Sunday, March 13, 2016

Makan Culture

Halloooooo...

Hari ni I nak share lagi tempat makan best di area Ampang, restoran ni terletak di Ampang Point namanya Makan Culture. Ok jom let's the picture speak first...


Inside Makan Culture

The Menu



^_~

Specility di Makan Culture ni ialah Nasi Bon Bon, yakni nasi kepal yang berbentuk bulat sebesar bola ping pong dan mempunyai 6 ketul dan 6 warna yang berbeza. Nasi ni boleh dimakan dengan tomyam atau kerabu mangga like I'm doing. Lebih special bila I order kerabu mangga ianya dihidangkan di dalam bekas yang unik dan sos pedas kerabu diletakkan di dalam picagari (injection). Menarik ideanya... so you can control your own portion of the spicy sauce depends on you (memang pedas bagi orang yang tak tahan pedas)

Untuk pengetahuan you all price disini sangat berpatutan dan if you choose lime mint sebagai minuman you all boleh refill berapa banyak kali secara percuma. Best kan?? So jangan buang masa, bring your friends or family member to try makan di Makan Culture.

Till here...

Happy Sharing ^_~

Saturday, March 12, 2016

The Garage KL

Hi weekends is coming back,

Apa plan korang cuti ni? Hmm bagi yang ada plan nak hang out dengan kawan-kawan sambil lepak-lepak and nak makan-makan, I nak share and suggest dengan you all tempat lepak makan yang rare dan hipster gitu. Mungkin you all pernah dengar tapi tak pernah try lagi, dan nak try tapi have no idea about this hipster cafe let me sharing my experiance semasa I berpeluang makan di cafe ni.

Ok first mesti nak tau mana location The Garage KL ni kan? Ok terletak di Jalan Ulu Kelang, tepi highway menghala ke Ampang. Kedai ni bersebelahan dengan Restoran Bambu yang pernah meletop suatu ketika dulu kerana restorannya yang berdekorasikan buluh. Even The Garage KL dan Restoran Bambu ni berkongsi tempat parking, sweet jer kan? sharing-sharing gitu ^_~

So dah tau tempat mesti nak tau apa antara menu yang ada, price, dekorasi dalaman, keistimewaan dan sebagainya tentang cafe ni kan? So let's the picture speak first lah then I continue stroy-story k...

The Garage KL @ Gafee

Nice place

Speciality SLOPPY TROOPER


Nutella Cheese Cake

Spicy Clam Vongole Pasta

Chicken Parmesan

Aglio Olio with Bacon

Classic Fish & Chip

Kawan Makan

Pheewwwiiittt ^_~

Happy Face.. Kenyang & Sedap

Banyak menu-menu menarik yang you all boleh pilih, portion worth it with price dan sedap. Di sini speciality dia adalah menu minuman yang dinamakan Sloppy Family. Apa yang istimewanya air minuman ni lain dari yang lain rasanya which is I tak pernah try kat tempat lain, like I try Sloppy Trooper air peanut butter yang dalamnya ada marshmallow, kacang, jelly, biskut dan rasanya I like it very much, sungguh ada kelainan. Selain Sloopy Trooper ada dua jenis lagi speciality dalam Sloppy Family ni iaitu Dequeen -A Poppy dan Jar Jar Beans. Dua minuman ini I will try soon. Sloppy Family ni bukan sahaja ada kelainan dari segi rasanya tapi cara hidangannya yang melimpah ruah dan diletakkan diatas pinggan (macam dalam gambar tu) sure buat you all rasa teruja nak cuba. I yakin juga kanak-kanak pasti sukakan air ni.
The garage ni pada sebelah malam lagi havoc dan banyak pengunjung sebab sebelah malam ada live band sure best nye kalau dapat lepak-lepak santai dengan kawan-kawan, tempat sembahyang pun ada..cool beb. I suka idea kedai ni, decoration superb guna cabin, sure will come again soon.
Ok till here my sharing since itu saja yang sempat I explore hope will give you all idea mana nak pergi weekends ni untuk lepak-lepak dengan kawan-kawan dan MAKAN ^_~ Chow.
Sharing is Caring, Caring is Loving
Happy Weekeends



Kisah Tok Kadi Episod 6

Hi you all

Ada yang dah mula ikuti drama bersiri Kisah Tok Kadi tak?? Oklah kalau dah mula ikuti dan dah terjatuh suka juga macam I, ini I share link untuk tengok episod 6..InshaAllah akan ada sampai episod 8 maknanya 2 episod lagi. Don't worry I will share here untuk mudahkan you all yang nak tengok. Especially peminat Beto Kusyairi, tak perlu susah-susah nak cari sebab kat blog I jer you all boleh tekan link terus connect dan tonton... senangkan ^_~

 klik link ini

Tengok dulu sedutan episod 6

enjoy watching!!!

