Friday, May 29, 2015

KLCC SITU, SANA, SINI...

Hi 

Post kali ni I nak share tentang obsesi I terhadap KLCC. Ada apa dengan KLCC?? Hmm untuk pengetahuan you all, I ada satu hobi yang mungkin orang lain tak buat tapi I don't know why I taksub sangat dengan KLCC. Hobi I ialah mengumpul gambar KLCC dari pelbagai sudut dan perspektif tak kira siang or malam if I terasa nak ambil gambar KLCC I will do and go. Mujur lah I ni orang Kuala Lumpur and KLCC from my house pun boleh nampak, kalau tak susahlah nak layan kalau ada hobi macam ni kan. Anyway sebagai anak jati Kuala Lumpur I rasa bangunan KLCC adalah sesuatu yang sangat unik dan cantik, designnya, ketinggiannya, dan kalau dilihat dari dekat yes memang sesuatu yang patut dibanggakan (no wonder ramai orang luar datang nak ambil gambar KLCC). Sebagai orang Malaysia, I rasa we should proud of this building. So tak nak cerita banyak apa kata I share with you all my KLCC picture yang I ambil dari camera phone jer pun.. bukanlah profesional photographer atau pun ambil dengan camera canggih, tapi for me gambar-gambar ni sangat bermakna and I feel so proud when every time I tengok gambar-gambar ni.

KLCC in my heart
Pink KLCC
 (I have green KLCC but not sure where I keep the pic)
Picture from Traffic Light in Front NZ restaurant

The nearest KLCC picture at 12.30am after raining
KLCC from Masjid As- Syakirin
KLCC from Traffic Light 
KLCC from Tawakkal Hospital
KLCC from the garden


KLCC from Titiwangsa Lake


KLCC from Exxon Mobile car park 

KLCC from Traffic Light Jalan Ampang
KLCC at 7.27pm from Garden

KLCC from bridge at night

KLCC from Exxon Mobile office
KLCC from bridge view




KLCC from swimming pool at garden
KLCC when I'm driving ^_~

Banyak lagi gambar I nak share but rasa macam banyak sangat boring pulak you all nanti, anyway ini antara koleksi yang I ada hope you all suka ^_~` so apa plan weekends ni? Maybe you all yang ada anak boleh bawak anak swim di KLCC, or yang bujang boleh hang out with friends cuci mata di KLCC.

Happy Sharing & Happy Reading

INFO PERUNDANGAN 2 : Tuntutan Sivil

Hi Assalamualaikum,

Its Friday again, cepat rasanya masa berlalu minggu ni. Dalam kesibukan sepanjang minggu dengan kerja, kursus dan personal matters memang tak sempat nak update apa-apa untuk blog since my last post is on 24th. Anyway since I dah promise nak share info perundangan dengan you all every Friday, so I kena tunaikan janji tu. Tak baik mungkir janji kan..  As I told you pentingnya kita untuk tahu ilmu perundangan dalam kehidupan kita seharian bukan untuk diri kita sahaja, tapi maybe for our family members and friends. At least if its happened, the knowledge is there right??  
So last post, we start with Tuntutan Sivil. I dah share tuntututan sivil tu apa? Siapa pihak-pihak? Had tuntutan? Boleh ke wakili diri sendiri? dan macam mana nak failkan? So hari ini, I will continue apa tindakan yang perlu dibuat bila dah failkan kes di mahkamah bagi kes tuntutan sivil biasa seperti pelanggaran kontrak, tuntutan hutang kad kredit, pinjaman Pendidikan, Pinjaman Kenderaan, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Peribadi, dan Pertikaian mengenai harta. I juga akan share info tentang prosedur tuntutan sivil bagi kes tuntutan ganti rugi yang melibatkan kemalangan jalanraya yang berbeza sedikit dari tuntutan sivil yang biasa. 

So lets start reading...


APAKAH TINDAKAN SUSULAN SETELAH SAMAN DIFAILKAN?

