Thursday, May 14, 2015

Yeeeehaaa I'm back..

Since my last post, lama sangat rasanya tak berkongsi sesuatu di blog ni, bukannya takde apa nak share, its just that tersangatlah busy dan takde masa nak update anything. Anyway lepas ni maybe akan jadi more rajin to update in here. InshaAllah.

Ok apa yang busy sangat kan sampai lama tak sharing in here. Actually I have a minor surgery on March at my face. Ada masalah pada kulit muka so doktor advice for minor surgery, because dah berakar dalam kulit menyebabkan muka nampak cacat semacam kutil pada muka yang berwarna hitam di dahi dan tepi hidung. Well this is my first time buat surgery, sebelum ni memang tak pernah. Agak nervous juga (kat muka kot), and terasa susah nak jaga. Seminggu jugaklah tak basuh muka dengan sempurna. Beside that, terasa teruk benar muka ni nak dijaga dengan berminyak dan nak elak kena air sebelum buka jahitan.

Alhamdulillah dah beberapa bulan ni memang follow up dengan doktor untuk hilangkan parut jahitan dimuka ni. Berbekalkan ubat yang doktor bagi dan ubatan-ubatan luar yang doktor benarkan seperti ubat khas untuk parut, sunblock,  nampaklah sedikit perubahaan. Harap-harap akan baik sepenuhnya especially parut ditepi hidung. Terpaksalah bersabar sementara nak tunggu sampai ok sediakala. Sementara nak baik ni saya juga dinasihatkan supaya tidak terdedah pada matahari supaya parut tak hitam (so kenelah jadi puteri lilin)

Selain itu selepas perbincangan dan kebenaran doktor, saya dah mula meng"consume" satu produk collagen untuk kesihatan kulit muka. Since sekarang ni memang tengah top sangat produk-produk collagen yang pelbagai jenama. Agak confuse juga nak pilih yang terbaik tapi sebab dah tengok promo produk ni di sebuah rancangan televisyen, so saya rasa agak meyakinkan juga produk ni dan harganya juga mampu dimiliki. Paling penting dapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Walaubagaimanapun, tidak akan saya kongsikan apakah produk itu di post saya kali ni, sebab baru dua minggu saya mencuba dan belum berpuas hati dengan hasilnya walaupun ada orang-orang yang terdekat dengan saya kata ada perubahan pada wajah saya. So biarlah rahsia dahulu ^_~ 
Kalau usaha saya ini berhasil, maka akan saya review produk tersebut dan kongsikan di post saya akan datang. Doakan saya pulih sepenuhnya ye.

Hmm see you all next round... saya nak share lagi apa yang saya buat sepanjang tak update blog ni and saya berhutang kesah "From Sanglang With Love" yang saya janji nak kongsikan haritu.

My face before Surgery
(Nampak tak tanda hitam didahi & tepi hidung)
After Surgery
Under Construction Face Hahaha...



No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...