Friday, June 5, 2015

INFO PERUNDANGAN 3 : Tuntutan Kecil

Salam Jumaat...

Macam biasa hari Jumaat I akan share ilmu/info perundangan dengan you all. Last post I dah kata nak share tentang tuntutan kecil (small claim) kan?? So apa itu tuntutan kecil? 



TUNTUTAN KECIL ialah tuntutan yang tidak melebihi RM5,000,00 sahaja yang melibatkan bentuk tuntutan seperti mendapatkan kembali Hutang, Tuntutan barangan, Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar, Sewa menyewa, Tuntutan atas barangan yang rosak, Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan dan lain – lain.

Pihak menuntut (plaintif) dan pihak kena tuntut (defendan) sahaja yang terlibat tanpa menggunakan   peguam bagi tujuan mengurangkan kos guaman yang ditanggungi pihak-pihak. Ini membolehkan  pihak-pihak yang mempunyai masalah kewangan bagi melantik peguam, untuk memfailkan dan mengendalikan secara senidiri tuntutan mereka diMahkamah.

 CARA-CARA MEMBUAT TUNTUTAN KECIL
-  Dapatkan borang tuntutan (borang 198) di Kaunter Pendaftaran Sivil Mahkamah Majistret;
-  Lengkapkan borang seperti yang dikehendaki dengan menyatakan nama dan alamat plaintif, butiran   defendan, jumlah tuntutan, jenis tuntutan dan perlu ditandatangani atau cap jari oleh plaintif.
-  Setelah borang lengkap diisi, failkan 4 Salinan di Mahkamah dengan membayar bayaran pemfailan seperti yang telah ditetapkan dan dapatkan resit rasmi.
-  Mahkamah akan memproses saman tersebut dan akan menyerahkan 3 Salinan kepada plaintif, kemudian 1 salinan borang yang diberikan hendaklah diserahkan kepada defendan.
-  Kemudian Plaintif hendaklah serahkan saman itu kepada Defendan 

 CARA MEMBUAT SERAHAN SAMAN TUNTUTAN KECIL
-  Serahan secara sendiri (serahan tangan); atau
-  Melalui pos berdaftar prabayar

 APA TINDAKAN SELEPAS SAMAN TUNTUTAN KECIL DISERAHKAN
-  Plaintif hendaklah memfailkan Afidavit Penyampaian
-  Defendan yang tidak mengakui tuntutan, hendaklah memfailkan Pernyataan Pembelaan (borang 199) dalam masa 14 hari dari tarikh pemfailan saman.
-  Kegagalan orang yang dituntut bertindak seperti diatas membolehkan penghakiman ingkar direkodkan terhadap beliau.
-  Jika ada tuntutan balas, plaintif boleh memfailkan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu menggunakan Borang 200.
-  Sekiranya Defendan mempertikai tuntutan, tarikh bicara akan ditetapkan setelah Pernyataan Pembelaan difailkan atau Tuntutan Balas difailkan.

 SEMASA PERBICARAAN;
· Plaintif perlu membawa dokumen untuk menyokong atau membuktikan tuntutan ; dan bawa saksi yang berkenaan.
· Defendan perlu membawa dokumen untuk mempertikai tuntutan; sebarang tuntutan balas, perlu ada dokumen sokongan yang lain; dan bawa saksi yang berkenaan.

 DI AKHIR PERBICARAAN
· Jika Defendan yang menuntut BERJAYA membuktikan tuntutan, maka Penghakiman akan direkodkan dengan kos sebanyak RM100 (maksimum); dan
· Jika Plaintif GAGAL membuktikan tuntutan, saman akan ditolak.

(Rujukan Rules Of Court 2012)

Ok setakat ni dulu perkongsian I pagi ni, kita sambung tentang Saman Tuntutan Kecil ni pada post akan datang. Mesti you all nak tahu apa tindakan selanjutnya selepas dapat penghakiman, apa akan jadi jika pihak yang berjaya tak mahu bayar atau mengikut penghakiman yang telah ditetapkan?Hmm banyak lagi proses yang perlu dilalui, apepun selamat menghadam ilmu yang ini dahulu ye ^_~`

Happy Reading & Happy Sharing


No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...