Setelah saman difailkan, dokumen yang telah diproses oleh Mahkamah hendaklah diserahkan kepada Defendan mengikut masa yang ditetapkan. Defendan setelah menerima saman tersebut hendaklah memasukan notis kehadiran di Mahkamah. Sekiranya tiada notis kehadiran dimasukkan oleh Defendan dalam masa 14 hari dari tarikh penyerahan writ saman, plaintif boleh memfailkan perakuan ketidakhadiran dan penghakiman ingkar. 

SEBAGAI DEFENDAN, APA TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SETELAH MENERIMA WRIT SAMAN?

- Defendan perlu memfailkan Memorandum Kehadiran dengan segera.

- Selepas tarikh pemfailan Memorandum kehadiran, defendan hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh 14 hari.

- Hadir ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Mahkamah

- Patuhi arahan Mahkamah yang seterusnya.

Pada hari perbicaraan :

- Kedua-dua pihak hadir dan jika Defendan mengakui tuntutan, Penghakiman Persetujuan akan direkodkan.

- Jika Defendan tidak memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan, Penghakiman Ingkar akan direkodkan.

- Jika Defendan hadir tetapi Plaintif tidak hadir, Writ Saman akan dibatalkan. Jika Defendan mempunyai Tuntutan Balas, Penghakiman akan direkodkan memihak kepada Defendan.


TUNTUTAN GANTI RUGI (KEMALANGAN JALANRAYA)

Ok bagi kes tuntutan ganti rugi yang melibatkan kemalangan jalanraya pula, Plaintif perlu melantik peguam untuk memfailan tuntutan kerana ia melibatkan prosedur-prosedur tertentu. 


A. BIDANGKUASA 

- Jika tuntutan ganti rugi kurang dari RM100,000, sila failkan Tuntutan di Mahkamah Majistret.

- Jika tuntutan ganti rugi melebihi dari RM100,001, sila failkan Tuntutan di Mahkamah Sesyen.

B. TEMPOH MASA (untuk memfailkan tuntutan ganti rugi kemalangan jalanraya);

- Jika melibatkan kematian : 3 tahun dari tarikh kemalangan
- Jika menuntut untuk kecederaan : 6 tahun dari tarikh kemalangan 
- Jika menuntut terhadap Kerajaan : 3 tahun dari tarikh kemalangan bagi kedua-dua jenis tuntutan.

C. DOKUMEN-DOKUMEN PENTING UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN

* Laporan Polis
* Polisi Insuran Kenderaan (jika berkaitan)
* Laporan Perubatan
* Slip Gaji Mangsa (jika berkaitan)
* Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan tuntutan yang difailkan.

* (Rujukan Rules of Court 2012)

Setakat ini dulu perkongsian I with you all today, so now you all dah tau macam mana nak buat tuntutan sivil dan apa yang you all perlu buat jika you all disaman. Selain itu, you all tahu juga macam mana nak buat tuntutan ganti rugi jika berlaku kemalangan. So for the next Friday, I will share to you tentang Tuntutan Kecil (Small Claim) which is I rasa lebih penting untuk diketahui, lebih interesting dan I rasa juga Small Claim ni something yang everybody wajib tahu. Kenapa wajib tahu? Kalau nak tahu kenalah tungguuuuuu... ^_~`

Happy Reading & Happy Sharing

To be continue…

Monday, May 25, 2015

Arabian Egyptian Birthday Party


Hi Assalamualaikum,

Its Monday, suddenly I feel like want to share to all of you about the event I attend last few week. It's a birthday party celebration but it is not normal birthday party that I attending before. Why? Its a birthday party celebration with a theme.
What so special, Its an Arabian Egyptian Birthday Party!! It's so awesome birthday party because everybody was followed the theme, wearing costume, the food also Arabian foods, the Egyptian music, decoration and bla bla bla... so lets the picture speaking ^_~

Birthday Girl as Egyptian Princess
Birthday Girl Mother as Cleopatra
Egyptian Dance
The stage
Me with the Hijabi Women ^_~ (shaky pic) 
Kufta with Pasta (Western Arabic Foods)
too many selection of food and I feel so full.
I've got lots of candy, chocolate & cupcakes
The guest wearing costume 