Simple sharing because 
sharing is caring, caring is loving

21 TIPS DIET BERKESAN

Hi you all...

Siapa yang nak berdiet, atau nak mula giatkan usaha azam 2016 untuk kuruskan badan dan hidup secara sehat??? Jom mulakan dengan 21 tips terbaik untuk diet yang boleh membantu anda untuk merancang diet anda dengan lebih berkesan... jom baca my sharing for today ^_~




1. Minum air secukupnya atau 
minuman tanpa kalori

Pastikan minum segelas air terlebih dahulu sebelum mengunyah ringan kerepek kentang. Kadang-kadang kita keliru antara lapar & dahaga, akhirnya kita akan makan lebih kalori apabila segelas air sejuk berais yang lebih diperlukan. Jika air kosong tidak membantu, cuba tukar air berperisa atau secawan teh herba perasa buah-buahan.




2. Memilih snek ringan waktu malam


Selepas makan malam, kita tidak seharusnya makan sambil duduk & rehat dihadapan TV. Pastinya ini ialah cara yang paling senang untuk memusnahkan diet. Pilih sama ada jauhkan diri anda dari dapur selepas waktu tertentu atau nikmati snek rendah kalori seperti 100 kalori pek biskut atau setengah cawan aiskrim rendah lemak.




3. Menikmati makanan kegemaran


Jadilah pembeli yang bijak. Kita tidak perlu lupakan makanan kegemaran kita. Beli biskut yang baru dibuat dari bakeri bukan kotak atau beli pek kecil gula-gula dari membeli pek yang besar. Kita masih boleh menikmati makanan kegemaran – yang penting ialah kesederhanaan.





4. Pelbagaikan makanan dalam kuantiti 
yang sedikit di siang hari


Jika kita makan kurang kalori dari yang dibakar, kita akan berjaya kurangkan berat badan. Tetapi jika kita sentiasa berasa lapar, makan kurang kalori adalah satu cabaran besar. Kajian dari penyelidik obesiti, Rebecca Reeves DrPH RD, mengatakan “Mereka yang makan 4-5 hidangan atau snek sehari adalah lebih baik untuk mengawal selera makan dan berat badan”. Beliau mencadangkan membahagikan kalori harian kepada hidangan atau bahagian yang lebih kecil dan menikmati sebahagian besar di awal hari. Makanan malam perlu menjadi hidangan yang terakhir kita makan.


5. Makan protein di setiap hidangan

Makan hidangan berprotein setiap kali waktu makan. Protein ialah makanan yang sangat mengenyangkan. Ia lebih memuaskan dari karbohidrat & lemak kerana protein akan membuatkan kita lebih lama berasa kenyang. Ia juga membantu memelihara jisim otot dan menggalakkan pembakaran lemak. Pastikan kita menggabungkan protein yang sihat seperti makanan laut, daging tanpa lemak, putih telur, yogurt, keju, soya dan kekacang di dalam hidangan & snek.




6. Gunakan rempah


Tambah rempah atau serbuk cili ke dalam makanan sebagai perasa yang menepati citarasa kita. Jurucakap Persatuan Dietetic Amerika, Malena Perdomo RD, mengatakan “Makanan yang penuh dengan rasa akan merangsang selera supaya lebih merasa lebih puas dan akan mengelakkan dari makan berlebihan”. Apabila kita memerlukan sesuatu yang manis, cuba makan gula-gula pedas. Ia manis, pedas & rendah kalori.





