Thursday, February 11, 2016

Cubic World

Hi you all,

Hari ni I nak share tentang satu restaurant yang I selalu makan waktu lunch hour sebab restaurant ni dekat dengan office lama I dulu, but now pun I still juga datang on weekends. Hmm nama restaurant ni Cubic World terletak di tingkat 2 dalam bangunan Pandan Capital, Pandan Indah. Siapa yang duduk area Ampang mungkin familiar atau mungkin juga tidak, but apa yang I boleh cakap restaurant ni memang menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada waktu lunch. 

Kenapa ek orang suka pergi kedai ni? Ok untuk pengetahuan you all, kedai ni menyajikan pelbagai jenis makanan yang best-best antaranya Butterfly Chicken Chop, Grilled Chicken with Mushroom, Laksa, Spaghetti, Kuew Teow Penang, Nasi Goreng Sotong Cencaluk, Nasi Goreng Tom Yam, Nasi Lemak Rendang Ayam dan macam-macam pilihan makanan lagi yang korang boleh pilih. Yang pasti bila korang tengok menunya sure korang rasa nak makan macam-macam. I sendiri selalu confuse nak makan apa...hihi. Makanannya juga dijual mengikut set sekali dengan air.

Ok selain makananya yang banyak pilihan dan sedap, harganya pula sangat berpatutan sekali dengan air harganya antara RM16 kebawah sekali dengan air. Berbaloi ke tidak? sangat berbaloi sebab portion makanannya sure kenyang dan plating ala- ala makan di hotel. Selain dari itu, tempat makannya juga sangat selesa, ber air-cond, santai, ada muzik yang best-best (kadang-kadang owner buka tv) memang relaxing dan paling penting sangat bersih. Restaurant ni juga ada sijil pengesahan halal dari JAKIM, so Inshaallah korang jangan rasa ragu-ragu walaupun ownernye berbangsa Cina ok. Layanan di sini pun ok. Kira-kiranya kalau anda keluar dari restaurant ni sure muka ada senyum. 

 Ok tak payah cakap banyak-banyak, Let's the picture speaks...

Lepak with friends at Cubic World
Grilled Chicken Set
Sweet Sour Fish with Rice Set
Kuh Pong Chicken with Rice Set
So korang yang suka makan, I suggest you all datanglah and rasakan sendiri makanan yang enak. Apa yang I share ni sebahagian sahaja.

Till here yang I nak share dengan korang. Since I ni memang suke makan and travel so for the next post I akan banyak share dengan korang tempat-tempat makan yang I pergi dan tempat-tempat yang I perg ok.

Sharing is Caring, Caring is Loving

#sejeniskerinduan #qalbufoodhunter

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...