Monday, March 7, 2016

Kisah Tok Kadi



Hi you all hari ni I nak review satu drama melayu bersiri dari negara seberang tambak Johor, Singapura. Nama drama ni berjudul “Kisah Tok Kadi”. Ok walaupun ini adalah drama bersiri Singapura, tapi watak utama drama ni dilakonkan oleh seorang pelakon lelaki dari Malaysia yang sangat berbakat besar dalam industri seni tanah air kita di Malaysia khususnya. Siapa tak kenal dengan pelakon hebat yang pernah merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015? Bakat lakonannya yang bersahaja dan penuh jiwa itu telah menarik minat penggiat seni di Singapura yang telah memberi kepercayaan kepada Beto Kusyairi untuk membawakan watak utama sebagai Tok Kadi @ Ustaz Shahrul.

Ok apa yang nak I share tentang drama ni ialah jalan ceritanya yang sangat menarik dan unik, kerana cerita ini mengangkat tradisi perkahwinan orang Melayu dahulu dan sekarang. Seperti yang kita ketahui, perkahwinan dalam budaya Melayu penuh dengan kepercayaan–kepercayaan, amalan-amalan tertentu yang biasa diamalkan orang Melayu khususnya orang tua-tua. Daripada mula perancangan, persediaan, sehinggalah pada hari majlis perkahwinan banyak yang perlu dilalui oleh bakal-bakal penggantin bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Drama ini memberi gambaran jelas pada setiap episode permasalahan-permasalahan pengantin-pengantin moden dalam merealisasikan impian perkahwinan masing-masing. Pengalaman-pengalaman inilah yang bakal mencuit hati anda yang menonton. Selain itu juga, cerita ini terasa begitu dekat dengan penonton kerana isu-isu yang ditimbulkan benar-benar berlaku dalam masyarakat kita, ada masanya drama ini juga memberi sindiran – sindiran sinis yang berbentuk teguran buat kita yang menonton. Namun cara penyampainnya begitu lembut dan boleh diterima serta boleh menjadi suatu peringatan buat kita semua.

Apa yang menarik tentang drama berepisod ini juga, selain dari mengangkat kisah dan pengalaman tok kadi muda bernama Ustaz Shahrul yang melalui pelbagai pengalaman dan ragam pengantin-pengantin moden yang mahupun majlis perkahwinan mereka menjadi hari paling bermakna, bersejarah dan akan dikenang sampai bila-bila. Apa yang menarik setiap episod  akan ada moral-moral dan nasihat-nasihat berguna yang disampaikan oleh Ustaz Shahrul melalui khutbah atau tazkirah perkahwinan yang disampaikan selepas majlis akad nikah. Drama ini juga menimbulkan tanda tanya, apabila Ustaz Shahrul sendiri berdepan dengan desakan manja ibunya yang sentiasa berteka teki siapakah yang menjadi pilihan Ustaz Shahrul dalam mencari jodoh buat dirinya??

So tak perlu I nak cerita panjang, apa kata you all tengok sekali drama ni Episod 1 hingga 5, episode 6 belum berjaya ditonton dan mendapatkan link nya… but I will do because I nak tahu siapakah gadis pilihan Ustaz Shahrul?? Adakah gadis lembut yang juga diminati oleh Ibu Ustaz Shahrul atau gadis photographer yang bersifat kasar dan lasak?? InshaAllah I will share in the next post soon… sementara tu you all tengok 5 episod ni dulu ok. Just klik to the link ^_~





Drama wajib tonton ^_~
Selamat Menonton and Enjoy it!!!

Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is Between You and Me

Thursday, March 3, 2016

BFFs Day Out

Assalamualaikum & Hi ^_~



Last weekend I berpeluang join satu program oleh Clinique Malaysia, program "BFF Day Out, Starbucks On Us" ini berlansung selama empat hari bermula 26hb dan berakhir pada 29hb Februari 2016. Program kolaborasi Clinique Malaysia dengan pihak Starbuck Malaysia ini bertujuan untuk meraikan anda dan BFF anda. Apa yang perlu dibuat ialah hanya call mana-mana cawangan Clinique Malaysia yang berhampiran dengan tempat anda dan buat appointment dengan menyatakan tarikh yang anda akan hadir, berikan nama anda dan nama BFF yang akan datang bersama.

