Saturday, January 13, 2024

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA

11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 petang tadi, HANYA 1 BEG DARAH berjaya dikutip di Suite Derma Darah IOI City Mall Putrajaya.


Untuk makluman, Suite Derma Darah IOI City Mall Putrajaya telah mula beroperasi pada 3 November 2023 yang lalu dan menyasarkan kutipan sebanyak 20 beg darah sehari.

Suite Derma Darah ini terletak West Wing (Old Wing) di Level P3 (berhampiran myNEWS berhadapan perhentian bas + parkir motosikal).

Waktu operasi (DIBUKA SETIAP HARI) :
Hari Bekerja : 11 pagi sehingga 4 petang
Hari Minggu/Cuti Umum : 11 pagi sehingga 6 petang
*Mohon hadir ke lokasi 30 minit sebelum waktu tamat.

Ayuh warga sekitar, hadirlah menderma darah. Jangan tinggalkan tong darah ini kosong tidak berisi.

#darahtakpernahcuti
#ioicitymallputrajaya
#sharingiscaring

Wednesday, December 27, 2023

RESEPI SEAFOOD ARABIATTA MI ORGANIK FROM OLIVE HOUSE

 HI SEMUA,

HARI NI I NAK SHARE RESEPI SEAFOOD ARABIATTA MY STYLE YANG SIMPLE DAN MUDAH MENGGUNAKAN MI ORGANIK DARIPADA @OLIVEHOUSEMALAYSIA. TERIMA  KASIH OLIVE HOUSE MALAYSIA SEBAB BERI MI ORGANIK NI UNTUK I CUBA. 

SO RESEPINYA SEPERTI BERIKUT;


RESEPI SEAFOOD ARABIATTA MI ORGANIK


BAHAN-BAHAN TUMIS

- BAWANG MERAH KISAR TIDAK BEGITU HALUS

- BAWANG HOLLAND POTONG BULAT2

- BAWANG PUTIH KETUK2 JER


BAHAN-BAHAN LAIN

- MI ORGANIK OLIVE HOUSE - REBUS DAHULU 4-5 MINIT

- SOS PASTA SEAFOOD ARABIATTA PREGO (NI PUN DAPAT FREE DARI VG)

- SEAFOOD SOTONG DAN UDANG FROZEN

- BUTTON MUSHROOM

- TOMATO 

- BUTTER

- OLIVE OIL

- OREGANO, SERBUK PERASA & BLACK PEPPER 


CARA-CARA MEMASAK

PASTIKAN MEE ORGANIK DIREBUS DIDALAM AIR MENDIDIH SELAMA 4-5 MINIT SAHAJA DAN DITOSKAN SEBELUM DIMASAK.

  • MULA-MULA TUMIS BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH DAN BAWANG HOLLAND SEHINGGA NAIK BAU MENGGUNAKAN BUTTER YANG TELAH DICAIRKAN BERSAMA OLIVE OIL.
  • KEMUDIAN MASUKAN SEAFOOD SOTONG DAN UDANG FROZEN, BIARKAN SEKETIKA SEHINGGA MASAK
  • BILA SOTONG DAN UDANG NAMPAK DAH MASAK, MASUKKAN SOS PREGO SEAFOOD ARABIATTA DAN GAUL SEBATI KEMUDIAN MASUKAN TOMATO DAN BUTTON MUSHROOM. GAUL SEBATI.
  • MASUKKAN MI ORGANIK OLIVE HOUSE MALAYSIA YANG TELAH DIREBUS
  • UNTUK TAMBAH PERASA MAKA TAMBAHKAN OREGANO, SERBUK PERASA & BLACK PEPPER UNTUK RASANYA YANG SEDAP DAN SEMPURNA. TAK PERLU GARAM DAN GULA.

MI ORGANIK SEAFOOD ARABIATTA PUN SIAP UNTUK DIMAKAN.

BAHAN-BAHAN MASAKAN

SIAP DIMASAK, NI SEPARUH JER
LAGI SEPARUH DALAM KUALI 😋😋

SERIOUS SEDAP SANGAT. KOTAK MI NI NIPIS DAN CANTIK PACKAGING NYE. DALAM ADA 3 IKAT KECIL, NAMPAK SIKIT TAPI BILA DAH REBUS DAN BILA DAH SIAP MASAK BOLEH DIMAKAN 3-4 ORANG. SO MACAM I BERDUA JER DENGAN HUSBAND. MAKA KITAORANG BUAT LUNCH DAN DINNER. EVEN DAH MALAM TAPI MEE MASIH SEDAP TAK BENYEK ATAU LEMBEK ATAU BERUBAH RASA. MAKIN SEDAP LAGI ADA.

