Monday, March 7, 2016

Kisah Tok Kadi



Hi you all hari ni I nak review satu drama melayu bersiri dari negara seberang tambak Johor, Singapura. Nama drama ni berjudul “Kisah Tok Kadi”. Ok walaupun ini adalah drama bersiri Singapura, tapi watak utama drama ni dilakonkan oleh seorang pelakon lelaki dari Malaysia yang sangat berbakat besar dalam industri seni tanah air kita di Malaysia khususnya. Siapa tak kenal dengan pelakon hebat yang pernah merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015? Bakat lakonannya yang bersahaja dan penuh jiwa itu telah menarik minat penggiat seni di Singapura yang telah memberi kepercayaan kepada Beto Kusyairi untuk membawakan watak utama sebagai Tok Kadi @ Ustaz Shahrul.

Ok apa yang nak I share tentang drama ni ialah jalan ceritanya yang sangat menarik dan unik, kerana cerita ini mengangkat tradisi perkahwinan orang Melayu dahulu dan sekarang. Seperti yang kita ketahui, perkahwinan dalam budaya Melayu penuh dengan kepercayaan–kepercayaan, amalan-amalan tertentu yang biasa diamalkan orang Melayu khususnya orang tua-tua. Daripada mula perancangan, persediaan, sehinggalah pada hari majlis perkahwinan banyak yang perlu dilalui oleh bakal-bakal penggantin bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Drama ini memberi gambaran jelas pada setiap episode permasalahan-permasalahan pengantin-pengantin moden dalam merealisasikan impian perkahwinan masing-masing. Pengalaman-pengalaman inilah yang bakal mencuit hati anda yang menonton. Selain itu juga, cerita ini terasa begitu dekat dengan penonton kerana isu-isu yang ditimbulkan benar-benar berlaku dalam masyarakat kita, ada masanya drama ini juga memberi sindiran – sindiran sinis yang berbentuk teguran buat kita yang menonton. Namun cara penyampainnya begitu lembut dan boleh diterima serta boleh menjadi suatu peringatan buat kita semua.

Apa yang menarik tentang drama berepisod ini juga, selain dari mengangkat kisah dan pengalaman tok kadi muda bernama Ustaz Shahrul yang melalui pelbagai pengalaman dan ragam pengantin-pengantin moden yang mahupun majlis perkahwinan mereka menjadi hari paling bermakna, bersejarah dan akan dikenang sampai bila-bila. Apa yang menarik setiap episod  akan ada moral-moral dan nasihat-nasihat berguna yang disampaikan oleh Ustaz Shahrul melalui khutbah atau tazkirah perkahwinan yang disampaikan selepas majlis akad nikah. Drama ini juga menimbulkan tanda tanya, apabila Ustaz Shahrul sendiri berdepan dengan desakan manja ibunya yang sentiasa berteka teki siapakah yang menjadi pilihan Ustaz Shahrul dalam mencari jodoh buat dirinya??

So tak perlu I nak cerita panjang, apa kata you all tengok sekali drama ni Episod 1 hingga 5, episode 6 belum berjaya ditonton dan mendapatkan link nya… but I will do because I nak tahu siapakah gadis pilihan Ustaz Shahrul?? Adakah gadis lembut yang juga diminati oleh Ibu Ustaz Shahrul atau gadis photographer yang bersifat kasar dan lasak?? InshaAllah I will share in the next post soon… sementara tu you all tengok 5 episod ni dulu ok. Just klik to the link ^_~





Drama wajib tonton ^_~
Selamat Menonton and Enjoy it!!!

Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is Between You and Me

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...