Friday, May 29, 2015

INFO PERUNDANGAN 2 : Tuntutan Sivil

Hi Assalamualaikum,

Its Friday again, cepat rasanya masa berlalu minggu ni. Dalam kesibukan sepanjang minggu dengan kerja, kursus dan personal matters memang tak sempat nak update apa-apa untuk blog since my last post is on 24th. Anyway since I dah promise nak share info perundangan dengan you all every Friday, so I kena tunaikan janji tu. Tak baik mungkir janji kan..  As I told you pentingnya kita untuk tahu ilmu perundangan dalam kehidupan kita seharian bukan untuk diri kita sahaja, tapi maybe for our family members and friends. At least if its happened, the knowledge is there right??  
So last post, we start with Tuntutan Sivil. I dah share tuntututan sivil tu apa? Siapa pihak-pihak? Had tuntutan? Boleh ke wakili diri sendiri? dan macam mana nak failkan? So hari ini, I will continue apa tindakan yang perlu dibuat bila dah failkan kes di mahkamah bagi kes tuntutan sivil biasa seperti pelanggaran kontrak, tuntutan hutang kad kredit, pinjaman Pendidikan, Pinjaman Kenderaan, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Peribadi, dan Pertikaian mengenai harta. I juga akan share info tentang prosedur tuntutan sivil bagi kes tuntutan ganti rugi yang melibatkan kemalangan jalanraya yang berbeza sedikit dari tuntutan sivil yang biasa. 

So lets start reading...


APAKAH TINDAKAN SUSULAN SETELAH SAMAN DIFAILKAN?

Setelah saman difailkan, dokumen yang telah diproses oleh Mahkamah hendaklah diserahkan kepada Defendan mengikut masa yang ditetapkan. Defendan setelah menerima saman tersebut hendaklah memasukan notis kehadiran di Mahkamah. Sekiranya tiada notis kehadiran dimasukkan oleh Defendan dalam masa 14 hari dari tarikh penyerahan writ saman, plaintif boleh memfailkan perakuan ketidakhadiran dan penghakiman ingkar. 

SEBAGAI DEFENDAN, APA TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SETELAH MENERIMA WRIT SAMAN?

- Defendan perlu memfailkan Memorandum Kehadiran dengan segera.

- Selepas tarikh pemfailan Memorandum kehadiran, defendan hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh 14 hari.

- Hadir ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Mahkamah

- Patuhi arahan Mahkamah yang seterusnya.

Pada hari perbicaraan :

- Kedua-dua pihak hadir dan jika Defendan mengakui tuntutan, Penghakiman Persetujuan akan direkodkan.

- Jika Defendan tidak memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan, Penghakiman Ingkar akan direkodkan.

- Jika Defendan hadir tetapi Plaintif tidak hadir, Writ Saman akan dibatalkan. Jika Defendan mempunyai Tuntutan Balas, Penghakiman akan direkodkan memihak kepada Defendan.


TUNTUTAN GANTI RUGI (KEMALANGAN JALANRAYA)

Ok bagi kes tuntutan ganti rugi yang melibatkan kemalangan jalanraya pula, Plaintif perlu melantik peguam untuk memfailan tuntutan kerana ia melibatkan prosedur-prosedur tertentu. 


A. BIDANGKUASA 

- Jika tuntutan ganti rugi kurang dari RM100,000, sila failkan Tuntutan di Mahkamah Majistret.

- Jika tuntutan ganti rugi melebihi dari RM100,001, sila failkan Tuntutan di Mahkamah Sesyen.

B. TEMPOH MASA (untuk memfailkan tuntutan ganti rugi kemalangan jalanraya);

- Jika melibatkan kematian : 3 tahun dari tarikh kemalangan
- Jika menuntut untuk kecederaan : 6 tahun dari tarikh kemalangan 
- Jika menuntut terhadap Kerajaan : 3 tahun dari tarikh kemalangan bagi kedua-dua jenis tuntutan.

C. DOKUMEN-DOKUMEN PENTING UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN

* Laporan Polis
* Polisi Insuran Kenderaan (jika berkaitan)
* Laporan Perubatan
* Slip Gaji Mangsa (jika berkaitan)
* Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan tuntutan yang difailkan.

* (Rujukan Rules of Court 2012)

Setakat ini dulu perkongsian I with you all today, so now you all dah tau macam mana nak buat tuntutan sivil dan apa yang you all perlu buat jika you all disaman. Selain itu, you all tahu juga macam mana nak buat tuntutan ganti rugi jika berlaku kemalangan. So for the next Friday, I will share to you tentang Tuntutan Kecil (Small Claim) which is I rasa lebih penting untuk diketahui, lebih interesting dan I rasa juga Small Claim ni something yang everybody wajib tahu. Kenapa wajib tahu? Kalau nak tahu kenalah tungguuuuuu... ^_~`

Happy Reading & Happy Sharing

To be continue…

1 comment:

  1. Cik nak tanya...i ada masalah kad krdt ...ada balance dlm rm3100..pihak bank nk failkan saman civil keatas sekiranya x byr penuh atau separuh dan memberitahu bhw jika i x berbuat demikian..surat akan diantar kpd majikan i ..kalau i tak dapat bayar seperti yg diarahkan..adakah i akan dicop sbg muflis..mohon pencerahan..tq

    ReplyDelete

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...