MI ORGANIK DARIPADA OLIVE HOUSE NI ADA 4 JENIS PERISA IAITU ASLI, UBI BIT (BEETROOT), PERISA BAYAM DAN LOBAK MERAH. SO YANG I DAPAT PERISA ASLI. MI NI JUGA BEBAS DARI PEWARNA DAN SEFAHAM I BILA DAH NAMANYA PRODUK ORGANIK INSHAALLAH MI NI BAIK UNTUK KESIHATAN KAN.

I TAK PASTI SAMADA DAH ADA DIJUAL DIPASARAN ATAU BELUM TAPI KALAU DAH ADA JANGAN LUPA CEPAT-CEPAT GRAB MEMANG SEDAP. 

ANYWAY TO OLIVE HOUSE MALAYSIA THANK YOU ATAS PELUANG NI MERASA NI. 

I REALLY APPRECIATE DAN HAPPY TO TRY. SO NAK BAGI PANTUN SIKIT HIHI

ORANG MEMBERI KITA MERASA

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

SO I ABADIKAN RASA TERIMA KASIH NI DEKAT BLOG NI, MOGA RAMAI YANG SUPPORT PRODUK INI DAN DISUKAI RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA. TERIMA KASIH 😋😋😋😋


Monday, December 25, 2023

COFFEE TALK COBKL - Pengurusan Bangunan Berstrata

 Coffee Talk COBKL | Pengurusan Bangunan Berstrata


Topik Perbincangan:
✅Tindakan Pelaksanaan COBKL Sepanjang Tahun 2023 dan Hala Tuju Tahun 2024

Saksikan Bual Bicara Coffee Talk COBKL *Siri 55 (Siri Akhir)* bersama panel jemputan dan moderator yang terdiri dari pegawai dan penolong pegawai di COBKL untuk mengupas tindakan/aktiviti/program COBKL sepanjang tahun 2023 & apakah hala tuju untuk tahun 2024.

*🗓️Tarikh : 27 Disember 2023 (Rabu)*

*⏰Masa : 10.00 pagi*

*🎥 Pautan: https://www.facebook.com/dbkl2u*

#KLBandarUntukSemua
#bandarmampanbandarsejahtera



JOM TONTON RAMAI-RAMAI


"NAK DUDUK RUMAH STRATA KENALAH CELIK STRATA"

Tuesday, March 15, 2022

#RUMAPOKOK

 Hi korang,

Seminggu lebih aku tak share apa-apa disini, busy dengan macam-macam hal sebelum kembali bertugas setelah 3 bulan cuti bersalin. Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk tu sempat jugalah pulang ke kampung Baba aku di Sg Pelek, Sepang. So sapa-sapa yang masih tak tau Sg.Pelek tu bolehlah google-google ye. Bila dah ada di kampung ni maka seperti kebiasaanya aku akan menyinggah di Pantai Bagan Lalang sebab tu paling dekat dengan rumah, drive kereta dalam 10 minit dah sampai. Pusing-pusing pantai, jengah-jengah jeti kot-kot nak beli seafood. Selebihnya dok pusing-pusing kampung dan pekan kecil Batu Lima, sempat juga pergi pasar Jumaat. Itu kebiasaannya lah aktiviti aku kalau balik kampung, tapi kali ni berbeza sikit sebab aku jumpa satu cafe hipster dalam kampung Sg.Pelek which is sebelum ni kita takde tempat nak lepak-lepak minum kopi-kopi hipster dan makan-makan kek gitu hahaha, lagi pulak tempat-tempat lepak minum yang instagramable macam kat KL atau daerah-daerah Selangor yang agak urban gitu. So nak tau lebih lanjut, jom sambung baca!!!

Ok since sebahagian dari kehidupan aku banyak juga dihabiskan di Sg Pelek ni, maka aku agak teruja bila setiap kali ada pembaharuan di kampung ni, bukan nak kata kampung ni mundur sebab compare dengan dulu, sekarang dah canggih manggih. Mungkin ada beberapa faktor yang buat kampung ni kurang dikenali, sebab kalau nak diikutkan banyak tempat-tempat menarik dan banyak aktiviti-aktiviti boleh dibuat juga tapi tulah orang tak berapa kenal kalau nak compare dengan Port Dickson yang lebih up dari dulu. Apa yang aku cakap ni based on pengalaman aku bila aku cerita pada orang tentang Sg.Pelek ramai orang tak tahu (termasuk family suami aku, tapi diorang tahu Bagan Lalang ok), mesti akan tanya kat mana tu? ada apa kat situ? Bila aku sebut Bagan Lalang ada segelintir yang akan tanya lagi Morib ke dan ada juga yang akan jawab Oooo Bagan Lalang tahulah.. hehehe so faham-fahamlah kan. 