Thanks for Invited Us Rozi Tan Sri Basir
Me & My Sister
Really enjoy the Party & the foods

I know that this kind of birthday party celebration are like a trend nowadays, but ya its very cool if you really want to celebrate someone, and make she/ he feeling so special on their special day. Its a moment to remember, but the best part is we can being together with the family members and just have fun. Why not right?? HAPPY BIRTHDAY EVERYONE ^_~`


Happy Reading & Happy Sharing 


Saturday, May 23, 2015

KENAPA AKU DIUJI?



Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu??? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah dan bacalah Al Quran. Sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya, segala jawapan ada di dalamnya.

Saat kita diuji Allah s.w.t, maka timbullah pelbagai persoalan dikotak fikiran. Tatkala itu juga kita akan mencari-cari jawapan kenapa aku, apa salah aku, dan pelbagai persoalan yang adakalanya membawa kita kepada suatu perasaan mahu berburuk sangka terhadap Allah s.w.t (Astagfirullah...). Sesungguhnya segala persoalan yang ada dibenak kepala kita telah Allah s.w.t jawab di dalam surat - surat cintaNya kepada kita hambaNya. Perbanyakkanlah Istigfar kepadaNya semoga diampunkan dosa-dosa kita terhadap Allah s.w.t.



Kenapa aku diuji?


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -


Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

- Surah Al-Baqarah ayat 216 -


Kenapa ujian seberat ini?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


- Surah Al-Baqarah ayat 286 -


Rasa Frust?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. 

- Surah Al-Imran ayat 139 -


Bagaimana aku harus menghadapinya?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan). 

- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

- Surah Al-Baqarah ayat 45 -


Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...." 

-Surah At-Taubah ayat 111 -

Kepada siapa aku berharap?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.

-Surah At-Taubah ayat 129 -


Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.  

- Surah Yusuf ayat 12 -


*saat kite melihat seseorang diuji oleh Allah swt,sesungguhnya ujian Allah itu pelbagai..kaya itu ujian, miskin juga ujian, buruk itu ujian, cantik juga ujian, senang itu ujian, susah juga ujian, pandai itu ujian, bodoh juga ujian, apa saja dalam kehidupan kita samada baik atau buruk, kita akan sentiasa diuji, maka jangalah sesekali mendongak ke langit untuk tidak memahami situasinya, sebaliknya jadikanlah ujiannya itu sebagai iktibar buat kita untuk mengahadapi hari depan, jika kita tidak diuji bukan bermakna kita sudah cukup sempurna keimanan, tapi mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita diuji... semoga saat kita diuji kita akan kuat menghadapinya dan ditetapkan keimanan kepada Allah swt. <3

Bacalah, rujuklah pada Al-Quran...kerana itulah sumber ilmu dan kekutan kita...Inshallah.

Selamat Malam.

