Saturday, February 13, 2016

Bagan Lalang

Weekends yo...

Happy weekend & Happy Holiday you all ^_~

Weekend datang lagi, yeay sure ramai yang dah ada plan masing-masing untuk beraktiviti. Minggu lepas dah cuti panjang sempena CNY, so minggu ni walaupun cuma cuti 2 hari jer why not kan ambil kesempatan cuti ni untuk spend time dengan family atau yang bujang-bujang tu bolehlah plan dengan kawan-kawan.

Those yang belum ada plan kemana-mana or masih terfikir-fikir nak buat apa weekend ni? Hmmm i nak share idea dengan you all supaya korang boleh isi masa cuti ni dengan pergi bercamping, sambil bercuti dan beraktiviti dan paling best boleh jimat kos dan relaxing. Kalau anda yang suka buat benda-benda mencabar hmmm sure you all suka. Jangan ingat camping ni untuk orang-orang bujang jer tau, family pun boleh. Benefitnye you all yang ada anak-anak boleh dekatkan mereka dengan nature tengok alam semulajadi dan ajar mereka basic life atau cara berdikari. Itu lebih baik dari mereka habiskan masa depan tv atau main gadjet jer.. betul tak?

Ok kalau you all tak nak pergi jauh-jauh tapi nak lari dari kesibukan kota dan nak rasa suasana kampung dan pantai bolehlah lari ke Pantai Bagan Lalang di Sepang, Selangor. Kalau anda yang tak pernah pergi boleh lah google map atau waze jer cara nak datang ke Bagan Lalang ni. You all juga boleh ke Pantai Morib macam post yang I share sebelum ni aku, morib & picnic (klik link untuk baca)

Untuk pengetahuan korang, nak ke Bagan Lalang ni korang boleh ikut lebuhraya Sg.Besi atau Mex Express. Perjalanan kesini taklah memakan masa yang lama 1 jam ke 1 1/2 jam. Tapi bagi I yang dah terbiasa kesini, kalau jalan clear kadang-kadang 45 minit pun lepas. Ok tak nak cerita panjang-panjang, let's the picture speaks.


Hot BeachView

 Beautiful Sunset 
Aktiviti malam BBQ as a dinner

Percutian jimat & paling dekat dengan nature
Dari dalam khemah tengok view depan laut



Ok takat ni dulu my sharing dengan korang, harap korang dah mula ada idea dan pack barang untuk buat aktiviti weekend korang yang pastinya boleh buat korang happy spend time dengan yang tercinta dan relaxing dari fikirkan benda-benda yang buat korang stress.


Enjoy weekend

Sharing is Caring, Caring is Loving



Thursday, February 11, 2016

Cubic World

Hi you all,

Hari ni I nak share tentang satu restaurant yang I selalu makan waktu lunch hour sebab restaurant ni dekat dengan office lama I dulu, but now pun I still juga datang on weekends. Hmm nama restaurant ni Cubic World terletak di tingkat 2 dalam bangunan Pandan Capital, Pandan Indah. Siapa yang duduk area Ampang mungkin familiar atau mungkin juga tidak, but apa yang I boleh cakap restaurant ni memang menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada waktu lunch. 

Kenapa ek orang suka pergi kedai ni? Ok untuk pengetahuan you all, kedai ni menyajikan pelbagai jenis makanan yang best-best antaranya Butterfly Chicken Chop, Grilled Chicken with Mushroom, Laksa, Spaghetti, Kuew Teow Penang, Nasi Goreng Sotong Cencaluk, Nasi Goreng Tom Yam, Nasi Lemak Rendang Ayam dan macam-macam pilihan makanan lagi yang korang boleh pilih. Yang pasti bila korang tengok menunya sure korang rasa nak makan macam-macam. I sendiri selalu confuse nak makan apa...hihi. Makanannya juga dijual mengikut set sekali dengan air.

Ok selain makananya yang banyak pilihan dan sedap, harganya pula sangat berpatutan sekali dengan air harganya antara RM16 kebawah sekali dengan air. Berbaloi ke tidak? sangat berbaloi sebab portion makanannya sure kenyang dan plating ala- ala makan di hotel. Selain dari itu, tempat makannya juga sangat selesa, ber air-cond, santai, ada muzik yang best-best (kadang-kadang owner buka tv) memang relaxing dan paling penting sangat bersih. Restaurant ni juga ada sijil pengesahan halal dari JAKIM, so Inshaallah korang jangan rasa ragu-ragu walaupun ownernye berbangsa Cina ok. Layanan di sini pun ok. Kira-kiranya kalau anda keluar dari restaurant ni sure muka ada senyum. 