Whatever it is aku tetap suka Sg Pelek sebab banyak benda boleh buat dan explore sejajar dengan perkembangannya sehingga hari ni. Nantilah aku share kan lagi pasal Sg.Pelek ni sebab hari ni aku dengan bangganya nak cerita tentang cafe yang baru diperkenalkan oleh cousin aku kepada aku, dia maklumkan ada cafe baru pergilah try maka aku pun cari dan jumpalah cafe ni. As usual jom kita tengok-tengok gambar sambil bercerita ye...


Kaunter yang juga entrance, 
kau akan nampak menu terus
Kaunter Pesanan & Bayaran
Sudut minum-minum diluar
Sambil tunggu order sampai 
tak boleh tahan nak bergambor disini
Menu yang ada pada hari itu
Aku try air yang ada biscoff  + latte + Ferrero Roches Cake
(Adoiii lupa nama sebenar, korang boleh tengok di menu)
Port bergambar






So tu antara sebahagian gambar-gambar yang aku share tentang RUMA POKOK ni, banyak aku bergambar sebenarnya dari pelbagai sudut tapi tak bestlah kan kalau aku share semua, baik korang datang dan snap lagi moment-moment indah korang sambil menikmati minuman dan kek di sini.

Apa yang aku boleh cakap cafe ni masih baru beroperasi masa aku pergi menunya tak banyak lagi, tapi aku dimaklumkan diorang ada beberapa jenis kek untuk dipilih, walaubagaimapun minuman diorang memang banyak pilihan kalau nak chill-chill dengan kawan-kawan memang best. Cafe ni agak instagramble, lebih-lebih lagi yang suka nature sebab korang akan dikelilingi pokok-pokok hidup, so fresh and greeny agak tenang sebab oxygen dimana-mana, original lighting dari cahaya matahari yang masuk dalam kedai melalui bumbung sangat cantik dalam gambar ok tak perlukan filter-filter hehehe.. 

Peminat-peminat pokok-pokok untuk ditanam boleh datang sebab pokok-pokok yang dipamerkan boleh dibeli juga. Bestkan sambil-sambil minum boleh buat pilihan mana yang berkenan. Apa lagi aku nak cakap, baik korang datang lepak-lepak disini sebelum viral dan korang kena beratur untuk lepak kat sini hahahaha. Sampai sini dulu... stay safe.





Wednesday, March 2, 2022

KAFE KAMPUNG KAW, PD

Hi Korang,

Selamat Hari Rabu, so hari ni accidently terasa nak merentas negeri selepas setahun lebih tak kemana-mana luar dari Selangor or KL. So since aku berada di rumah mak di Sg Pelek, Sepang makanya terasa nak ke tempat paling dekat iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan. Niat dihati nak ronda-ronda tengok pantai bawa baby yang baru 2 bulan lebih, nak sedut fresh air sebelum kembali bekerja next week tapi bila sampai tak sangka pulak ramai orang dan cuaca sangat panas so macam tak sesuailah nak bawa baby keluar. Walaupun hari bekerja tapi cuti sekolah kan so sure mak bapak bawa anak-anak diorang bercuti dan picnic.

Ok lepas kitaorang ronda-ronda dalam kereta maka aku ajak husband menyinggah satu tempat yang aku terjumpa di IG, namanya @kafekampungkaw katanya tempat ni dah mula beroperasi sejak 2016, mungkin aku lambat tau kot hihi tapi takpe aku tetap nak review tempat ni, sebab aku rasa akan repeat lagi. So macam biasa aku share gambar-gambar untuk menambah minat korang untuk menyinggah ke tempat ni. 

Pilihan Meja Aku Mengadap Main Enterance
Tempat Keluar/Masuk & Bayar
Sebahagian view dalam kedai
Menu
Menu
Dah Order
Menu 1 : Nachos Agogo
(Nachos + Cheese +Sos Daging Carik)
Agak Special & Sedap
Menu 2 : Nasi Impit Goreng
(Nasi Impit + Isi Ayam Carik + Kuah)
Sedap & Menarik
Menu 3 : Roti Gemok Cecah Sambal Sardin
*Cecah dia ada macam-macam
pilih ikut selera
(Mula-mula aku ingat poree)
Ni pun sedap
Coffee Latte Tenom
(Aku nak cuppacinno tapi takde, 
as per suggested by staff
maka aku try coffee Sabah ni)
Satu lagi air aku order Laici Fizz
macam tu lah lebih kurang namanya
Best untuk cuaca panas
ada pudina & selasih
Port ambil gambar
Port ambil gambar
Tempat parking cyclist
(Lupa pulak ambil gambar parking kereta
which is banyak juga so don't worry)
Pintu keluar ala ala cowboy

