Sunday, February 21, 2016

Sweetree Korean Restaurant



Hi korang, hari ni I nak share tempat makan best yang I suka pergi. Untuk korang yang suka makanan Korea ok I think you will like this post very much. Orait apa nama tempat makan ni? Untuk yang tak pernah pergi tempat makan ni, I nak kongsi info tentang tempat makan yang menyajikan makanan Korea dan bukan sahaja sedap tetapi juga tempat makanan Korea halal pertama di Malaysia. So tak perlu ragu atau risau sebab sijil halal mereka diiktiraf oleh JAKIM.. InshaAllah yakin nak mencuba.

Ok tempat makan ni terletak di Taman Putra Sulaiman, Ampang. Kalau you all yang tak pernah sampai area Ampang ni maybe boleh google or waze jer bila nak kesini nanti ok. Tempat makan ni bukan sahaja menyajikan makanan Korea malah berada dalam kedai ni akan buat korang rasa seperti berada di Korea… betul tak percaya cubalah. Kedai makan dua tingkat ni memang win dari segi decoration dalamannya yang menarik dan kalau korang peminat cerita Korea korang akan rasakan scene-scene cerita Korea yang cute and so sweet kan sebab kedai makan ni ada sediakan props-props yang menarik untuk korang ambil gambar. Berada dalam restoran ni juga korang akan disajikan dengan halwa telinga dari lagu-lagu K-pop yang memang in dan ada juga tayangan drama-drama Korea. Bagi yang nak feel-feel seperti di Korea korang boleh try pakai pakaian tradisi Korea sambil menikmati makanan Korea yang memang sedap, sebab kedai ni memang sediakan untuk tujuan pengunjung mereka rasai sendiri suasana di Korea. Itu semua you all boleh alami sendiri di tingkat dua kedai makan ni. Di tingkat satu kedai ni pula korang boleh belajar bermain permainan tradisional orang Korea, staff-staff di sini memang sangat friendly begitu juga dengan pemilik kedai ni yang sangat ramah menyapa dan melayan pengunjung. Satu-satunya yang I sangat kagum dengan kedai ni, owner sangat menghormati waktu azan. Dah berapa kali I datang sini setiap kali azan mereka akan mute kan segala bentuk bunyi-bunyian dalam kedai mereka. Tempat solat juga disediakan, so I consider tempat makan ni paling mesra syariah.
Panjang bercerita, you all baca tajuk post I pun dah tau itulah nama kedai makan Korea favourite I SWEETREE, so tak nak cerita panjang lagi macam biasalah… lets the picture speaks ^_~



Sweetree @ Putra Sulaiman, Ampang

I love the concept of the restaurant

Nyumies Ramyan

Foods that I already try 1

Foods that I already try 2

Foods that I already try 3

Foods that I already try 4

You will love the place & decoration


Bigbowl


Ok sampai sini dulu my sharing for today. Hopefully korang pun boleh try makan di SWEETREE ni, especially peminat K-POP or Makanan Korea cubalah… dijamin sedap. I bagi 5 bintang untuk SWEETREE.

#makandimana #sweetree #koreanfood #qalbufoodhunter
Sharing is Caring, Caring is Loving

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...