INFO PERUNDANGAN 1 : Tuntutan Sivil

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Ok mulai hari ini, setiap Jumaat I akan share with you all info perundangan berdasarkan ilmu dan pengalaman yang I ada. For you all information I graduated in Syariah & Islamic Jurisprudence. I also working in legal field. Walaupun I bukanlah seorang pengamal undang-undang, namun kecintaan I terhadap bidang ini tak pernah padam. InshaAllah dengan sedikit ilmu yang I ada ni, I akan kongsikan dengan you all.
Apa pentingnya you all tahu info-info perundangan ni? Ok berdasarkan pengalaman I bekerja di Mahkamah, I dah jumpa pelbagai jenis orang yang bermacam-macam ragam dan cerita-cerita mereka yang tersendiri. Kebanyakkan mereka yang datang ada yang memang zero knowledge, sebab bila datang terus nak apa yang diorang nak dan bila kita explain prosedur, ada yang tak boleh terima dan anggap kami ni sengaja nak menyusahkan mereka. Maka macam-macam lah yang keluar dari mulut mereka ni. Ada yang marah-marah, ada yang petik nama-nama vip (kenal orang itu orang ini or kata sedara mara mereka ada yang lawyer lah pegawai besar lah macam-macam peel), ada yang menangis minta dikasihani dan ada yang hempas dokumen dan macam-macam lagi, ada setengah tu siap ajar apa yang perlu kami buat untuk mudahkan jalan mereka, but when we talk about law and procedure kita memang tak boleh nak layan semuanya mengikut kehendak mereka. So I hope before you come to court at least you read something info about your matters. Sure you all kata macam-macam alasan kan? Takde masa nak baca, dah tua-tua tak rajin nak google-google, buta IT, dan seribu macam alasan. Hendak seribu daya malas memang tak dapat apa. So siapa-siapa yang sedang baca ni kongsikanlah info ni kepada saudara mara, sahabat handai dan sesiapa yang anda kenal. 
Sharing is Caring, Caring is Loving.
Mungkin hari ini anda tak lalui situasi-situasi yang saya gambarkan itu, tapi one day when it’s happened (hopefully not) at least you have some information. Mungkin juga anda rasa ambil jer lawyer (jika mampu), tapi kalau tak mampu ambil lawyer what to do? So hopefully perkongsian I ni dapat membantu you all sedikit untuk anda celik perundangan.
Panjang lebar dah membebel, so untuk post kali ni I nak share dengan you all tentang Tuntutan Sivil.

Apa itu Tuntutan Sivil?

TUNTUTAN SIVIL adalah merupakan pertikaian di antara dua atau lebih pihak menuntut remedi/ganti rugi/pampasan yang melibatkan isu perudangan dan fakta.

Jika anda ingin menuntut balik hutang, ganti rugi atau anda berhutang untuk perkara-perkara seperti berikut;
-          - Pinjaman Perumahan
-          - Pinjaman Kenderaan
-          - Pinjaman Pendidikan (PTPTN, MARA, JPA)
-          - Kad Kredit
-          - Pelanggaran Kontrak
-          - Pertikaian mengenai harta
-          - Pertikaian diantara tuan tanah dan penyewa
-          - Kemalangan Jalan Raya
-          - Ganti Rugi untuk kecederaan
-          - Pinjaman Peribadi

Maka pertikaian-pertikaian ini boleh diselesaikan melalui tuntutan sivil.

HAD TUNTUTAN SIVIL

-          - Tidak melebihi RM100,000.00 hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret
-          - RM100,001.00 tetapi tidak melebihi RM1,000,000.00 hendaklah difailkan di Mahkamah Sesyen
-          - Melebihi RM1,000,001.00 hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi

PIHAK-PIHAK

-          - Pihak/ Orang yang Menuntut dikenali sebagai PLAINTIF
-          - Pihak/ Orang yang Dituntut dikenali sebagai DEFENDAN

ADAKAH BOLEH ANDA MEWAKILI DIRI SENDIRI TANPA PEGUAM?

Jawapannya BOLEH, anda berhak mewakili diri sendiri di Mahkamah.
(Jika tidak mampu melantik peguam dan jika layak, anda boleh mendapatkan bantuan dari Jabatan Bantuan Guaman untuk memfailakn Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan.)

JIKA ANDA MEWAKILI DIRI SENDIRI;

Jika anda ingin meneruskan kes tanpa peguam, kemungkinan anda akan melalui kerumitan dan risiko akan timbul.

- Walaubagaimanapun, jika anda merasa kesukaran anda boleh melantik peguam ketika kes sedang dibicarakan.

- Anda harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan tentang undang-undang dan prosedur yang terpakai dalam kes anda. (Study and Read to get information, imagine you are lawyer)

- Patuhi tempoh masa untuk pemfailan dan penyerahan dokumen.

- Sentiasa datang awal dan bersedia untuk perbicaraan

That’s the reason why I cakap info-info ni penting, because bila you mahu protect your own self you kena ada cukup ilmu. Kalau tak cukup ilmu, then you panic datang you tak tahu nak buat apa.