So apa yang aku boleh cakap tempat ni memang menarik dan makanannya sedap. Aku puas hati dengan pilihan menu yang aku pilih, which is ada banyak lagi tapi 3 menu ni yang aku rasa takde kat tempat lain, tapi main food dioarang kebanyakkannya bertemakan kambing sebab kalau korang tengok menu tu kebanyakkan nye kambing, nasi lemak kambing antaranya. So si pemakan kambing, this is your place to go. Aku puas hati dengan makanan pilihan aku dan worth it with price, seriously aku makan tak sampai RM40 ok? Aku harap kedai ni boleh kekalkan kualiti dan price dia. Walaupun tempat ni agak tersorok, dan mencabar nak pergi tapi kalau sedap ceruk mana pun orang cari. Dari tempat ni boleh nampak view padang kem tentera. So apa lagi aku nak share, better korang pergi sendiri. Aku bagi tempat ni 5/5.

Sampai sini dulu, enjoy reading and jangan lupa pergi #KafeKampungKaw


Tuesday, February 22, 2022

KOPI SENGET

 Assalamualaikum semua...


I'm back again in 2022, since tahun 2020 dan 2021 dah pun pantas berlalu begitu sahaja dengan kita melalui satu fasa sukar dalam kehidupan menghadapi COVID 19. Terlalu banyak benda aku nak bercerita apa yang aku lalui selama 2 tahun ni, tapi untuk post aku yang ini aku tak nak share dulu sebab aku tak sabar-sabar nak share tentang satu tempat yang sangat menarik dan agak hype untuk lepak santai sambil  menikmati kopi dan makanan yang best-best. Kat mana??? Jom teruskan membaca...

Ok since aku dah berpindah tinggal di Klang ni, maka jarang-jarang aku turun KL apatah lagi musim-musim pandemik ni susah nak lepak-lepak ngopi macam dulu-dulu. Tapi dah memang namanya aku yang memang suka makan ni, maka minat aku yang suka jalan-jalan cari makan tu kuteruskan juga.

So aku pun terjumpa satu tempat ni di IG, tempat yang agak menarik bagi aku bila dengar namanya jer pun, hehehe masa aku tau tempat ni aku tengah mengandung dan aku tak keluar rumah sebab aku golongan berisiko kan, so aku simpan dulu niat tu. Maka tahun ni 2022 keadaan pun dan agak bebas sikit, aku pun dah habis berpantang maka ku sempatkan diri untuk menyinggah ke kedai kopi ni yang diberi nama KOPI SENGET. 

Kedai kopi ni terletak di Teluk Panglima Garang, perjalanan dari rumah aku di Klang ke sana mengambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk sampai ke kedai kopi ni. So aku pergi hari Ahad, kebetulan ada urusan di Teluk Panglima Garang tu maka selesai urusan aku pun plan singgah breakfast di KOPI SENGET ni.

So masa aku sampai sekitar jam 9:30 pagi dah ada beberapa meja yang berpelanggan, tapi nasib ada lagi tempat kosong hehehe manalah tau pagi-pagi dah penuh macam ada satu kedai viral yang aku pernah pergi, pukul 9:30 pagi buka jer terus dah beratur panjang. Kat mana tu??? Hah nanti aku share di next post ye.

Ok teruskan lagi, tentang kedai ni bila aku sampai dan masuk aku terus suka, staff-staff sangat friendly, interior dia menarik, ada banyak juga pilihan makanan dan tempat ni sangat santai memang sesuai lepak-lepak tenang sambil menikmati makanan. Oklah selebihnya aku bagi tunjuk gambar-gambar untuk tatapan korang ye sambil-sambil aku cerita apa yang best dan aku suka. Sebab cerita dengan visual, biasa visual lebih senang faham dan lebih menarik kan hahaha... jom explore KOPI SENGET!!!

