Saturday, February 27, 2016

Me'nate Steak Hub



Hai you all

Hari ni I nak share dengan you all satu lagi tempat makan yang penuh kontroversi dan agak glamour juga. Kira-kira paling “IN” lah bagi peminat-peminat western food dan steak. Ok restaurant yang I nak share dengan you all ni, kalau sebut nama dia sure semua orang tau... “ME'NATE”. Hmmm mesti pernah dengar dan tahu akan prestasi kedai ni yang dikatakan menyajikan steak paling sedap dan mahal. Khabarnya owner Me'nate ni sangat berpengalaman dan pakar dalam penyajian steak yang berkualiti tinggi dari segi rasa dan teknik pemotongan daging yang betul.  

Khabarnya juga, owner Me'nate ni berpengalaman menyajikan steak di White House dan kerabat diraja England. Mungkin tak mustahil juga, sebab di Malaysia ni Me'nate menjadi pilihan VVIP dalam menikmati sajian steak. PM kita pun khabarnya suka dengan sajian steak Me'nate ni. Hebatkan prestasi kedai Me'nate ni, ditambah dengan kisah kontroversi antara seorang artis diva dengan peminatnya yang menjadikan Me'nate ni menjadi terkenal satu Malaysia rasanya.

So nak dijadikan cerita, terlalu banyak khabar angin yang I dengar hasil dari sok sek sok sek orang diluar sana, maka timbullah rasa dalam hati I untuk mencuba sendiri sajian steak Me'nate yang menjadi perbualan orang ramai ni. Berdasarkan info kawan-kawan rapat yang pernah pergi, mulanya rasa sayang juga duit nak makan di Me'nate ni. Ada yang kata harga mahal portion kecik so rugi. Namun dikalangan kawan-kawan yang menyampai berita ni, ada seorang kawan I yang hampir setiap bulan menikmati hidangan disini, kata kawan I tu tak dinafikan dagingnya sedap, dari segi harga memang agak mahal tapi katanya kalau teringin nak rasa steak ala ala Tomy Romas tapi versi yang dijamin halal at least cubalah sekali di Me'nate ni. Kata kawan saya peminat Me'nate ni juga, harga di Me'nate ni ikut kemampuan kita sebab setiap daging telah di "tag" dengan harga yang mengikut saiz. Hmm berkat promosi dia kepada I tentang Me'nate, at last usaha dia kira berjayalah. 

So I experience sendiri Me'nate di Taman Nirwana Ampang ni, baru beberapa bulan beroperasi tapi kedai ni boleh tahan full house jugak. Nak tahu apa istemewanya Me'nate ni dan kenapa you all kena try? Ok I let the picture speak first then I cerita dengan you all sambil-sambil ok.

1 step : Pilih daging lembu/kambing, bermacam jenis siap dah ada harga ikut size.
Menu
My choice lamb medium well cook (RM35)
Beef medium rare (RM61) & wedges (RM5)
Me & Tukang promote (thanks friend)
Geng Makan
Mahalkan kenalah licin, lemak I tak suke (guna jari pun boleh) ^_~
After kenyang
Simple deco, yang bercahaya tu tempat pilih daging (ada yang beratus2 harganya)

Hmmm sebahagian gambar yang I sempat snap, hidangannya agak simple mungkin sebab owner nak pelanggan fokus pada rasa daging yang sedap tu. Bagi anda yang first time datang, I guide you all ok. You all kena pilih daging ikut size yang you all nak sesuai dengan budget you all juga. So far masa I pergi tu, yang I nampak dan apa yang I pilih tu yang paling murah antara semua pilihan yang ada...hahaha. So memandangkan I memang niat nak try, so should start with the cheaper. I pilih daging kambing dan kemudiannya maklumkan pada staff nak daging dimasak dengan cara apa, well done, medium well, medium rare, rare dll. Ikut selera you all lah.

Bila dah pilih daging you all tak perlu order air sebab istimewanya kedai ni bagi pelanggan yang memilih makan steak, air diberi secara percuma dan boleh refill berapa banyak kali korang suka...wah bestnya. Ada air panas dan sejuk yang disediakan cuma perlu ambil di water dispenser. Ada air white coffe, lemon tea, teh tarik, hainan coffee untuk air panas dan air sejuk pulak ada air Ribena dll. Syaratnya air yang you all ambil mestilah dihabiskan, sebab kalau tak habis akan dikenakan charge. So konsepnya jangan membazir, membazirkan amalan syaitan. Bestkan so you all cuma bayar untuk steak. 