So pada hari kejadian I dengan my BFF telah berpeluang ke Clinique di Pavillion, kami telah disambut mesra oleh staff Clinique bernama Hafiz. Kemudiannya tanpa berlengah lagi kami telah di touch up oleh beautican di situ.
My BFF done her eye touch up

Selepas selesai kami di touch up, dan kami seronok lihat muka kami yang berubah dan di touch up dengan cantik sekali. My BFF and I suka sangat tengok kening kami yang di touch up kemas. Sebelum pulang kami dibekalkan dengan survival kit dari Clinique dan sekeping voucher minuman dari Starbuck secara percuma, its FREEeeeeee... Yeeehhoooo ^_~

I feel beautiful the whole day... 
My survival kit from Clinique

Terima Kasih Clinique Malaysia untuk peluang ini, I dengan my BFF rasa seronok sangat dapat spend time together and look beautiful that day, since that we both always hang out with the naked face so bila kena touch up tu memang rasa lain sangat... hahaha. 

Yang bestnya lagi, dahlah dapat touch up free pastu dapat free hadiah pula tu. Thank you juga pada Starbuck Malaysia untuk free voucher starbuck beverange, I definitely will change it for Green Tea Frappuccino ^_~

Till here...

After done.. TQ

Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is between Me & You

Wednesday, March 2, 2016

Instant Korean Ramyun

Happy Lunch Everyone...

Makan apa hari ni? Hari ni saja nak share sikit menu lunch I dengan you all. Memandangkan I malas nak merayau cari makan so I korek-koreklah gerobok stock-stock instant dalam laci yang boleh dimakan. Hahaha terjumpa sebungkus Instant Ramyun yang I beli beberapa hari lepas. Produk ni baru dan belum pernah try, so jom I share cara penyedian instan ramyun yang pedas ni. Ok untuk pengetahuan you all yang tak tahu apa tu ramyun, I explain ok ramyun ni sejenis makanan korea yang ala ala maggie gitu tapi mee dia kenyal-kenyal sikit dan rasa pun lain dari maggie. Ok tak nak cerita banyak jom let's the picture speak...

Cara-cara penyedian Instant Ramyun

Ready to Eat after 5 minutes...

Hmmmm senang jer prepare Instant Ramyun ni macam masak mee maggie cepat dimasak sedap di makan juga. Rasanya pun sedap pedas-pedas sikit. So korang yang tekak teringin nak makan makanan Korea yang cepat dan sedap, bolehlah try, beli di supermarket je...murah. 

Alhamdulillah kenyang dah..



Happy Lunch

Sharing is Caring, Caring is Loving


Audition VO di FINAS

Hi you all

Hari ni I nak kongsi cerita weekends I minggu lepas with you all. As usual I ni kalau weekends mesti ada jer aktiviti yang nak dibuat, memang tak reti duduk diam. Al maklumlah single kan so kenalah pandai-pandai isi masa dengan perkara-perkara berfaedah. In fact, masa single ni lah I boleh bebas sikit nak beraktiviti kalau dah kahwin bukannya tak boleh tapi terhad sikitlah kan... hihi.

Anyway hari ni I bukan nak cerita kisah life as a single woman but actually saja nak share pengalaman I masa last weekend. You all nak tau tak last week I sempat menghadiri satu ujibakat, bukan AF ok tapi ujibakat untuk jadi VO yang diadakan di FINAS Petaling Jaya. Apa VO ni?? Ok VO means voice over, ok you all mesti biasa dengar suara iklan atau kalau tengok dokumentari ke ada suara latar belakang yang menceritakan video yang ditunjukkan. Macam tengok rancangan Nona kat TV3, mesti ada pencerita atau suara latar belakang kan. Hah tulah VO.

