Saturday, April 30, 2016

5 SNEK YANG TINGGI PROTEIN


5 snek yang tinggi protein yang mudah anda bawa setiap hari 


Cottage Cheese

Snek protein yang pertama ni mudah untuk di pek dan dibawa bersama ke mana-mana. Boleh beli di supermarket yang telah siap di pek kan satu portion siap-siap.

Cottage Cheese
Protein: 20gm setiap 142 gm cheese


Cottage Cheese ini memberi 3gm lebih protein daripada Greek Yogurt dan hanya 110 kalori. Ia juga kaya dengan kalsium, tetapi perlu berhati-hati dalam pengambilannya, kerana ia juga tinggi kandungan garam. jadi pilih dengan bijak.



Telur Rebus

Snek protein ke 2 ini lagi senang. Buat dirumah dan pek sekali letak dalam handbag. Tak sempat??? jangan risau, kedai mamak dan mana-mana restaurant kebanyakkannya ada jual. 

Telur rebus
Protein: 6gm sebiji


Orang tua kita selalu pesan, "Jangan makan banyak sangat telur, kolestrol tinggi!!!!”. Tetapi hari ini kebanyakan pakar nutrisi bersetuju bahawa telur adalah cara mudah untuk mendapatkan protein untuk badan anda sama ada untuk sarapan ataupun snek. But in moderation ye. Thats the key!!

Selain protein, telur juga kaya dengan vitamin D dan vitamin B12 dengan 77 kalori sebiji. Dan paling best, senang di bawa dan senang dibeli jika tak sempat nak buat. Tapi nasihat kami, jika makan telur dengan banyak setiap hari, makan putih sahaja, dan asingkan kuningnya.


Peanut Butter

Snek ketiga yang tinggi protein, yang mudah dibawa kemana-mana adalah,

Mentega kacang.
Protein: 8gm setiap pek 32gm

Mesti anda cakap, takkan nak campak satu jar peanut butter dalam handbag? Tak style laa bro!! Tak perlu, di kedai ada jual pek kecil, yang macam kite selalu makan kalau dekat kedai stik, dia bagi butter kecik. Mentega kacang pun ada jual pek kecil. Satu serving 32gm 190 kalori sahaja. Cukup untuk snek.

Keju Singles

Snek ke 4 yang tinggi protein ini adalah snek on the go paling mudah. Ambil dan campak dalam beg untuk protein instant.

Keju Singles
Protein: 6 to 8gm setiap hidangan

Keju yang dipek secara individual mudah dibawa. Disebabkan mereka dipek secara individu, ia tak mudah penyek. Kalau nak lose weight, beli keju rendah lemak. Pek 12, boleh buat snek 12 hari.


Oatmeal

Snek ke 5 yang tinggi protein yang mudah anda bawa setiap hari.

Oatmeal
Protein: dalam 4 gm setiap packet.


Pre- pack oatmeal anda dan apabila tiba waktu untuk makan, tuangkan air panas, dan siap, semangkuk protein dan serat siap dan hanya 150-200 kalori. Beli oats yang biasa kita beli di kedai, pekkan secara individu didalam mangkuk. Letakkan sedikit pisang dan beberapa almond dan sedikit rasin hitam dan gaulkan untuk menambah perisa.

Senangkan??? semua snek ni boleh beli di kedai sebagai alternatif jika tak mampu atau tak sempat nak sediakan sendiri. Siapa kata nak diet dan sehat tu susah, ada variety makanan yang boleh dimakan sebenarnya untuk sehat dan diet, cuma kena banyak membaca dan rajin sediakan sendiri barulah boleh control sendiri apa yang masuk dalam perut kita.. hmmm I wish usaha ni berhasil untuk sehat dan kuruskan badan. 

Selamat Mencuba ^_~

Just a simple sharing


No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...