7. Simpan stok makanan yang 
sihat & sesuai


Menikmati hidangan atau snek “ready-to-eat” atau cepat dimasak pastinya menjadi pilihan. Anda mungkin tidak akan memilih khidmat pesanan pandu-lalu atau memesan pizza jika boleh menyediakan hidangan sihat yang mengambil masa hanya 5-10 minit.
Yang diperlukan ialah sayuran, pasta gandum, keju rendah lemak, pes tomato dalam tin, kekacang, isi dada ayam panggang separuh masak dan sayur salad.


8. Pesan hidangan saiz kanak-kanak di kafe/restoran

Pesan hidangan saiz untuk kanak-kanak merupakan cara terbaik untuk mengurangkan kalori dan mengekalkan saiz hidangan yang diperlukan. Ini menjadi satu cara yang paling digemari. Selain itu gunakan pinggan yang kecil, ia akan kelihatan penuh dan banyak. Secara automatiknya fikiran kita akan membuatkan perut berasa kenyang.



9. Pilih hidangan salad/sayuran

Pilih sayuran/salad dari pasta. Hanya makan lebih sayuran dari pasta atau roti boleh membantu mengurangkan saiz baju atau seluar, dalam masa setahun. Menurut jurucakap Persatuan Dietetik Amerika, Cynthia Sass, RD “100-200 kalori dapat disimpan jika makanan berkanji dikurangkan dan digantikan dengan lebih sayuran”



10. Makan sarapan pagi

Makan sarapan pagi diperlukan untuk permulaan diet harian. Mengabaikan sarapan pagi tidak akan menurunkan berat badan. Ia akan menyebabkan kita lapar dan akan makan lebih pada waktu tengah hari dan makan malam. Untuk mengurangkan berat badan, sentiasa luangkan masa menikmati sarapan yang sihat, seperti bijirin tinggi serat , susu rendah lemah dan buah-buahan.



11. Masukan serat ke dalam hidangan diet


Serat membantu pencernaan, mencegah sembelit, dan merendahkan kolesterol serta boleh membantu penurunan berat badan. Kebanyakan rakyat Amerika mendapat hanya separuh serat yang mereka perlukan. Menikmati manfaat di serat, kebanyakan wanita perlu mendapatkan kira-kira 25 gram setiap hari, manakala lelaki perlu kira-kira 38 gram atau 14 gram setiap 1,000 kalori. Sumber serat yang baik termasuk oatmeal, kekacang, makanan gandum dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.



12. Bersihkan almari pantri dari 
menyimpan stok yang tidak sihat.

Jika anda mempunyai cip kentang di dalam pantri dan ais krim di dalam penyejuk beku, anda membuat penurunan berat badan lebih sukar. Mengurangkan godaan dengan makanan yang menggemukan dengan menyingkirkannya. Mahu menikmati sekali-sekala? Pastikan anda perlu meninggalkan rumah untuk mendapatkannya sebaik-baiknya dengan berjalan kaki.


13. Turunkan berat badan secara perlahan

Jika anda sudah mengurangkan berat badan tetapi tidak secepat seperti yang anda mahu, jangan putus asa. Menurunkan berat badan mengambil masa. Pakar-pakar mencadangkan menetapkan matlamat penurunan berat badan yang realistik daripada kira-kira satu 1-2 kg seminggu. Jika anda menetapkan harapan yang terlalu tinggi, anda mungkin akan berputus asa apabila anda tidak kehilangan berat dengan cepat. Ingat, anda mula melihat manfaat kesihatan apabila anda telah hilang hanya 5% – 10% daripada berat badan anda.



14. Timbang seminggu sekali


Orang yang menimbang berat badan sendiri secara kerap cenderung untuk Berjaya mengurangkan berat badan. Tapi kebanyakan pakar mencadangkan timbang diri sendiri hanya sekali seminggu, sehingga anda tidak terjejas akibat turun naik setiap hari. Apabila anda menimbang diri anda, timbang pada masa, hari, skala dan pakaian yang sama pada minggu yang berikutnya.





15. Mendapatkan tidur yang cukup


Apabila rutin tidur terganggu, badan akan menghasilkan lebih hormon ghrelin yang merangsang selera makan dan menghasilkan kurang hormon leptin yang merangsang rasa kenyang. Mendapat tidur yang cukup boleh membuat kita rasa kenyang dan menjauhkan kita daripada mengambil snek yang tidak diperlukan.





