Assalamualaikum & Salam Ramadan
Ok since Ramadhan berbaki beberapa hari jer lagi, dan InsyaAllah pada 17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal 1436H adalah hari cuti umum untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi yang akan pulang beraya di kampung, diharapkan berhati-hati dalam perjalanan dan I doakan semoga you all selamat sampai & kembali ke ibukota hendaknya. Dalam keghairahan menyambut raya, jangan dilupa tuntutan berzakat. So hari ni I nak share sikit info mudah untuk anda yang nak melakukan pembayaran zakat secara online, anda boleh melayari laman web www.zakat.com.my atau melalui smartphone anda dengan memuat turun applikasi IZAKAT di App Store atau Google Play secara PERCUMA. Senangkan everything is all in your finger tips, I nak
ingatkan you all jangan lupa menjalankan tanggungjawab you all sebagai umat
Islam, berzakatlah. Sebelum ni I pernah share info Jom Bayar Zakat ^_~ , berapa jumlah zakat
yang perlu dibayar dan kat mana you all boleh bayar.. so jangan tunggu last
minit, jika berkesempatan pergilah bayar zakat atau mungkin dikawasan tempat
tinggal anda ada amil-amil yang dilantik untuk mengutip wang zakat... berkatkan
rezeki anda dengan berzakat, secara tak langsung dapat membantu asnaf-asnaf
yang memerlukan. Jadi diharap dengan adanya aplikasi ini, pengguna bukan sahaja dapat membayar zakat malahan dapat mengetahui tentang info serta taksiran zakat melaluinya di mana sahaja anda berada...InshaaAllah.
Selain itu, yang paling penting ialah tanggunjawab kita pada
Allah tertunai yakni rukun Islam ke-3. Oleh itu, dengan segala kemudahan yang disediakan, tidak ada
lagi alasan untuk kita tidak berzakat. Adalah menjadi harapan pusat zakat sebenarnya agar
umat Islam yang layak membayar zakat dapat menunaikan zakat mereka sekaligus
melunaskan rukun Islam ketiga serta membantu pusat zakat membela asnaf yang memerlukan.
So I harap dengan sedikit info yang I share ni, you all dapat tunaikan kewajipan berzakat dengan lebih mudah dan dikesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Sharing is Caring, Caring is Loving..
Happy Reading ^_~`
No comments:
Post a Comment