ADAKAH HAD TEMPOH MASA UNTUK ANDA MEMFAILAKN TUNTUTAN?

Ya ADA, jika melibatkan agensi kerajaan tempohnya 3 tahun dari tarikh gagal bayar hutang. Jika tidak melibatkan agensi kerajaan tempohnya 6 tahun dari tarikh gagal bayar hutang.

BAGAIMANA DAN DI MANA TUNTUTAN SIVIL DIFAILAKN?

-          Tuntutan BOLEH difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret/Sesyen yang berdekatan.
-          Bayaran pemfailan dokumen perlu dibuat seperti kadar yang ditetapkan dalam Fi Mahkamah Rendah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran B2)

* (Rujukan Rules of Court 2012)


Ok cukup dulu untuk hari ni, banyak-banyak nanti susah nak hadam kan..hihi. Mesti korang nak tahu kan lepas dah failkan kes di mahkamah apa tindakan selanjutnya?

For the next post, InshaAllah I will share prosedur selanjutnya selepas pemfailan kes dibuat. See you next Friday.

Happy Reading and Happy Sharing

To be continue…

Thursday, May 21, 2015

Pangkor Island With Love


Hi Assalamualaikum,
Last post I dah bawa you all bercuti with my BFF ke Genting Highlands kan? This post I nak share with you all percutian with my BFF yang sangat save budget dan sesuai bagi you all yang tak dapat nak bercuti panjang (short vacation). Siapa kata dengan masa yang terhad dan bajet yang sedikit you all tak boleh bercuti? Kalau nak seribu daya, tak nak memang macam-macam alasan kan. Macam waktu I ke Genting, just one day jer tapi we still can have fun. Ape yang penting adalah plan yang cukup terancang. Baru lah perjalanan percutian you all akan jadi lancar dan relax jer.
So kemana destinasi kita kali ni? Hmm I with my BFF ke utara semenanjung Malaysia. Plan percutian ni bermula bila I dapat kad jemputan kahwin dari one of my roomate masa di kolej dulu. Nama dia Jannah, she’s my junior and she orang Perak. So masa dapat kad jemputan tu dalam kepala memang kena pergi sebab pertama dia dah jemput dan yang kedua dia selalu cakap “kak aku kahwin ko datang tau”. Maka tibe-tibe tercetuslah satu idea dalam kepala ni. Hmmm pertama kena pergi Perak, kedua sure kena stay at least semalam jauhkan drive lebih kurang 3 ke 4 jam tak kan nak balik hari yang sama betul tak? yang ketiganya apa yang menarik di Perak?
Maka I pun mulalah merisik-risik my sister (of course she the first person that I will discuss with), then bila my sister setuju nak follow I ask my BFF Sha (because sure boring if only me and my sister yang pergi). Alhamdulillah she free and ready to follow. So after discuss with both of them, we agree to attend my friend wedding at Perak naik kereta. After attend the wedding, we will go to Pulau Pangkor and stay one night at the island. Ape motifnya kan? Hmmm yang pertama, I tak nak pergi Perak dan balik hari yang sama (penat kot), kedua sebab alang-alang dah drive jauh,  bayar tol and nak stay perak, why not? Since I memang tak pernah pergi ke Pulau Pangkor, dan ketiganya its weekend yo ^_~
So masa hari kejadian, kami bertolak pagi lebih kurang pukul 8 am. So I drive my own car sepanjang perjalanan tu, because Sha tak mahir bawa manual. Seronok juga drive pagi-pagi berjalan jauh, happy mood jer masing-masing. Nak elakan I mengantok or rasa penat, sepanjang perjalanan tu berborak dan berkaraoke ler bertiga-tiga.

Alhamdulillah sampai di rumah Jannah tu hampir-hampir pukul 12 tengahhari (itupun lepas pusing-pusing mencari jalan) first time pergi rumah Jannah. Segan juga kitaorang terawal sangat, tapi sempoi keluarga Jannah sambut kitaorang dan I dapat jumpa Jannah yang tengah sibuk di make up  Mak Andam. Lama juga tak jumpa Jannah lepas tamat belajar ada sekali keluar bersama tahun 2008 sampai lah hari kahwin dia baru dapat jumpa balik. Borak-borak, ambil gambar then kami diajak makan. Lepas makan kami minta izin untuk balik, tak dapat nak tunggu Jannah bersanding sebab kami nak check In di Pulau Pangkor pukul 2.