 
 Kedai Kopi ni tepi jalan jer 
nanti nampak signboard ni
View tepi jalan, Sempoi...
Antara menu yang ada, 
masa kitaorang sampai nasi lemak ada lagi
kat dalam korang boleh pilih dessert pulak
decoration port nak bergambar
Dah start posing hihi
Menu pilihan aku
Cup Of Coffee
Menu yang aku pilih, semua sedap...
Nak order Lontong, Soto & Kuew Teow Sup
rasa tak mampu hahaha rojak buah pula habis daaaa...
Port Bergambar
Instagramable 


Lepas habis makan, ambil-ambil gambar aku memang puas hati dengan menu-menu pilihan aku. Nasi lemak sotong memang sedap, mee kari sedap dan pecal jawa dia pun, semua menu pun buat aku tersenyum lebar hahaha, aku bagi 4.5 out of 5. Eh puas hati kenapa tak penuh, aku tolak 0.5 sebab ada satu jer masa aku makan agak terganggu dengan beberapa ekor lalat tapi aku maafkan mungkin sebab kedai kopi outdoor kan tepi jalan, bagi aku takde masalah aku maafkan sebab makanan semua sedap. Cuma mungkin owner boleh usahakan masalah ni untuk kebaikan dan mengelakan makan tercemar. Tapi jangan salah faham ok, serious aku recommended kedai ni. Moga bertambah maju.

So tulah sebahagian perkongsian yang dapat aku sharekan dengan korang, bagi aku tempat ni bukan sekadar untuk Instagramable jer tapi memang patut korang singgah sebab makanan dia memang tak mengecewakan, worth it with price, selesa dan paling best staff friendly.. memang aku nak repeat lagi, sebab nak try rasa menu-menu lain pula. 

Sampai sini dulu, time kasih sudi baca & daaaaaaa....

Monday, April 20, 2020

Here we are in 2020

Salam Twenty Twenty Everybody,

Oh my God, Alhamdulillah I just got back my blog after almost four years I left it. Well not really left actually is just that I'm too busy with work and personal matters and also I lost my blog due to lost my password then get difficulties to recovered it again. So tragically right.

Anyway, it's twenty twenty and already April..

Wish to start all back again, and too many things to be share... Inshaallah.
Since everyone I'm pretty sure now was just stay safe and stay home due to PKP, because of COVID19. I wish all of you always in happy and enjoying this moment to do what you really miss to do when you was busy in a working life. Enjoy the moment that maybe we gonna miss when its end soon. The moment with spending with family, wife, children, parents and siblings or if you still single and facing this PKP alone at home enjoy your ME TIME by doing any activities that you enjoy to do ok.

For me I have plan my activities since my first day of PKP, so this is what I do at home...




Until here for now, will catch up with next post. I will talk about my TO DO LIST.

See ya!!! Stay Safe Stay Home #fightCOVID19

Saturday, April 30, 2016

5 SNEK YANG TINGGI PROTEIN


5 snek yang tinggi protein yang mudah anda bawa setiap hari 


Cottage Cheese

Snek protein yang pertama ni mudah untuk di pek dan dibawa bersama ke mana-mana. Boleh beli di supermarket yang telah siap di pek kan satu portion siap-siap.

Cottage Cheese
Protein: 20gm setiap 142 gm cheese


Cottage Cheese ini memberi 3gm lebih protein daripada Greek Yogurt dan hanya 110 kalori. Ia juga kaya dengan kalsium, tetapi perlu berhati-hati dalam pengambilannya, kerana ia juga tinggi kandungan garam. jadi pilih dengan bijak.



Telur Rebus

Snek protein ke 2 ini lagi senang. Buat dirumah dan pek sekali letak dalam handbag. Tak sempat??? jangan risau, kedai mamak dan mana-mana restaurant kebanyakkannya ada jual. 

Telur rebus
Protein: 6gm sebiji


Orang tua kita selalu pesan, "Jangan makan banyak sangat telur, kolestrol tinggi!!!!”. Tetapi hari ini kebanyakan pakar nutrisi bersetuju bahawa telur adalah cara mudah untuk mendapatkan protein untuk badan anda sama ada untuk sarapan ataupun snek. But in moderation ye. Thats the key!!

Selain protein, telur juga kaya dengan vitamin D dan vitamin B12 dengan 77 kalori sebiji. Dan paling best, senang di bawa dan senang dibeli jika tak sempat nak buat. Tapi nasihat kami, jika makan telur dengan banyak setiap hari, makan putih sahaja, dan asingkan kuningnya.


Peanut Butter

Snek ketiga yang tinggi protein, yang mudah dibawa kemana-mana adalah,

Mentega kacang.
Protein: 8gm setiap pek 32gm

Mesti anda cakap, takkan nak campak satu jar peanut butter dalam handbag? Tak style laa bro!! Tak perlu, di kedai ada jual pek kecil, yang macam kite selalu makan kalau dekat kedai stik, dia bagi butter kecik. Mentega kacang pun ada jual pek kecil. Satu serving 32gm 190 kalori sahaja. Cukup untuk snek.

Keju Singles

Snek ke 4 yang tinggi protein ini adalah snek on the go paling mudah. Ambil dan campak dalam beg untuk protein instant.