 Ok tak payah cakap banyak-banyak, Let's the picture speaks...

Lepak with friends at Cubic World
Grilled Chicken Set
Sweet Sour Fish with Rice Set
Kuh Pong Chicken with Rice Set
So korang yang suka makan, I suggest you all datanglah and rasakan sendiri makanan yang enak. Apa yang I share ni sebahagian sahaja.

Till here yang I nak share dengan korang. Since I ni memang suke makan and travel so for the next post I akan banyak share dengan korang tempat-tempat makan yang I pergi dan tempat-tempat yang I perg ok.

Sharing is Caring, Caring is Loving

#sejeniskerinduan #qalbufoodhunter

Wednesday, February 10, 2016

Aku, Morib & Picnic



Happy Chinese New Year Everyone

Kejap jer rasa dah 4 hari berlalu cuti pun dah habis, esok dah mula nak kerja semula. Anyway bagi yang masih sambung cuti, happy holiday with your family. Hmmm 4 hari berlalu ni, I feel so happy sebab dapat spend time with family and do activity yang dah lama kita tak buat bersama iaitu ber “picnic” di pantai. Enjoy sangat walaupun tak lama tapi like I always believe “quantity is not important but quality…” betul tak?

Ok kali ni I nak share dengan you all tempat I ber “picnic” ni. Actually tempat ni dah berpuluh tahun I tak pergi tau, last I pergi masa zaman kanak-kanak dulu pastu memang tak pernah jejak dah tempat ni. Agak nostalgic juga for me and my family sebab masa kecik-kecik dulu parents memang bawa I kesini. Since dah beberapa bulan ni my dad pun asyik sebut-sebut dan tanya-tanya tentang tempat ni so I rasa it’s a right time untuk kami semua kembali kesana. Tempat ni kalau dari kampung I di Sungai Pelek, Sepang hanya ambil masa setengah jam sampailah, tapi kalau dari KL maybe 1 ½ jam ke 2 jam perjalanan bergantung pada tahap kelajuan you all bawa kereta. 

Maybe ada yang dah biasa pergi tempat ni, dan tahu sangat tempat ni but as I say tempat ni agak nostalgic and dah lama I tak pergi so I tetap nak share pengalaman I. I believe every experience is different kan? So nak share juga.. hahaha ok apa nama tempat yang I nak share ni???

Taaaarrraaaaa… 

Pantai Morib

Pantai Morib, korang pernah pergi tak? Hihi kalau korang nak tahu, laluan nak ke Pantai Morib ni bagi korang yang pernah ke Bagan Lalang atau Avani Gold Coast Sepang dari KL laluan yang sama juga untuk ke Morib, cuma bila sampai exit ke Bagan Lalang atau Avani Gold Coast tu korang terus jer tak perlu turn left. So terus dan ikut signboard, sepanjang perjalanan ke Morib ni korang akan melalui kawasan-kawasan kampong, ladang kelapa sawit yang sangat cantik terbentang luas dan paling best korang akan nampak laut sepanjang perjalanan. Memang best sangat drive nak ke Pantai Morib dengan view yang awesome. Untuk pengetahuan korang juga yang belum pernah pergi, atau ada plan nak pergi korang akan melalui beberapa kawasan kampung antaranya Kampung Batu Laut, Kampung Tanjung Sepat, Kampung Tanjung Layang dan beberapa kampung lagi. Jadi kalau korang drive jumpa kampung-kampung ni kira dah betul lah tu, jangan pusing-pusing or masuk ke kiri ke kanan ok. Straight jer sampai jumpa Pantai Morib ni. Sangat senang tau atau waze kan ajer tempat ni (zaman dah canggih kan)

Ok I dah share macam mana cara nak ke Morib ni kan, since nama pun picnic so kenalah bawa bekal-bekal makanan sambil makan-makan, bergurau senda dengan family hirup angin laut, memang layan sangat korang, barulah best. Now I nak share kat you all betapa worth it nya bila you all dapat sampai kat tempat ni. Hmmm apa kata lets the picture speak… ^_~



Dongak ke atas jap..
Beautiful sky

We all ^_~

Make myself dirty with mud

exploring











Ok I rasa gambar-gambar yang I share tu boleh buat korang rasa memang worth it kalau dapat spend cuti dengan family, picnic sambil makan-makan relaxing nearing yourself with nature, make yourself dirty tengok makhluk laut, kalau rajin boleh main layang-layang dan enjoy yourself menghadap laut, langit yang terbentang luas dan buat aktiviti barbeque (BBQ)

Till here yang I dapat share with you all, hopefully apa yang I share ni boleh bagi idea untuk korang pun rasa nak pergi ke Pantai Morib ni untuk spend time with korang punye family. Enjoy the scenery and nature, bagi yang berkeluarga pula for sure anak-nak korang will feel so happy ialah daripada duduk dirumah dan mengadap gadget baik biarkan diorang explore nature dan buat aktiviti yang lebih membuatkan minda mereka berkembang dan more real betul tak?

