Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih bernafas dan pancaindera masih berfungsi dengan baik. Hari ni dah Syawal ke lima, sekejap masa berlalu. I am very sure you all masih dalam mood raya kan, I pun sebenarnya masih feeling-feeling nak beraya walaupun terpaksa kembali bekerja sejak semalam. Apa pun tetap bersyukur sebab masih boleh beraya dengan family. Bayangkan mereka yang terpaksa berjauhan dengan family waktu raya ni, atau yang terpaksa bekerja dipagi raya. Hmm anyway hari ni I belum nak share tentang ada apa dengan raya I tahun ni, because I nak cerita ada apa dengan Ramadhan I tahun.
Ramadhan 2015 ni, I boleh consider Ramadhan paling indah sampai I rasa kalau boleh nak Ramadhan terus sampai bila-bila, terima kasih Allah s.w.t sebab bagi peluang berjumpa dengan Ramadhan kali ni, semoga diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Ok apa yang best sangat Ramadhan I kali ni? So I senaraikan 6 perkara paling best sepanjang Ramadhan kali ni, let's reading...
#pertama : Jumpa Roomate Lama
Me & Aliya |
Ramadhan pertama, I sengaja ambil cuti because biasanya hari pertama ni I akan lemau sikit. Alhamdulillah I dapat berjumpa dengan roomate masa belajar dulu after 10 tahun tak jumpa, syukur sangat. Rindu terubat bila dapat jumpa, walaupun kitaorang hanya sempat jumpa dan borak sambil berdiri kat office dia di Pantai Dalam. Lepas tu, terpaksa stop borak sebab hujan turun dengan lebatnya, hihihi hujan rahmat dan hujan rezeki agaknya. I hope one day dapat jumpa semua roomate I di KUIS dulu, dapat sama-sama kenang kembali kenangan suka duka susah senang, makan ramai-ramai, tidur sebantal, study sama-sama, dah macam adik beradik walaupun hakikatnya kenal tak lama.. kenangan bilik E401, Asrama Prof. Hamka. Thanks Allah.
#kedua : Dari L17 ke L29
Hijrah |
Ramadhan kedua, masuk kerja dapat panggilan telefon yang buat I menitis air mata kegembiraan. Penantian yang sangat dinanti-nantikan. Alhamdulillah syukur, mungkin ini rezeki terbaik dari Allah buat I, so I terima dengan hati terbuka walaupun mula-mula hati agak berkecamuk, too much thinking and takut yang bukan-bukan ialah nak keluar dari comfort zone, tak tahu apa challenging yang nak kena hadap ditempat baru. Since ini rezeki ramadhan yang Allah bagi I take it and its time for me to hijrah and move on. InshaaAllah doakan yang baik-baik ye...
#ketiga : Reunion with BFF
Ini antara yang terbest Ramadhan kali ni, Alhamdulillah for the first time kami berlima dapat kumpul sekali macam ni setelah sekian lama. Selalu kalau plan nak jumpa sure ada yang tak complete, nak buat macam mana masing-masing ada urusan peribadi masing-masing but this time in Ramadhan kami dapat berkumpul, borak-borak, makan-makan, gelak-gelak, posing-posing.. it's really happy mood. As I remember last kami dapat berkumpul macam ni empat tahun lalu, waktu raya. Thank you Allah, kami merancang Allah yang izinkan. Hope we can meet more like this soon. Love korang ketat-ketat ^_~
#ketiga : Reunion with BFF
BFF |
#keempat : Attending Wedding on Puasa Month???
Alpha & Jay Wedding Ceremony |
Ini memang tak pernah I buat, biar betol? Iye memang betul I attend unique wedding ceremony. Bukan majlis buka puasa tapi majlis perkahwinan pendaftar tempat kerja I, she sarawakian married with an Indian Man, so majlisnya penuh dengan adat budaya sarawak dan india. I memang tak pernah berpeluang tengok sebelum ni. Apa yang I boleh kata I enjoy attending the wedding ceremony with my sister and cousin. Read the story and more picture in here Culture Wedding
#kelima : Its My Birthday!!! ^_~
My Birthday ^_~ |
Dah beberapa tahun ni, I memang sambut birthday di bulan Ramadhan. In fact, I memang sebenar-benarnya di lahirkan pada 10 Ramadhan 1402 bersamaan dengan 2 Julai (tahun you all cari sendiri ok), kata my mum I lahir waktu orang nak bersahur sekitar jam 4.30 pagi. kesian my mum tak dapat puasa masa tahun tu, nak mengganti pun banyak 20 hari. Alhamdulillah tahun ni sambut my birthday dalam bulan Ramadhan juga. Terima kasih yang bagi bunga dan belanja buka puasa. Terima kasih juga pada yang wish birthday dan doa-doa you all yang baik-baik semoga makbul doa-doa baik you all di bulan Ramadhan ni untuk I...Amiin. Time Kasih Allah untuk pertambahan seusia lagi, moga jadi hamba yang lebih baik disisi Mu.
#keenam : Ramadhan Tenang
Alhamdulillah Ramadhan kali ni paling ringkas dan tenang, banyak benda yang I belajar. Ramadhan ni paling banyak ujian dan cabaran disamping kegembiraan - kegembiraan yang Allah bagi. I bersyukur semoga I terus istiqamah dan tetap berubah menjadi hamba lebih baik. Alhamdulillah puasa tahun ni rezeki dapat berpuasa 27/29 hari, dapat Khatam Al- Quran dan dapat buat beberapa perkara lain yang I plan to do. Everything just nice and perfect. Alhamdulillah.
Semoga diterima segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan, dan semoga segala kebaikan akan kekal, menjadikan kita semua hamba Allah swt yang lebih baik...Amiin.
Ok sampai sini dulu perkongsian I kali ni, happy sharing and happy reading, doakan yang baik-baik Inshaallah segala yang baik-baik akan menjadi sebahagian dari hidup anda juga.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
No comments:
Post a Comment