jalan cari Sarapan |
 |
Hehehe sempat pose |
 |
Lempeng Pisang & Kopi O.. Layaannn |
 |
Breakfast tepi laut pagi-pagi (cool) |
 |
Coral Island (mandi-mandi & naik banana boat) |
 |
Awesome |
 |
Wet activity |
 |
BFF |
 |
Posing sebelum balik |
 |
Pangkor Island Beach |
 |
Before say GOOD BYE |
 |
Makan sebelum balik (rasa tak nak balik) |
 |
Will come back soon...
Terlalu manis pengalaman pertama I di Pulau Pangkor, serius love at the first sight. Tempat yang sangat relax and tenang. Suasana kampung, laut yang cantik, resort yang selesa, tempat makan yang senang, aktiviti laut dan suasana malam yang very calm, I think my holiday at Pangkor just perfect (rasa nak tambah satu malam lagi tapi memikirkan next day kena kerja cancel niat tu). Kalau ikutkan banyak lagi gambar yang I nak share, tapi ini antara yang lulus selepas ditapis (hahaha). Apa yang penting setelah kira-kira budget, minyak kereta, tol, tambang feri, resort, makan, aktiviti laut hanya RM150 seorang sahaja. For me its consider murah untuk resort yang sangat selesa. If kami duduk di resort yang biasa budget kami akan kurang lagi dari RM150. Whatever it is, misi percutian save budget kami kali ni berjaya, and one word yang dapat describe our holiday kali ni is SUPERB AWESOME ^_~`
TILL WE MEET AGAIN AT NEXT POST...
Kemanakah destinasi kita seterusnya, nak tahu?? kenalah follow.
Happy Reading and Happy Sharing
THANK YOU
|
No comments:
Post a Comment