Me & Jannah
Cantiknye die
Jannah  
Me & Sha
Me & My sis (Sharifah)
Before say goodbye

So perut dah kenyang, misi ke majlis perkahwinan Jannah dah berjaya kami pun bertolak menuju ke Lumut. Next misson ke Pulau Pangkor. Sampai kat Jetty kami parking kereta di tempat yang selamat dan berbayar, RM10 untuk tempoh 24 jam. Then terus ke kaunter tiket untuk ke Pulau Pangkor menaiki feri macam nak pergi Pulau Langkawi tu. Tiket feri pun tak mahal, RM5 untuk pergi dan balik so kenelah simpan tiket tu untuk balik esoknya. So I tak nak cerita banyak let's the picture speaking ^_~


Wefie Dalam Feri Jap  
Sampai jetty Pangkor naik van ke resort 
Penginapan 2H1M kami
Serious tempat ni best
Lepas check In pekena ABC, keropok leko &
Cempedak Goreng.. layannn 
My sis takut betul dengan burung ni
Aktiviti malam kitaorang lepak tepi pantai sambil
dengar bunyi ombak pekena kopi O dengan busker menyanyi
Serious best and tenang (kena dengan jiwa)
Sejak sampai cuaca kat Pangkor tak menentu kejap ok kejap angin kuat and hujan so petang tu kitaorang jalan-jalan kejap tepi pantai. Best nye resort yang kitaorang stay ni betul-betul depan laut cuma perlu lintas jalan kecil jer.. dan depan resort ni banyak kedai makan, happening juga sebab sepanjang jalan tu macam pasar malam panjang. Jadi takdelah kami ni boring sangat semua ade depan resort jer. Sebelah malam lepas maghrib kami keluar untuk dinner then melepak depan pantai. Lebih kurang jam sepuluh baru balik bilik berehat dalam bilik dan tidur sebab kami dah plan aktiviti esok nak ke Coral Island and naik Banana Boat.

Anjungan Beach Resort & Spa
(tempat ni memang best)
Good Morning Pangkor Island
Jalan-jalan cari Sarapan
Hehehe sempat pose
Lempeng Pisang & Kopi O.. Layaannn
Breakfast tepi laut pagi-pagi (cool)
Coral Island (mandi-mandi & naik banana boat)
Awesome
Wet activity
BFF
Posing sebelum balik
Pangkor Island Beach
Before say GOOD BYE
Makan sebelum balik (rasa tak nak balik)
Will come back soon...

Terlalu manis pengalaman pertama I di Pulau Pangkor, serius love at the first sight. Tempat yang sangat relax and tenang. Suasana kampung, laut yang cantik, resort yang selesa, tempat makan yang senang, aktiviti laut dan suasana malam yang very calm, I think my holiday at Pangkor just perfect (rasa nak tambah satu malam lagi tapi memikirkan next day kena kerja cancel niat tu). Kalau ikutkan banyak lagi gambar yang I nak share, tapi ini antara yang lulus selepas ditapis (hahaha). Apa yang penting setelah kira-kira budget, minyak kereta, tol, tambang feri, resort, makan, aktiviti laut hanya RM150 seorang sahaja. For me its consider murah untuk resort yang sangat selesa. If kami duduk di resort yang biasa budget kami akan kurang lagi dari RM150. Whatever it is, misi percutian save budget kami kali ni berjaya, and one word yang dapat describe our holiday kali ni is SUPERB AWESOME ^_~`



TILL WE MEET AGAIN AT NEXT POST... 
Kemanakah destinasi kita seterusnya, nak tahu?? kenalah follow.

Happy Reading and Happy Sharing
THANK YOU   


JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...