Ok selain steak, you all juga boleh order makanan lain seperti spaghetti, french fries, wedges dan beberapa makanan lain. Hmm untuk I yang pertama kali ni, I rasa berbaloi jugalah cuba steak di Me'nate ni, walaupun harganya mahal tapi untuk hidangan yang sedap dari segi rasanya memang patut cuba. Untuk kunjungan pertama ni I cuma bayar RM35 sahaja untuk makan di Me'nate ni. Kira masih bolehlah sebab ada kedai makan lain yang harganya lebih dari itu kan.

Last but not list, I nak bagi 5 bintang out of 5 untuk Me'nate steak house ni sebab makanan dia yang sederhana dan simple tapi steak dia thumbs up. I yang first time pergi ni pun rasa nak pergi lagi nanti, nak cuba try beef pulak. Tapi kena start menabung dulu lah...hahaha.

Till here my sharing for today, jumpa di kedai makan yang lain nanti.. selamat makan!!!

Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is between Me & You

#qalbufoodhunter

Wednesday, February 24, 2016

Neighbours Ampang Cafe

Hallooooooo...

Ok hari ni I nak share with you all satu lagi cafe yang I sempat singgah di area Ampang. Hmm cafe ni sempoi jer terletak di Bukit Indah Ampang. You all yang tak tahu tempat ni boleh waze jer nama cafe ni sure dapat jumpa punye. Ok since ramai orang memang suka lepak cafe sekarang ni, so maybe korang akan suka cafe yang sempoi ni. Ok let's the picture speak first...

Antara makanan-makanan di cafe ni.

The Drinks

Let's drink

My bff

^_~


Ok kalau nak cerita tentang makanan kat sini, for me masih boleh diterima dari segi taste dan portion consider worth it with price. Price pun takdelah yang tidak munasabah. Minuman dia pun I like siap ada decoration kan especially hot choclate yang ada marshmallow tu cute jer kan.. budak-budak mesti suka. Di cafe ni juga ada makanan Malaysia Style selain dari western food. Decoration dalam kedai ni simple, clean and nice. Bolehlah kalau nak melepak, boleh pilih untuk duduk didalam atau yang nak santai-santai sambil ber"vape" tu bolehlah duduk diluar.

Untuk cafe ni I bagi 3 1/2 bintang out of 5. Suggested lah, kalau you all pergi sekali maybe korang ada rasa nak datang lagi. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Yang belum pernah sampai dan cuba maybe you all boleh cuba ok.

#qalbufoodhunter #qalbucafehunter #makanmakan

Happy sharing ^_~ wait for my next sharing, cafe mana pulak nak pergi ni???
Sharing is Caring, Caring is Loving

Tuesday, February 23, 2016

Marriage Conference 2016

Assalamualaikum...

Hari ni I nak share with you all tentang aktiviti I beberapa minggu yang penuh kesibukan. Actually last weekends I berkesempatan untuk attend satu event yang sangat bagus dan knowledgeable especially untuk mereka-mereka yang dah berkahwin, nak berkahwin mahupun yang akan berkahwin. Nama event ni "Marriage Conference 2016".

Ok actually I dapat pass untuk menghadiri event ni last minute itu pun sebab I menang contest yang TV9 anjurkan di Instagram. Kebetulan contest tu mudah sangat, I just have to tag them my family picture with a very creative caption. So kebetulan I memang pernah letak my family picture waktu raya haritu, maka ringanlah jari jemari ni nak hashtag TV9 (#marriageconference #RaudahTV9), Alhamdulillah termenang pulak. Rezeki I dapat 2 pass untuk event ni. Walaubagaimanapun I pergi sorang because takde orang nak teman since I dimaklumkan TV9 last minute.

Ok untuk pengetahuan you all event ni berlangsung di PICC, Putrajaya pada 13 February 2016 bermula jam 9.00am hingga 10pm. Lama kan? Apa yang bagusnya program ni, sebab penceramah-penceramahnya adalah dikalangan pakar tentang bab perkahwinan dan mereka ni internasioanle tau. Ada ramai penceramah dan topic-topic yang dibincangkan sangalah bermanfaat untuk kita belajar tentang kehidupan berumahtangga in the right way as what our Islam teach us, beside they teach us dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah untuk peluang ni, walaupun I tak dapat nak tunggu sehingga event selesai kerana telah ada komitmen lain namun I dapat ilmu pagi tu dan InshaaAllah bermanfaat dan sentiasa diingat dalam ingatan. Banyak aktiviti diadakan bukan untuk orang dewasa sahaja malah untuk kanak-kanak juga. Mereka adakan workshop, entertainment, mothers corner, talks dan sebagainya.

