Wednesday, March 2, 2022

KAFE KAMPUNG KAW, PD

Hi Korang,

Selamat Hari Rabu, so hari ni accidently terasa nak merentas negeri selepas setahun lebih tak kemana-mana luar dari Selangor or KL. So since aku berada di rumah mak di Sg Pelek, Sepang makanya terasa nak ke tempat paling dekat iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan. Niat dihati nak ronda-ronda tengok pantai bawa baby yang baru 2 bulan lebih, nak sedut fresh air sebelum kembali bekerja next week tapi bila sampai tak sangka pulak ramai orang dan cuaca sangat panas so macam tak sesuailah nak bawa baby keluar. Walaupun hari bekerja tapi cuti sekolah kan so sure mak bapak bawa anak-anak diorang bercuti dan picnic.

Ok lepas kitaorang ronda-ronda dalam kereta maka aku ajak husband menyinggah satu tempat yang aku terjumpa di IG, namanya @kafekampungkaw katanya tempat ni dah mula beroperasi sejak 2016, mungkin aku lambat tau kot hihi tapi takpe aku tetap nak review tempat ni, sebab aku rasa akan repeat lagi. So macam biasa aku share gambar-gambar untuk menambah minat korang untuk menyinggah ke tempat ni. 

Pilihan Meja Aku Mengadap Main Enterance
Tempat Keluar/Masuk & Bayar
Sebahagian view dalam kedai
Menu
Menu
Dah Order
Menu 1 : Nachos Agogo
(Nachos + Cheese +Sos Daging Carik)
Agak Special & Sedap
Menu 2 : Nasi Impit Goreng
(Nasi Impit + Isi Ayam Carik + Kuah)
Sedap & Menarik
Menu 3 : Roti Gemok Cecah Sambal Sardin
*Cecah dia ada macam-macam
pilih ikut selera
(Mula-mula aku ingat poree)
Ni pun sedap
Coffee Latte Tenom
(Aku nak cuppacinno tapi takde, 
as per suggested by staff
maka aku try coffee Sabah ni)
Satu lagi air aku order Laici Fizz
macam tu lah lebih kurang namanya
Best untuk cuaca panas
ada pudina & selasih
Port ambil gambar
Port ambil gambar
Tempat parking cyclist
(Lupa pulak ambil gambar parking kereta
which is banyak juga so don't worry)
Pintu keluar ala ala cowboy

So apa yang aku boleh cakap tempat ni memang menarik dan makanannya sedap. Aku puas hati dengan pilihan menu yang aku pilih, which is ada banyak lagi tapi 3 menu ni yang aku rasa takde kat tempat lain, tapi main food dioarang kebanyakkannya bertemakan kambing sebab kalau korang tengok menu tu kebanyakkan nye kambing, nasi lemak kambing antaranya. So si pemakan kambing, this is your place to go. Aku puas hati dengan makanan pilihan aku dan worth it with price, seriously aku makan tak sampai RM40 ok? Aku harap kedai ni boleh kekalkan kualiti dan price dia. Walaupun tempat ni agak tersorok, dan mencabar nak pergi tapi kalau sedap ceruk mana pun orang cari. Dari tempat ni boleh nampak view padang kem tentera. So apa lagi aku nak share, better korang pergi sendiri. Aku bagi tempat ni 5/5.

Sampai sini dulu, enjoy reading and jangan lupa pergi #KafeKampungKaw


No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...