Happy Holiday
Sharing is Caring, Caring is Loving

Sunday, February 7, 2016

Let's My Heart Speak...

It's time to comeback...

Aaaagggrrrhhh rindu gilerrr nak update blog, seriously I feel so stress bile berbulan-bulan tak update my blog. Ape dah jadi kan?? Well actually, there's too much thing nak share with all of you, but since after move on dari office lama to new office or job lama ke job baru I deadly busy sangat dan langsung tak berkesempatan nak buka my blog. Outstation sana sini dan kursus sana sini, yang paling sadly bile my phone buat hal pulak tak dapat nak update pakai phone pun. Kesian kan... macam dah jatuh ditimpa tangga.

Anyway its New Year already, 2016 dah pun masuk bulan kedua dalam tahun baru ni. Bukan setakat New Year jer... dah masuk Chinese New Year pun, hahahahaha. So since I nak buat comeback after a long break kenalah tukar apa-apa yang patut. You all yang follow my blog sure nampak kan apa yang berubah, warna merah tu my favourite colour, kena pula dengan CNY esok so harap-harap ada ong lah hihi senyum sikit ^_~. 

So mana nak mula dulu ni, banyak sangat nak share sebenarnya tapi I akan share satu persatu cerita dan pengalaman sepanjang ketiadaan I ni dalam post-post yang seterusnya nanti. InshaAllah I akan aktif semula seperti biasa this year, beside you all yang memang suka nak follow info perundangan, foods and travel info yang I selalu share, sudi-sudikanlah terus follow I kat sini ok.


More interesting on my next post...


Oklah setakat ini dululah ucapan comeback I untuk you all... stay tuned for the next post.

Happy Sharing & Happy Chinese New Year
Sharing is Caring, Caring is Loving.


Tuesday, September 1, 2015

Merdeka Merdeka Merdeka

Hi everyone...

Long time no see, berhabuk berdebu dah blog I ni, banyak benda nak share sebenarnya tapi memandangkan banyak hal nak diuruskan since lepas raya sampai lah hari ni, berhijrah ke tempat baru ternyata banyak benda baru yang perlu I biasakan diri... but InshaAllah will try to manage well... Moga Allah swt bantu.

Anyway later I share dengan you all my activity yang dah sebulan terperam tu, since semalam kita merayakan hari Kemerdekaan Tanah Air kita Malaysiaku Tercinta, Tanah Tumpah darahku.. so nikmatilah kemerdekaan dan kebebasan kita ini dengan penuh syukur dan penghargaan... Salam Merdeka ^_~



Thursday, July 23, 2015

Time to Move On...


Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Time to Hijrah and hope for a better future... Amiin.



Gonna miss my workstation ^_~
Never Say Goodbye
Clear my things

Maaf Zahir & Batin
Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki
Halalkan Makan Minum
#kosongkosong

Jutaan Terima Kasih untuk semua warga
 Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang

My last day after 6 Years


Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Saya antara nampak
Esok Jangan Rindu-rinduan


#pray4me #wish MeLuck #worldPeace

Tuesday, July 21, 2015

Ada Apa Dengan Ramadhan 2015?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih bernafas dan pancaindera masih berfungsi dengan baik. Hari ni dah Syawal ke lima, sekejap masa berlalu. I am very sure you all masih dalam mood raya kan, I pun sebenarnya masih feeling-feeling nak beraya walaupun terpaksa kembali bekerja sejak semalam. Apa pun tetap bersyukur sebab masih boleh beraya dengan family. Bayangkan mereka yang terpaksa berjauhan dengan family waktu raya ni, atau yang terpaksa bekerja dipagi raya. Hmm anyway hari ni I belum nak share tentang ada apa dengan raya I tahun ni, because I nak cerita ada apa dengan Ramadhan I tahun.

Ramadhan 2015 ni, I boleh consider Ramadhan paling indah sampai I rasa kalau boleh nak Ramadhan terus sampai bila-bila, terima kasih Allah s.w.t sebab bagi peluang berjumpa dengan Ramadhan kali ni, semoga diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Ok apa yang best sangat Ramadhan I kali ni? So I senaraikan 6 perkara paling best sepanjang Ramadhan kali ni, let's reading...