So tak nak cerita banyak-banyak, let's the picture speaks...

Thank You Tv9

Sekitar Confererence

Sekitar Conference

Before Balik

Actually before balik I sempatlah juga merayau-rayau ke booth-booth yang disediakan and sempat juga beli beberapa souvenier for myself and of course beli buku ilmiah. Macam-maca booth ada, pengunjung boleh pakai inai secara percuma, pastu ada mini forum oleh penceramah-penceramah, ada juga photobooth pelamin, IM4U, ada juga booth-booth sukarelawan, booth souvenir dan macam-macam lagi.

Booth 1

Booth 2

Till here... End.

Sharing is Caring, Caring is Loving
Have a nice Reading ^_~

Sunday, February 21, 2016

Sweetree Korean Restaurant



Hi korang, hari ni I nak share tempat makan best yang I suka pergi. Untuk korang yang suka makanan Korea ok I think you will like this post very much. Orait apa nama tempat makan ni? Untuk yang tak pernah pergi tempat makan ni, I nak kongsi info tentang tempat makan yang menyajikan makanan Korea dan bukan sahaja sedap tetapi juga tempat makanan Korea halal pertama di Malaysia. So tak perlu ragu atau risau sebab sijil halal mereka diiktiraf oleh JAKIM.. InshaAllah yakin nak mencuba.

Ok tempat makan ni terletak di Taman Putra Sulaiman, Ampang. Kalau you all yang tak pernah sampai area Ampang ni maybe boleh google or waze jer bila nak kesini nanti ok. Tempat makan ni bukan sahaja menyajikan makanan Korea malah berada dalam kedai ni akan buat korang rasa seperti berada di Korea… betul tak percaya cubalah. Kedai makan dua tingkat ni memang win dari segi decoration dalamannya yang menarik dan kalau korang peminat cerita Korea korang akan rasakan scene-scene cerita Korea yang cute and so sweet kan sebab kedai makan ni ada sediakan props-props yang menarik untuk korang ambil gambar. Berada dalam restoran ni juga korang akan disajikan dengan halwa telinga dari lagu-lagu K-pop yang memang in dan ada juga tayangan drama-drama Korea. Bagi yang nak feel-feel seperti di Korea korang boleh try pakai pakaian tradisi Korea sambil menikmati makanan Korea yang memang sedap, sebab kedai ni memang sediakan untuk tujuan pengunjung mereka rasai sendiri suasana di Korea. Itu semua you all boleh alami sendiri di tingkat dua kedai makan ni. Di tingkat satu kedai ni pula korang boleh belajar bermain permainan tradisional orang Korea, staff-staff di sini memang sangat friendly begitu juga dengan pemilik kedai ni yang sangat ramah menyapa dan melayan pengunjung. Satu-satunya yang I sangat kagum dengan kedai ni, owner sangat menghormati waktu azan. Dah berapa kali I datang sini setiap kali azan mereka akan mute kan segala bentuk bunyi-bunyian dalam kedai mereka. Tempat solat juga disediakan, so I consider tempat makan ni paling mesra syariah.
Panjang bercerita, you all baca tajuk post I pun dah tau itulah nama kedai makan Korea favourite I SWEETREE, so tak nak cerita panjang lagi macam biasalah… lets the picture speaks ^_~



Sweetree @ Putra Sulaiman, Ampang

I love the concept of the restaurant

Nyumies Ramyan

Foods that I already try 1

Foods that I already try 2

Foods that I already try 3

Foods that I already try 4

You will love the place & decoration


Bigbowl


Ok sampai sini dulu my sharing for today. Hopefully korang pun boleh try makan di SWEETREE ni, especially peminat K-POP or Makanan Korea cubalah… dijamin sedap. I bagi 5 bintang untuk SWEETREE.

#makandimana #sweetree #koreanfood #qalbufoodhunter
Sharing is Caring, Caring is Loving

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...