Ok I dapat tahu tentang uji bakat ni melalui FB, ada sorang kawan ni like so I pun like lah juga. Macam menarik dan teringin nak mencuba. Since ramai orang kata suara I sedap...hahaha bukan perasan tau memang orang cakap, oranglah cakap ^_~. Beside I adalah berjinak-jinak jadi pengacara majlis di office kalau ada majlis-majlis, so sajalah nak try bakat ni kotlah selama ni terpendam maka nak lah cuba ditonjolkan. Mana tau rezeki, beside why not try something out of box betul tak?

Iklan dari Instagram

So pagi tu I ajak my bff Fareesha and my sis temankan I, Alhamdulillah diorang setuju and support me. Masa sampai tu sekitar jam 10 pagi, dah ada ramai yang beratur untuk mendaftar. I pun beratur dengan sha jer because my sister she just stay dalam kereta. So masa beratur sambil boring-boring I ajak Sha isi borang juga join me untuk VO. Alhamdulillah dia setuju. So kami menunggu untuk mendaftar dan dapatkan no giliran sahaja almost three hours and its around 12.45 pm. Waktu ni urusetia dah umumkan yang mereka akan tutup selama satu jam untuk rehat bermula jam 1 dan sambung semula jam 2 petang, so I dan sha decided untuk pergi lunch dulu sebab kesian my sis yang menunggu dalam kereta tu. Lagipun kami dah dapat nombor giliran. 

While we all pergi lunch area terdekat then I dapat berita through FB pihak FINAS terpaksa stop pendaftaran hari tersebut sebab terlalu ramai dan tidak cukup masa, so sesiapa yang masih beratur untuk pendaftaran terpaksa balik dan boleh datang semula keesokan harinya. Fuuh kesian juga kat diorang but I rasa lega juga at least I dan Sha dah lepas pendaftaran. 

Lepas lunch we all kembali semula ke FINAS, jam tepat pukul 2ptg dan ramai dah beratur. Me and Sha again. Punyalah lama tunggu turn you all, akhirnya turn kami sampai pada jam 7.15ptg. Just imagine how long we wait just for not more then 10 minutes audition in front of jury. Kalau difikir-fikir memang fuuuhhhh takterkata letihnya menunggu turn, tapi apapun we feel so happy sebab berjaya bersabar till the end, because we almost give up but we teruskan.. taklah sia-sia menunggu because we end up juga and we do our best walaupun hakikatnya dah berpeluh-peluh dan keletihan. Waktu keluar dari bilik audition tu memang dah tak fikir soal dapat ke tidak, but we just fikirkan Alhamdulillah akhirnya penantian berkahir...hahaha thanks Sha and my sis layan idea gila I.

Anyway cerita sikit  masa sebelum audition tu, we all diberi skrip (I and Sha practice baca beria juga, then dapat tips2 dari rakan-rakan lain yg dah berpengalaman disitu) untuk dibaca then masuk kesatu bilik audition. Depan I seorang jury dan ada kamera besar macam orang shooting filem tu then lighting terang benderang. Bila baca depan juri tu ala-ala pembaca berita gitu. Seronok jugalah, pengalaman yang sure I tak kan lupa. Let's the picture speak....

FINAS @ Petaling Jaya

Registration

My BFF hafal skrip..


Thanks for the opportunity. Till here and END.

Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is Between You & I

Tuesday, March 1, 2016

Ada Apa Dengan 29 Februari

Ada apa dengan 29 Februari???

Hi you all,

Post kali ni sangat istimewa, hanya empat tahun sekali kita akan jumpa tarikh 29 Februari ni betul tak? So I tak nak lepaskan peluang ni untuk special post ni.

Why so important to me? Bukan setakat tarikh tu istimewa, lebih istimewa bila ada orang yang kita kenal lahir pada tarikh istimewa ni, so sure ler birthday celebration pun kena istimewa sikit. Empat tahun sekalilah katakan.

Ok in my family, my aunt lahir pada 29 Februari, so kami pun plan baik punya untuk buat suprise birthday celebration untuk dia. Let's the picture speaks..