Keju Singles
Protein: 6 to 8gm setiap hidangan

Keju yang dipek secara individual mudah dibawa. Disebabkan mereka dipek secara individu, ia tak mudah penyek. Kalau nak lose weight, beli keju rendah lemak. Pek 12, boleh buat snek 12 hari.


Oatmeal

Snek ke 5 yang tinggi protein yang mudah anda bawa setiap hari.

Oatmeal
Protein: dalam 4 gm setiap packet.


Pre- pack oatmeal anda dan apabila tiba waktu untuk makan, tuangkan air panas, dan siap, semangkuk protein dan serat siap dan hanya 150-200 kalori. Beli oats yang biasa kita beli di kedai, pekkan secara individu didalam mangkuk. Letakkan sedikit pisang dan beberapa almond dan sedikit rasin hitam dan gaulkan untuk menambah perisa.

Senangkan??? semua snek ni boleh beli di kedai sebagai alternatif jika tak mampu atau tak sempat nak sediakan sendiri. Siapa kata nak diet dan sehat tu susah, ada variety makanan yang boleh dimakan sebenarnya untuk sehat dan diet, cuma kena banyak membaca dan rajin sediakan sendiri barulah boleh control sendiri apa yang masuk dalam perut kita.. hmmm I wish usaha ni berhasil untuk sehat dan kuruskan badan. 

Selamat Mencuba ^_~

Just a simple sharing


Thursday, April 28, 2016

Resepi Sehat Senang Buat, Cepat Makan



Hi you all,

Hari ni nak share dengan you all resepi senang dan cepat disediakan tanpa perlu dimasak. Tak nak cakap banyak-banyak sebab I memang busy naw naw, so apa kata you all tengok sendiri 10 resepi ni, bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakannya.

10 Resepi tidak perlu masak dan mudah untuk disediakan




No 1 : Yogurt-Berry Cups


Resepi ini cukup mudah untuk membuatnya dan sedap dimakan sebagai dessert. Cara-caranya seperti berikut; 

Kacaukan sesudu madu kedalam yogurt untuk menjadikannya manis dan lemak berkrim. Kami sukakan dish ini dicampurkan dengan beberapa biji berries yang fresh dan beberapa biji kacang untuk tambahan protein dan lemak sihat.


bahan-bahan

4 sudu teh Madu

1 cawan yogurt Greek atau plain yogurt

2 1/4 cawan strawberi, dihiris

1 cawan blueberry

Dicincang, walnut bakar


penyediaan


Pukul 4 sudu teh madu ke dalam 1 cawan yogurt. masukkan 1 sudu campuran yogurt ke dalam setiap 4 gelas parfait atau mangkuk kecil. Lapisan setiap bahagian dengan 1/2 cawan strawberi, campuran yogurt 1 sudu, 1/4 cawan blueberry, 1 sudu campuran yogurt, dan baki 1/4 strawberi cawan. Selesai dengan baki campuran yogurt 1 sudu dan 1 sudu dicincang kacang.




No 2 : Soup tembikai susu dengan pudina


Kita di Malaysia mudah untuk mendapatkan tembikai susu sepanjang tahun dan mudah untuk mendapatkan daun pudina. Resepi yang mudah ini anda harus cuba. 150 Kcal satu hidangan, cukup sesuai dimakan bersama salad. 


bahan-bahan

1 tembikai besar

1/4 cawan madu

1/2 cawan jus oren

1 1/2 sudu besar dicincang halus pudina segar, ditambah tangkai kecil untuk hiasan, pilihan


penyediaan

1. Potong dua tembikai, buang biji dan buang kulit. Potong isi tembikai menjadi ketulan besar. (Anda perlu mempunyai kira-kira 6 cawan.)

2.Blendkan tembikai, madu dan jus oren dalam pengisar. Pulse atau kisar sehingga halus. Pindahkan ke dalam mangkuk besar, tutup dan sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam.

3. Sebelum dihidangkan, kacaukan sup dan masukkan pudina. Hidangkan sejuk.




No 3 : Smoothie Salad


Nowadays, banyak orang bercakap tentang detox, pentingnya detox untuk mencuci racun-racun yang ada dalam badan. So resepi mudah ini antara salah satu cara mudah untuk anda buat, dan paling penting sedap dimakan tanpa perlu dimasak. 


bahan-bahan

1/2 cawan jus lobak merah

02/01 avokado masak kecil, dicincang (1/4 cawan)

1/4 cawan bayam

1/4 cawan ais

3 sudu jus wheatgrass beku dicairkan

2 sudu besar dicincang ketumbar segar

1 1/2 sudu besar jus lemon segar

1 sudu flaxseeds

1/2 sudu teh serbuk teh

Secubit garam laut


penyediaan

1. Blend semua bahan dalam pengisar sehingga sebati. Tuangkan ke dalam gelas hidangan sejuk, dan siap untuk dinikmati. Senangnya ^_~




Green Tomato Gazpacho


Peerrgghhh nama pun dah gempak kan??? Apa kebenda tu? Gazpacho ini macam salad dalam mangkuk, dan resepi ni kaya dengan Vitamin C daripada tomato hijau buatkan soup sejuk ini menarik.

