Saturday, February 27, 2016

Me'nate Steak Hub



Hai you all

Hari ni I nak share dengan you all satu lagi tempat makan yang penuh kontroversi dan agak glamour juga. Kira-kira paling “IN” lah bagi peminat-peminat western food dan steak. Ok restaurant yang I nak share dengan you all ni, kalau sebut nama dia sure semua orang tau... “ME'NATE”. Hmmm mesti pernah dengar dan tahu akan prestasi kedai ni yang dikatakan menyajikan steak paling sedap dan mahal. Khabarnya owner Me'nate ni sangat berpengalaman dan pakar dalam penyajian steak yang berkualiti tinggi dari segi rasa dan teknik pemotongan daging yang betul.  

Khabarnya juga, owner Me'nate ni berpengalaman menyajikan steak di White House dan kerabat diraja England. Mungkin tak mustahil juga, sebab di Malaysia ni Me'nate menjadi pilihan VVIP dalam menikmati sajian steak. PM kita pun khabarnya suka dengan sajian steak Me'nate ni. Hebatkan prestasi kedai Me'nate ni, ditambah dengan kisah kontroversi antara seorang artis diva dengan peminatnya yang menjadikan Me'nate ni menjadi terkenal satu Malaysia rasanya.

So nak dijadikan cerita, terlalu banyak khabar angin yang I dengar hasil dari sok sek sok sek orang diluar sana, maka timbullah rasa dalam hati I untuk mencuba sendiri sajian steak Me'nate yang menjadi perbualan orang ramai ni. Berdasarkan info kawan-kawan rapat yang pernah pergi, mulanya rasa sayang juga duit nak makan di Me'nate ni. Ada yang kata harga mahal portion kecik so rugi. Namun dikalangan kawan-kawan yang menyampai berita ni, ada seorang kawan I yang hampir setiap bulan menikmati hidangan disini, kata kawan I tu tak dinafikan dagingnya sedap, dari segi harga memang agak mahal tapi katanya kalau teringin nak rasa steak ala ala Tomy Romas tapi versi yang dijamin halal at least cubalah sekali di Me'nate ni. Kata kawan saya peminat Me'nate ni juga, harga di Me'nate ni ikut kemampuan kita sebab setiap daging telah di "tag" dengan harga yang mengikut saiz. Hmm berkat promosi dia kepada I tentang Me'nate, at last usaha dia kira berjayalah. 

So I experience sendiri Me'nate di Taman Nirwana Ampang ni, baru beberapa bulan beroperasi tapi kedai ni boleh tahan full house jugak. Nak tahu apa istemewanya Me'nate ni dan kenapa you all kena try? Ok I let the picture speak first then I cerita dengan you all sambil-sambil ok.

1 step : Pilih daging lembu/kambing, bermacam jenis siap dah ada harga ikut size.
Menu
My choice lamb medium well cook (RM35)
Beef medium rare (RM61) & wedges (RM5)
Me & Tukang promote (thanks friend)
Geng Makan
Mahalkan kenalah licin, lemak I tak suke (guna jari pun boleh) ^_~
After kenyang
Simple deco, yang bercahaya tu tempat pilih daging (ada yang beratus2 harganya)

Hmmm sebahagian gambar yang I sempat snap, hidangannya agak simple mungkin sebab owner nak pelanggan fokus pada rasa daging yang sedap tu. Bagi anda yang first time datang, I guide you all ok. You all kena pilih daging ikut size yang you all nak sesuai dengan budget you all juga. So far masa I pergi tu, yang I nampak dan apa yang I pilih tu yang paling murah antara semua pilihan yang ada...hahaha. So memandangkan I memang niat nak try, so should start with the cheaper. I pilih daging kambing dan kemudiannya maklumkan pada staff nak daging dimasak dengan cara apa, well done, medium well, medium rare, rare dll. Ikut selera you all lah.

Bila dah pilih daging you all tak perlu order air sebab istimewanya kedai ni bagi pelanggan yang memilih makan steak, air diberi secara percuma dan boleh refill berapa banyak kali korang suka...wah bestnya. Ada air panas dan sejuk yang disediakan cuma perlu ambil di water dispenser. Ada air white coffe, lemon tea, teh tarik, hainan coffee untuk air panas dan air sejuk pulak ada air Ribena dll. Syaratnya air yang you all ambil mestilah dihabiskan, sebab kalau tak habis akan dikenakan charge. So konsepnya jangan membazir, membazirkan amalan syaitan. Bestkan so you all cuma bayar untuk steak. 

Ok selain steak, you all juga boleh order makanan lain seperti spaghetti, french fries, wedges dan beberapa makanan lain. Hmm untuk I yang pertama kali ni, I rasa berbaloi jugalah cuba steak di Me'nate ni, walaupun harganya mahal tapi untuk hidangan yang sedap dari segi rasanya memang patut cuba. Untuk kunjungan pertama ni I cuma bayar RM35 sahaja untuk makan di Me'nate ni. Kira masih bolehlah sebab ada kedai makan lain yang harganya lebih dari itu kan.

Last but not list, I nak bagi 5 bintang out of 5 untuk Me'nate steak house ni sebab makanan dia yang sederhana dan simple tapi steak dia thumbs up. I yang first time pergi ni pun rasa nak pergi lagi nanti, nak cuba try beef pulak. Tapi kena start menabung dulu lah...hahaha.

Till here my sharing for today, jumpa di kedai makan yang lain nanti.. selamat makan!!!

Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is between Me & You

#qalbufoodhunter

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...