16. Fahami saiz hidangan

Menjadi rutin untuk memilih saiz besar dalam hidangan. Untuk membetulkan saiz skala diet, gunakan alat penimbang dapur dan cawan pengukur untuk mengukur makanan anda untuk 1 atau 2 minggu. Gunakan pinggan yang lebih kecil dan gelas untuk mengecilkan skala bahagian. Bahagikan sajian di restoran kepada separuh iaitu menjadikan 2 menu daripada 1 menu. Bahagikan hidangan snek ke beberapa bahagian daripada memakannya secara terus daripada bekas.




17. Makan lebih banyak buah & sayuran


Diet yang terbaik ialah anda boleh makan lebih banyak makanan dan tidak kurang. Jika anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, anda tidak perlu berasa lapar kerana ia kaya dengan zat, tinggi serat dan air, yang boleh memberi rasa kenyang. Snek boleh menjadi satu perkara yang baik selagi anda memilih makanan ringan yang bijak.




18. Kunyah gula-gula getah (gum) tanpa gula


Jika anda ingin menikmati snek yang menggemukan, ambil beberapa gum tanpa gula sebagai ganti. Mengunyah beberapa jenis gum boleh memberikan nafas segar dan juga boleh membantu mengawal rasa lapar, keinginan mengunyah snek, dan membantu dalam penurunan berat badan.
Perlu diingat, pengambilan sorbitol iaitu gula alcohol yang digunakn dalam gum rendah kalori secara berlebihan kadang kala memberi kesan yang buruk kepada sesetengah orang. Walaupun mengunyah gum boleh mengawal selera makan, tidak bermakna kita berhenti dari memilih makanan yang betul. Mengamalkan makanan yang sihat dan bersenam masih penting dan diperlukan.




19. Simpan diari makanan


Sebatang pen dan kertas boleh boleh meningkatkan penurunan berat badan. Kajian menunjukkan tabiat menulis apa yang kita makan dan minum akan membuatkan kita sedar tentang apa, bila, dan bagaimana banyak kita makan. Ini akan mengingatkan kita supaya mengambil kalori yang lebih sedikit. Kajian mendapati bahawa mereka yang menulis diari makanan 6 hari seminggu hilang kira-kira 2 kali ganda dari mereka yang hanya menulis didalam diari sehari seminggu atau kurang.





20. Raikan kejayaan (selain makanan)


Turun 5kg bulan ini dan berjalan setiap hari? Masa bagi meraikannya. Ganjaran berjaya menurunkan berat badan boleh menggalakkan lebih banyak lagi kejayaan. Membeli CD, menonton filem, dan sediakan hadiah untuk langkah seterusnya. Hanya jangan meraikan dengan sundae atau hidangan pizza.





21. Dapatkan bantuan keluarga & rakan

Mendapat sokongan boleh membantu kita mencapai matlamat penurunan berat badan. Jadi beritahu keluarga dan rakan-rakan tentang usaha untuk kehidupan yang sihat. Mungkin mereka akan menyertai kita bersenam, makan dengan cara yang betul dan mengurangkan berat badan. Apabila kita merasa seperti hampir berputus asa, mereka akan membantu. Pastikan kita jujur dan gembira, kita akan berasa bahawa pengalaman yang lebih mudah.

 Selamat Berdiet

Happy Reading & Happy Sharing


Sumber dari www.EzDiet.com
 

Friday, March 11, 2016

Trailer Ada Apa Dengan Cinta 2

Hi korang ^_~

Korang mesti ingat kisah percintaan antara 
Cinta & Rangga



Ingat tak???

14 tahun dulu kalau you all masih ingat kita pernah digegarkan dengan sebuah filem Indonesia berjudul 

Ada Apa Dengan Cinta?


Kisah yang mengangkat persahabatan sejati lima remaja perempuan di SMA iaitu Cinta, Maura, Milly, Karmen & Alya telah menjadi satu kegilaan di Malaysia khusunya remaja pada zaman itu. Bukan sekadar kisah persahabatan sejati, filem ini juga menjadi fenomena dengan kisah percintaan Cinta & Rangga yang pada akhirnya terpisah...


Korang mesti ingat bait-bait lagu filem ini yang dicipta dan dinyanyikan oleh komposer hebat Melly Goeslaw dan satu ketika dahulu pernah menjadi siulan pengikut setia AADC dan kedengaran dicorong-corong radio.