Nota: Jika anda tengah cut karbo, jgn masukkan roti.


bahan-bahan

3 ulas bawang putih , dihancurkan

1 cawan serbuk roti segar ( daripada kira-kira 2 keping roti, keruping dikeluarkan)

1/4 cawan cuka

1/3 cawan minyak zaitun

2 poun tomato hijau atau tomatillos , dibilas, dicincang kasar

2 timun , dikupas , pilihan , dicincang

2 sudu besar thyme segar

2 sudu besar dicincang parsli segar atau daun ketumbar

1 sudu teh Tabasco , atau lebih secukup rasa

Garam dan lada hitam

Croutons untuk hiasan , pilihan


Penyediaan

1. Gabungkan bawang putih, bread crumbs, cuka, dan minyak zaitun dalam blender. Blendkan. Tambahkan tomato, timun, thyme dan parsley. Blendkan, tp jangan hancur sangat. Alihkan ke dalam mangkuk besar dan kacaukan dengan 2 cawan air sejuk dan season dengan tabasco, garam dan blackpepper.

2. Tutupkan dan masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.




No 5 : Shredded Root Salad


Mentah dan cukup sihat, penuh dengan rasa manis dan crunchy. Tips nya, jangan pikir sangat semasa nak potong sayur. Boleh pakai food processor, mandolin ataupun pisau je. Pastikan anda shred beet root last untuk dapatkan warna kemerah-merahan.


Bahan-bahan

2 lobak merah besar (beetroot)

1 akar saderi kecil, dikupas dan potong

6 radishes,

1 epal besar, seperti Granny Smith, potongkan

2 bit (kira-kira 8 oz)

Jus lemon 1

2 sudu cuka cider

1/3 cawan yogurt

2 sudu Dijon mustard

Minyak zaitun 1/3 cawan

1 sudu teh garam

1/2 sudu teh lada hitam

1/3 cawan campuran herba segar, seperti pudina, Dill, dan pasli


Penyediaan

1. cincang lobak merah, akar saderi, lobak, epal, dan bit dalam pemproses makanan atau pada parut kasar daripada parut kotak (mandolin), berakhir dengan beetroot kerana ia mengeluarkan warna dan supaya ia tidak mengotorkan sayur-sayuran lain. Kacaukan dengan rata dalam mangkuk besar dan ketepikan.

2. Kacaukan bersama jus lemon dan cuka kemudian masukkan yogurt dan Dijon sekali. Masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit, Garam dan lada hitam secukup rasa. Tambahkan herba kepada sayur yang telah dipotong dan gaul dengan spatula. Hidangkan sejuk atau pada suhu bilik.




No 6 : Hummus bawang putih dan tomato


Hummus adalah snek/pembuka selera favorite kerana ianya sedap, memenuhkan dan dibuat daripada kacang kuda, salah satu kacang paling sihat di dunia. Kacang kuda yang kaya dengan fiber, vitamin dan mineral dan merupakan plant based protein yang mudah dihadam. Tomato yang telah dikeringkan pula manis dan memberikan dos potassium yang tinggi.


bahan-bahan

Semburan memasak

2 (6 inci) Pitas , setiap dipotong menjadi 10

Air 1/4 cawan

2 sudu makan tomato dicincang

Garam 1/2 sudu teh

1/4 sudu teh serbuk lada hitam hitam

2 ulas bawang putih

1 (15 auns) boleh kacang kuda (kacang garbanzo ) , toskan


penyediaan

1.Panaskan ketuhar kepada 425 °.

2.Kot baking paper dengan minyak semburan memasak. Letakkan pita wedges pada kuali dan kotkan dengan semburan minyak masak. Bakar pada suhu 425 ° untuk 6 minit atau hingga keemasan.

3.masukkan air, tomato , garam, lada , bawang putih, dan kacang dalam pemproses makanan , dan proses sehingga sebati. Hidangkan dengan roti pita bakar yang telah siap dibakar tadi.