Suprise Birthday Party

Homemade Birthday Cake by My Sis

Happy Birthday Busu 29 February...

Ok actually I plan this since January with my sis and cousins. Kebetulan tengok kalendar tahun ni tahun lompat, so we all cari idea untuk buat suprise yang sederhana tapi berkesan di hati my aunty. Dengan segala plan dan kebetulan-kebetulan yang berlaku berjaya juga buat my aunty cuak dan panik bila balik rumah dari bercuti di Lost World Of Tambun, buka-buka pintu rumah penuh dengan ballons dan decoration, pastu makanan dan cake dengan lampu lilin tersedia di atas meja. Hahahah supriseeeeeeeeessssss!!! and birthday song ^_~ . My mum prepared foods, my sis buat birthday cake sendiri and me do all the decoration plus blow the ballons with my brother (sempuutt).

Alhamdulillah we made it, my aunty memang betul-betul terkejut dan terharu beside kebetulan yang my cousin and husbandnya pilih tarikh ke Lost World of Tambun tu memang superb lah.. senang kerja kitaorang. Actually we wish to do more but I think less is more, ingatan kami tu pun dah buat my aunty betul-betul gembira. We happy when we see someone that we love is happy too.

HAPPY BIRTHDAY to everyone who was born on 29 February... 

Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is Between Me and You

OMNIA PARAIBA

Hi You all...

Hari ni I nak share dengan you all story yang lain sikit dari travel or foods. I nak preview satu produk minyak wangi berjenama yang tibe-tibe I terjatuh suka pula. Actually I ni bukanlah kategori pencinta minyak wangi especially yang mahal-mahal ni. Sebab I pakai minyak wangi sebagai satu keperluan sahaja bukan kehendak, tapi bau minyak wangi ni I suka sangat. Sebelum ni I pernah suka minyak wangi Jadore dan JLo. Itu antara minyak wangi yang I suka baunye, tapi minyak wangi ni lain sikit baunya soft jer. Dah bau rasa nak bau lagi.

Ok minyak wangi yang I dah terjatuh suka ni daripada jenama terkenal Bvlgari yang diberi nama Omnia Paraiba. Nama jer dah unik dan sedap didengar, smooth jer lidah I menyebut nama minyak wangi ni.

Apa yang I suka sangat tentang Omnia Paraiba ni adalah kerana bau harumannya yang sangat sweet and fresh. Bila pakai I rasa macam baru lepas mandi dan nak tersenyum jerr, juga membuat I rasa confidence sepanjang hari. That's what I feel lah... tapi serius bau harumannya juga long lasting. Bila I pakai omnia paraiba ni kawan I pun tegur cakap bestnye bau minyak wangi you. So nak tahu apa rupa minyak wangi Omnia Paraiba ni tak?? Let's the picture speak dulu ok... taaarrraaaa

Tester 1.5ml Omnia Paraiba (Bvlgari)

I cukup bertuah sebenarnya sebab dapat cuba minyak wangi ni, sebagai Pengguna Samsung Galaxy I diberi tester secara percuma. So dapatlah try secara percuma, walaupun hanya 1.5ml tapi bertahan lama jugalah sebab pakai sikit cukup untuk buat I berbau harum sepanjang hari.

Memandangkan I dah terjatuh suka dengan minyak wangi ni, adalah juga I buat survey dan tanya - tanya berapa harga minyak wangi ni di kaunter Bvlgari di Sogo (tempat I redeem tester 1.5ml ni). Harganya untuk 40ml adalah sekitar RM250, dan untuk 60ml sekitar harga RM350+ (juga dijual dalam bentuk set bersama dengan body lotion dan moisturizer). Hmm I will get one for myself, because I like it much.

So you all yang minat minyak wangi berjenama ni, mungkin boleh try and grab it. Mana tau you all pun terjatuh suka macam I, bolehlah cuba-cuba tukar minyak wangi sedia ada kepada sesuatu yang lebih sweet dan fresh yakni OMNIA PARAIBA by Bvlgari.

Till here my sharing... The End.

Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is Between You and Me



JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...