Friday, March 11, 2016

Trailer Ada Apa Dengan Cinta 2

Hi korang ^_~

Korang mesti ingat kisah percintaan antara 
Cinta & Rangga



Ingat tak???

14 tahun dulu kalau you all masih ingat kita pernah digegarkan dengan sebuah filem Indonesia berjudul 

Ada Apa Dengan Cinta?


Kisah yang mengangkat persahabatan sejati lima remaja perempuan di SMA iaitu Cinta, Maura, Milly, Karmen & Alya telah menjadi satu kegilaan di Malaysia khusunya remaja pada zaman itu. Bukan sekadar kisah persahabatan sejati, filem ini juga menjadi fenomena dengan kisah percintaan Cinta & Rangga yang pada akhirnya terpisah...


Korang mesti ingat bait-bait lagu filem ini yang dicipta dan dinyanyikan oleh komposer hebat Melly Goeslaw dan satu ketika dahulu pernah menjadi siulan pengikut setia AADC dan kedengaran dicorong-corong radio.

"Wahai pujangga cinta 
biar membelai indah
Teladani kalbuku
Jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah"

Bukan itu sahaja, malah puisi-puisi Rangga juga membuat kita terbuai rasa dengan kisah percintaan Rangga & Cinta. Seterusnya menggambarkan keperibadian watak Rangga.


Tahun ini kita akan kembali menyambung fenomena tersebut pada April ini untuk menyaksikan sambungan apakah yang terjadi setelah Cinta & Rangga terpisah sekian lama..

Adakah mereka akan menyambung kembali percintaan mereka yang tergantung sekian lama??

Apakah Cinta masih mengekalkan persahabatan sejati dengan sahabat-sahabat sekolahnya??

Apakah yang terjadi kepada Rangga selepas berhijrah ke luar negara??

Adakah cinta mereka masih sama seperti 14 tahun lalu??
Segalanya bakal terjawab April ini.


Jadi bagi mereka yang mengikuti kisah Cinta & Rangga

Jangan lupa save the date untuk ramai-ramai saksikan filem cinta ini..


Tapi sebelum itu, bagi mengubat kerinduan korang jom layan official trailer 

Ada Apa Dengan Cinta 2???
28 April 2016


Sharing is Caring, Caring is Loving

Spread the LOVE ^_~

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...