No 7 : Salad Jagung dan avocado


Anda boleh makan menu yang cukup manis dan crunchy ini dan ianya 100% vegetarian dgn 14gm protein setiap hidangan yang boleh siap dimakan dalam masa 20 min. Kami sukakan lemak sihat daripada avocado dan anda boleh buat satu hidangan besar dalam satu mangkuk.


bahan-bahan


2 Romaine salad, koyak menjadi ketulan kecil (kira-kira 12 cawan)

1 (15 auns) boleh kacang pinto , toskan dan dibilas

1 1/2 cawan biji jagung segar ( kira-kira 3 telinga)

1 avocado , dicincang

1/2 bawang merah , dihiris nipis

1/2 cawan segar tangkai daun ketumbar

2 sudu besar minyak zaitun

3 sudu besar jus limau segar

1/2 sudu teh jintan putih

Garam 3/4 sudu teh

1/4 sudu teh lada

02/01 (9 auns ) beg dibakar cip tortilla (pilihan)


penyediaan


1. Campurkan salad dan 5 bahan-bahan berikut (sehingga ketumbar ) dalam mangkuk besar.

2. gaulkan bersama-sama minyak dan 4 bahan-bahan berikut (sehingga lada) di dalam mangkuk kecil. Hujan renyai-renyai atas salad ; melambungkan. Hidangkan dengan cip, jika dikehendaki.




No8 : Chilled Tutti Frutti 
Poppy Seed Salad

Salad ni lagi menarik daripada salad biasa. Kaya dengan buah termasuk berry, nenas dan mangga dgn dressing yg tak begitu manis dan poppy seeds.


Bahan bahan

1 biji Oren, dikupas kulit dan juice kan

1/4 cawan daun pudina dipotong halus

3 sudu minyak zaitun

2 sudu poppy seed

2 sudu cuka beras

1/4 sudu garam

1 nenas potong dadu

1 mangga dipotong

2 apricot peach atau plum (dried)

4 cawan berry

1/4 biji promegranate


Penyediaan

1. Dalam mangkuk besar, gaulkan 1/4 juice Oren, kulit Oren, pudina, poppy seeds, cuka dan garam. Campurkan buah dan gaulkan.

2. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama sejam. Hidangkan sejuk





No 9 : Almond, Kailan dengan plum dan Goat cheese.


Kailan, mudah didapati di negara kita. Tapi kebiasaan yang kita biasa dengar masak kailan ikan masin jelaa kan!!!. Tapi sebenarnya kailan ni kita boleh buat salad juga. Cara-caranya;


Bahan_Bahan


1 sudu besar jus lemon

1 sudu besar madu

1 sudu teh kicap cair

1/2 sudu teh mustard Dijon

1 sudu besar minyak zaitun

1 paun Kailan, dan dihiris nipis ( kira-kira 8 cawan) – buang batang. tinggalkan daun sahaja

1/4 cawan hirisan badam berpengalaman (seperti Almond Accents )

2 plum,dipotong

2 auns goat cheese

1/4 sudu teh serbuk lada hitam hitam

Penyediaan

1. Kacaukan bersama 5 ingredient pertama dalam satu mangkuk besar. Campurkan ingredient yang lain gaulkan besama sehingga sebati. Hidang setelah siap.




No 10 : Sandwich Roast Beef Pumpernickel dengan Roasted Red Pepper, Arugula and Goat Cheese


Wow!!! nama pun dah panjang dan sedap. Kalau anda teringin nak makan sandwich yang besar dan terbaik, inilah sandwich nya. Versi ini kaya dengan sayur hijau, vitamin daripada peppers dan fiber daripada pumpernickel.


bahan-bahan

3 auns keju kambing (goats cheese)

8 keping roti pampernikel

4 daun salad hijau daun

12 auns dihiris nipis daging lembu panggang tanpa lemak

4 lada merah ( 2 auns setiap satu) , toskan, dibilas, dipotong dua

4 sudu teh cuka balsamic


penyediaan


1. spreadkan keju kambing pada 4 keping roti.

2. Susun 1 daun salad pada setiap satu daripada 4 keping roti keju -setiap lapisan rofi di letakkan 3 auns daging panggang.

3. Top dengan lada merah, renjiskan cuka balsamic , dan tutup dengan keping kedua roti. Hidangkan.

Hhhmmmm senangkan nak sediakan menu-menu ni, siapa kata makanan diet tak sedap?? Bukan setakat sedap tapi senang dan cepat, tak perlu masak jimat gas. Beside that, you all tak makan makanan bergoreng, berminyak dan boleh kawal garam dan gula you all.

Ok till here selamat mencuba, selamat berdiet untuk sehat dan kurus ^_~.

Sharing is Caring, Caring is Loving

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...