#pertama : Jumpa Roomate Lama 

Me & Aliya
Ramadhan pertama, I sengaja ambil cuti because biasanya hari pertama ni I akan lemau sikit. Alhamdulillah I dapat berjumpa dengan roomate masa belajar dulu after 10 tahun tak jumpa, syukur sangat. Rindu terubat bila dapat jumpa, walaupun kitaorang hanya sempat jumpa dan borak sambil berdiri kat office dia di Pantai Dalam. Lepas tu, terpaksa stop borak sebab hujan turun dengan lebatnya, hihihi hujan rahmat dan hujan rezeki agaknya. I hope one day dapat jumpa semua roomate I di KUIS dulu, dapat sama-sama kenang kembali kenangan suka duka susah senang, makan ramai-ramai,  tidur sebantal, study sama-sama, dah macam adik beradik walaupun hakikatnya kenal tak lama.. kenangan bilik E401, Asrama Prof. Hamka. Thanks Allah.


#kedua : Dari L17 ke L29

Hijrah
Ramadhan kedua, masuk kerja dapat panggilan telefon yang buat I menitis air mata kegembiraan. Penantian yang sangat dinanti-nantikan. Alhamdulillah syukur, mungkin ini rezeki terbaik dari Allah buat I, so I terima dengan hati terbuka walaupun mula-mula hati agak berkecamuk, too much thinking and takut yang bukan-bukan ialah nak keluar dari comfort zone, tak tahu apa challenging yang nak kena hadap ditempat baru. Since ini rezeki ramadhan yang Allah bagi I take it and its time for me to hijrah and move on. InshaaAllah doakan yang baik-baik ye...


#ketiga : Reunion with BFF

BFF
Ini antara yang terbest Ramadhan kali ni, Alhamdulillah for the first time kami berlima dapat kumpul sekali macam ni setelah sekian lama. Selalu kalau plan nak jumpa sure ada yang tak complete, nak buat macam mana masing-masing ada urusan peribadi masing-masing but this time in Ramadhan kami dapat berkumpul, borak-borak, makan-makan, gelak-gelak, posing-posing.. it's really happy mood. As I remember last kami dapat berkumpul macam ni empat tahun lalu, waktu raya. Thank you Allah, kami merancang Allah yang izinkan. Hope we can meet more like this soon. Love korang ketat-ketat ^_~


#keempat : Attending Wedding on Puasa Month???


Alpha & Jay Wedding Ceremony
Ini memang tak pernah I buat, biar betol? Iye memang betul I attend unique wedding ceremony. Bukan majlis buka puasa tapi majlis perkahwinan pendaftar tempat kerja I, she sarawakian married with an Indian Man, so majlisnya penuh dengan adat budaya sarawak dan india. I memang tak pernah berpeluang tengok sebelum ni. Apa yang I boleh kata I enjoy attending the wedding ceremony with my sister and cousin. Read the story and more picture in here Culture Wedding


#kelima : Its My Birthday!!! ^_~


My Birthday ^_~
Dah beberapa tahun ni, I memang sambut birthday di bulan Ramadhan. In fact, I memang sebenar-benarnya di lahirkan pada 10 Ramadhan 1402 bersamaan dengan 2 Julai (tahun you all cari sendiri ok), kata my mum I lahir waktu orang nak bersahur sekitar jam 4.30 pagi. kesian my mum tak dapat puasa masa tahun tu, nak mengganti pun banyak 20 hari. Alhamdulillah tahun ni sambut my birthday dalam bulan Ramadhan juga. Terima kasih yang bagi bunga dan belanja buka puasa. Terima kasih juga pada yang wish birthday dan doa-doa you all yang baik-baik semoga makbul doa-doa baik you all di bulan Ramadhan ni untuk I...Amiin. Time Kasih Allah untuk pertambahan seusia lagi, moga jadi hamba yang lebih baik disisi Mu.


#keenam : Ramadhan Tenang

Alhamdulillah Ramadhan kali ni paling ringkas dan tenang, banyak benda yang I belajar. Ramadhan ni paling banyak ujian dan cabaran disamping kegembiraan - kegembiraan yang Allah bagi. I bersyukur semoga I terus istiqamah dan tetap berubah menjadi hamba lebih baik. Alhamdulillah puasa tahun ni rezeki dapat berpuasa 27/29 hari, dapat Khatam Al- Quran dan dapat buat beberapa perkara lain yang I plan to do. Everything just nice and perfect. Alhamdulillah.




Semoga diterima segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan, dan semoga segala kebaikan akan kekal, menjadikan kita semua hamba Allah swt yang lebih baik...Amiin. 

Ok sampai sini dulu perkongsian I kali ni, happy sharing and happy reading, doakan yang baik-baik Inshaallah segala yang baik-baik akan menjadi sebahagian dari hidup anda juga.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...