Hi you all
Hari ni I nak kongsi cerita weekends I minggu lepas with you all. As usual I ni kalau weekends mesti ada jer aktiviti yang nak dibuat, memang tak reti duduk diam. Al maklumlah single kan so kenalah pandai-pandai isi masa dengan perkara-perkara berfaedah. In fact, masa single ni lah I boleh bebas sikit nak beraktiviti kalau dah kahwin bukannya tak boleh tapi terhad sikitlah kan... hihi.
Anyway hari ni I bukan nak cerita kisah life as a single woman but actually saja nak share pengalaman I masa last weekend. You all nak tau tak last week I sempat menghadiri satu ujibakat, bukan AF ok tapi ujibakat untuk jadi VO yang diadakan di FINAS Petaling Jaya. Apa VO ni?? Ok VO means voice over, ok you all mesti biasa dengar suara iklan atau kalau tengok dokumentari ke ada suara latar belakang yang menceritakan video yang ditunjukkan. Macam tengok rancangan Nona kat TV3, mesti ada pencerita atau suara latar belakang kan. Hah tulah VO.
Ok I dapat tahu tentang uji bakat ni melalui FB, ada sorang kawan ni like so I pun like lah juga. Macam menarik dan teringin nak mencuba. Since ramai orang kata suara I sedap...hahaha bukan perasan tau memang orang cakap, oranglah cakap ^_~. Beside I adalah berjinak-jinak jadi pengacara majlis di office kalau ada majlis-majlis, so sajalah nak try bakat ni kotlah selama ni terpendam maka nak lah cuba ditonjolkan. Mana tau rezeki, beside why not try something out of box betul tak?
Iklan dari Instagram |
So pagi tu I ajak my bff Fareesha and my sis temankan I, Alhamdulillah diorang setuju and support me. Masa sampai tu sekitar jam 10 pagi, dah ada ramai yang beratur untuk mendaftar. I pun beratur dengan sha jer because my sister she just stay dalam kereta. So masa beratur sambil boring-boring I ajak Sha isi borang juga join me untuk VO. Alhamdulillah dia setuju. So kami menunggu untuk mendaftar dan dapatkan no giliran sahaja almost three hours and its around 12.45 pm. Waktu ni urusetia dah umumkan yang mereka akan tutup selama satu jam untuk rehat bermula jam 1 dan sambung semula jam 2 petang, so I dan sha decided untuk pergi lunch dulu sebab kesian my sis yang menunggu dalam kereta tu. Lagipun kami dah dapat nombor giliran.
While we all pergi lunch area terdekat then I dapat berita through FB pihak FINAS terpaksa stop pendaftaran hari tersebut sebab terlalu ramai dan tidak cukup masa, so sesiapa yang masih beratur untuk pendaftaran terpaksa balik dan boleh datang semula keesokan harinya. Fuuh kesian juga kat diorang but I rasa lega juga at least I dan Sha dah lepas pendaftaran.
Lepas lunch we all kembali semula ke FINAS, jam tepat pukul 2ptg dan ramai dah beratur. Me and Sha again. Punyalah lama tunggu turn you all, akhirnya turn kami sampai pada jam 7.15ptg. Just imagine how long we wait just for not more then 10 minutes audition in front of jury. Kalau difikir-fikir memang fuuuhhhh takterkata letihnya menunggu turn, tapi apapun we feel so happy sebab berjaya bersabar till the end, because we almost give up but we teruskan.. taklah sia-sia menunggu because we end up juga and we do our best walaupun hakikatnya dah berpeluh-peluh dan keletihan. Waktu keluar dari bilik audition tu memang dah tak fikir soal dapat ke tidak, but we just fikirkan Alhamdulillah akhirnya penantian berkahir...hahaha thanks Sha and my sis layan idea gila I.
Anyway cerita sikit masa sebelum audition tu, we all diberi skrip (I and Sha practice baca beria juga, then dapat tips2 dari rakan-rakan lain yg dah berpengalaman disitu) untuk dibaca then masuk kesatu bilik audition. Depan I seorang jury dan ada kamera besar macam orang shooting filem tu then lighting terang benderang. Bila baca depan juri tu ala-ala pembaca berita gitu. Seronok jugalah, pengalaman yang sure I tak kan lupa. Let's the picture speak....
FINAS @ Petaling Jaya |
Registration |
My BFF hafal skrip.. |
Thanks for the opportunity. Till here and END.
Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is Between You & I
No comments:
Post a Comment