Assalamualaikum...
Ramadhan ke-20, semakin hampir ke penghujung Ramadhan. Hati rasa dup dap dup dap, sebak dan rasa macam banyak lagi yang tak dibuat. Cukupkah amal ibadat I tahun ni, adakah semua amal ibadat I diterima. Wallahu a'lam bisawab. Semoga Allah swt menerima amal ibadat kita semua...AMIIN.
Di sepuluh malam terakhir Ramadhan ni, perkara paling dinanti-nantikan adalah malam 1000 bulan atau lailatul qadr.. istimewanya malam ini adalah Allah s.w.t menjanjikan segala amal yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda, malah malam lailatul qadr juga adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan jika kita beramal pada malam tersebut. Istimewanya malam lailatul qadr ini kerana ianya adalah rahsia, hanya Allah s.w.t maha mengetahui bilakah malam tersebut berlaku walaupun dinyatakan ianya adalah salah satu daripada 10 malam terakhir dibulan Ramadhan. Maka itu perbanyakkan amalan anda di 10 malam terakhir ini.
Walaubagaimanapun ada dinyatakan bahawa malam lailatul qadr itu boleh berlaku pada malam- malam ganjil diantara 10 malam terakhir Ramadhan. Pada 10 malam terakhir itu juga kita digalakan berdoa kepada Allah dan melakukan amal ibadat dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam melaksanakannya. InshaaAllah semoga amal kita diterima dan dapat dipertemukan kita dengan malam istimewa tersebut sebagai ganjaran terbaik buat kita.. Amiin Ya Rabbal A'lamin.
Sign of Lailatul Qadr |
Doa amalan di setiap 10 malam terakhir |
Surah Al Qadr ayat 1-5 |
So sampai sini sahaja perkongsian simple I hari ini, selamat memperbanyakan amalan dan semoga dipertemukan kita dengan malam 1000 bulan tersebut... Amin.
Happy Reading & Happy Sharing
No comments:
Post a Comment