Wednesday, July 8, 2015

Novel Murah... (For Sale)

Assalamaualaikum & Good Morning ^_~

Ramadhan ke-21, Hujan rahmat dipagi hari...Alhamdulillah (jom banyakkan berdoa, doa waktu hujan lebat antara waktu yang tepat dan InshaaAllah dimakbulkan Allah s.w.t) . Sure ada yang liat nak bangun pagi dan pergi kerjakan, I pun gagahkan diri jer bersiap-siap untuk ke tempat kerja. 

Anyway pagi ni I nak jual novel dekat you all yang memang minat baca novel. Mungkin novel ni antara koleksi-koleksi novel terbaik yang I pernah baca dan agak lama sebab I kumpul sejak zaman I habis sekolah, tapi kalau dah namanya peminat novel I sure all of you tak rugi dapatkan novel-novel yang bakal I jual ni.

Mesti you all tertanya-tanya kenapa I nak jual kan, sebenarnya I nak clearance kan rak buku yang ada kat dalam bilik I, dah tak muat so dari I simpan jer novel-novel ni lapuk baik I share dengan you all peminat-peminat novel untuk baca novel ni (Iám very sure dah tak boleh dapat dipasaran). Lagipun kan I selalu cakap sharing is caring, caring is loving...

Ok tak nak melalut banyak sangat, so for today I nak jual tiga novel lama yang rasanya anda tak boleh dapat kat mana-mana dah. So here it is....

Tajuk : Titis - titis Gerimis
Penulis : Rozita Mohd Noor
m/s : 263
Harga : RM6.00
Tajuk : ... Lewat Musim Itu
Penulis : Norhayati Berahim
m/s : 434
Harga : RM10.00
Tajuk : Buat Yang Terakhir
Penulis : Sabariah Araur
m/s : 781
Harga : RM15.00

Ok untuk kali ni, tiga novel ni dulu yang I tawarkan. So jika berminat boleh tinggalkan message anda disini email I di tun_pmt02@yahoo.com.. siapa cepat dia dapat. Novel-novel ini masih dalam keadaan baik. COD hanya di sekitar KL & Klang Valley sahaja. So kepada peminat-peminat novel, boleh dapatkan koleksi terhad ni. I confirm jalan cerita menarik dan memang jauh dari novel-novel yang ada dipasaran sekarang ni. 

Sebarang pertanyaan boleh tanya kat ruangan comment ye, Terima Kasih ^_~`




No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...