Monday, May 18, 2015

Genting Highland with Love


BFF

Hi Assalamualaikum ^_~

Its Monday!!! pagi -pagi ni tetiba terindu pulak dengan my BFF. Tetibe rasa nak tengok gambar-gambar kebersamaan dengan BFF. Hmm I'm sure semua orang pun ada BFF kan, Best Friend Forever. For me BFF ni tak semestinya sekepala atau serba serbinya sama. Like me, I kenal my BFF since we at form 1, waktu tu tahun 1995, dah 20 tahun kitaorang ber "BFF". Macam-macam kenangan manis, pahit, suka duka tapi semua tu pengalaman dan pengajaran buat kami untuk melalui kehidupan dengan lebih baik lagi (at least when we met, we have something to remember).
As I told you all, BFF ni tak semestinye kene sekepala or serba serbinya sama tapi yang penting sekali adalah RESPECT. Dengan adanya RESPECT ni you all akan belajar menerima orang apa adanya (walaupun merunggut sikit2 tu normallah kan, nobody perfect what) but itulah perkara yang akan ajar kita untuk lebih memahami sifat manusia. 

Anyway siapalah BFF I ni, sibuk sangat nak cerita pasal BFF sangat...hihi bukan nak promote kawan tau, hanya sejenis kerinduan. Oklah untuk post kali ni I nak share dengan you all how we appreciate our friendships. Since kami dah berjauhan, sorang duduk Kelang, sorang duduk Taman Melati and Me in Ampang Area.. so kita memang sangat jarang berjumpa, mana sibuk dengan dengan family, kerja dan aktiviti-aktiviti bujangan yang memang macam-macam kan. Banyak kali plan nak jumpa tapi jarang-jarang menjadi but Alhamdulillah Allah s.w.t tetap bagi ruang-ruang untuk kami bertemu. 

Kami tetapkan sekurang-kurang sekali dalam setahun kami akan pergi holiday and spend time together. Seboleh-bolehnya mesti jadi walaupun selalunya yang berjaya hanya I and my BFF yang tinggal di Taman Melati, Fareesha atau I panggil Sha. So untuk post kali ni I nak share usaha kitaorang untuk holiday ke Genting Theme Park, Genting Highlands.

Before that, untuk pengetahuan you all ini kali kedua I ke Genting Highland, so agak excited sebab first time pergi memang tak dapat explore semua and masa agak terhad but this time I and Sha plan it very well. So kami plan sesuatu yang sangat best, memandangkan one of my BFF stay kat Kelang dan kami tak mahu ada masalah kelewatan masa hari kejadian, maka I and Sha ask her to come one day earlier. Kami stay kat hotel yang sangat dekat dengan KL Sentral because we akan naik bas ke Genting dari KL Sentral. Hahaha best kan.. 

So bile dah berkumpul berempat termasuk my sister and check in hotel tak akan nak duduk dalam bilik hotel jer kan. Memang tak lah, jadi kami habiskan hari tu ke Alamanda Putrajaya berkaraoke dan makan-makan. After that berjalan-jalan kat area KL dan Bangsar sebelum habiskan sedikit masa berborak-borak di dalam bilik hotel (orang KL bercuti ke KL). Memandangkan I ni sejenis yang susah nak bangun pagi so malam tu nekad bangun awal sikit, dan Sha akan jadi alarm clock kitaorang sebab dia ni sejenis tidur-tidur ayam. 

Hari Kejadian, kitaorang bangun pukul 5 pagi Sha gerakan semua orang, masa I bangun dia dah siap sambil mengadap TV. So I, Zana (BFF from Kelang) and My sister Sharifah bersiap-siaplah sebab kami akan naik bas paling awal pukul 7am dan kami akan balik ke KL bas paling akhir pukul 9pm. Excited sangat pagi tu sampai kami pilih untuk bersarapan bila sampai di Genting Theme Park.
So let's the picture speaking, enjoy the journey of our holiday you all ^_~`


Sebelum bertolak bergambor dulu with BFF
Wefie dalam bas 7am
Dalam Skyway Cabel Car pun posing gak
Aktiviti Selepas Sampai (Lapaaarrr)
Perut kenyang beli tickets lerr
Beratur beli ticket pun kene selfie tau
Macam kat oversea.. kabus & sejuk

Red Bus
Posing lagi
Lunch Time buffet (superb sedap makanan kat sini)
Dah kenyang main salji pulak
Posing dalam sejuk
Feeling oversea
We really enjoy our one day in Genting

Indahnya kebersamaan itu, seriously memang kami seronok sangat penat pun tak terasa walaupun kami melilalu berjalan cari tempat makan yang dah kami dapat siap dalam pakej sewaktu beli ticket bas. Tolak tepi penat dan sakit kaki (Sha siap beli selipar tukar dengan kasut dia sebab kaki dia dah sakit) yang penting the time we spend dan kita seronok. Kalau ikutkan memang banyak lagi gambar yang kami ambil untuk di share, but for me this is the best. Tak banyak game yang kami dapat main sebab cuaca tak berapa elok so banyak tutup tapi itu semua tak spoiled our mood, enjoy tetap enjoy. Sudahnya kami balik KL dengan muka ada senyum (walaupun on the way balik naik bas, driver bas bawa macam racer.. terkumat-kamit mulut kami dah enjoy-enjoy ingat kat Allah). Balik hotel semua tumbang and next day baru we all check out balik rumah masing-masing. 

Memang awesome, so kemana destinasi BFF Happy Holiday berikutnya??? Nak tahu kenalah tunggu next post ^_~` 

Welcome to My journey of Life, Welcome to My World. Enjoy Reading and Happy Sharing. 

    

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...