"Wahai pujangga cinta 
biar membelai indah
Teladani kalbuku
Jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah"

Bukan itu sahaja, malah puisi-puisi Rangga juga membuat kita terbuai rasa dengan kisah percintaan Rangga & Cinta. Seterusnya menggambarkan keperibadian watak Rangga.


Tahun ini kita akan kembali menyambung fenomena tersebut pada April ini untuk menyaksikan sambungan apakah yang terjadi setelah Cinta & Rangga terpisah sekian lama..

Adakah mereka akan menyambung kembali percintaan mereka yang tergantung sekian lama??

Apakah Cinta masih mengekalkan persahabatan sejati dengan sahabat-sahabat sekolahnya??

Apakah yang terjadi kepada Rangga selepas berhijrah ke luar negara??

Adakah cinta mereka masih sama seperti 14 tahun lalu??
Segalanya bakal terjawab April ini.


Jadi bagi mereka yang mengikuti kisah Cinta & Rangga

Jangan lupa save the date untuk ramai-ramai saksikan filem cinta ini..


Tapi sebelum itu, bagi mengubat kerinduan korang jom layan official trailer 

Ada Apa Dengan Cinta 2???
28 April 2016


Sharing is Caring, Caring is Loving

Spread the LOVE ^_~

Thursday, March 10, 2016

Crush Yuna feat Usher



Addicted to this new songs Crush by Yuna ft. Usher. So let's hear and sing together with me... 


Lyric Crush – Yuna ft. Usher


You Call Me On A Lazy Afternoon,
Asking Me What I’m Up To,
Let’s Find Something To Do,

Baby I’d Be Down, Down, Down,
Down, Down, Down [x2],
You Know I’d Be Down, Down, Down,
Down, Down, Down [x2].

I See You Arriving In Your Car,
Hey,
Jet Black Mercedes, Built In The 70s,
Classic Like You And Me,
I’ll Be Coming Down, Down, Down,
Down, Down, Down [x2],
I’ll Be Down, Down, Down,
Down, Down, Down [x2].

I Feel A Little Rush,
I Think I’ve Got A Little Crush On You,
I Hope It’s Not Too Much,
But Babe When I’m With You, I Hear It,
My Heart Singing,
La, La, La, La [loop].

Honestly I Shouldn’t Waste Time No More,
Cause All These Little Boys You’re Chasing,
Did They Break Your Heart?
I Know You’ve Been Down, Down,Down,
Down, Down, Down [x2],

I Won’t Let You Down, Down, Down
Down, Down, Down [x2].

I Feel A Little Rush,
I Think I’ve Got A Little Crush On You,
I Hope It’s Not Too Much,
But Babe When I’m With You, I Hear It,
My Heart Singing,
La, La, La, La [loop].

I See You The Same,
I See It In The Way That You Behave Around Me,
And I Can’t Tell,
What We Have Is Different From Anyone Else,
Cause You Stop Doing What You’re Doing,
When I Call You Come To Me Running,
And I Would Do The Same For You,
So Tell Me That You Feel It Too.

I feel a little rush
I think I've got a little crush on you
I hope it's not too much
But babe when I'm with you, 
I hear it
My heart singing

La, la, la, la, la, la, la, la-la
La, la, la, la, la, la, la, la-la

I think I've got a crush, babe
Crush on you too
Feel a little rush, baby
And I feel it too

I think I've got a crush, babe
Crush on you too
Feel a little rush, baby


[Klik link to hear the song]




Enjoy the Song ^_~


Sharing is Caring, Caring is Loving


Tuesday, March 8, 2016

Johnny Rockets

Hi everyone,

A simple sharing for today, #tablefortwo #ideaforlunch #whattomakan

Let's lunch...

Hazelnut Latte

Special Pasta

Burger

Pizza

Just a simple sharing lunch at Johnny Rocket, Maju Junction with you all. Makan dimana you all??? I tak ingat all the foods name yang I makan, but taste is acceptable since I dah lapar sangat.. so focus pada foods jer... hihi ^_~ . Price pun ok. So kalau you all nak tahu bolehlah try makan di restoran Johnny Rocket ni.

Sharing is Caring, Caring is Loving
Happy Lunch


JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...