Thursday, March 24, 2016

6 Makanan Cepat Membakar Lemak

Good Morning... 

Ok hari ni nak share tips makanan kesihatan sikit dengan you all. Actually I in proccess nak jaga kesihatan dan kuruskan badan so since I dok cari info and knowledge tentang kesihatan ni, I share lah sekali dengan you all... bolehlah sama2 usaha kearah hidup sehat.. sharing is caring ^_~

Ok ini adalah 6 jenis makanan yang boleh membakar lemak yang perlu diamalkan untuk membantu you all untuk dalam usaha menguruskan badan dan sehat.

Ada beberapa jenis makanan yang mempunyai efek thermogenic yang tinggi, jadi anda betul-betul membakar lemak sambil mengunyah. Makanan-makanan tertentu menyalakan api pada metabolism anda. Jadi, kalau nak bakar lemak dengan cepat, makan 6 makanan raja membakar lemak berikut.

1.Makanan Serat Tinggi


Badan anda membakar kalori sebanyak dua kali ganda apabila ia sedang menghadam makanan jenis ini (contohnya oatmeal dan nasi perang) berbanding makanan proses.


2.Protin Tinggi


Protin mempunyai efek thermogenic yang sangat tinggi: Anda membakar sebanyak 30% kalori yang dimakan kerana proses penghadaman ( dada ayam yang berkalori 300 membakar 90 kalori untuk dihadam)


3. Susu dan Keju rendah lemak


Kaya dengan kalsium dan vitamin D, ia membantu mengekalkan dan membina kekuatan tulang dan otot amat penting untuk mengawal kadar metabolisma.


4. Teh hijau 


Dengan meminum 4 cawan sehari anda boleh hilang sebanyak 3kg dalam 8 minggu! the American Journal of Clinical Nutrition reports. EGCG yang merupakan salah satu kompaun dalam teh tersebut bantu mempercepatkan kadar metabolisma selepas minum.


5. Kacang Dhal


Satu cawan mempunyai 35% daripada keperluan zat besi harian anda.— tahu tak 20% di antara kita kekurangan zat besi? Bila tak cukup nutrisi, metabolisma anda akan menjadi lembab kerana tak boleh berfungsi dengan baik.


6. Cili Pedas


Capsaicin, salah satu komposisi yang memberi UMPH kepada batang cili, memanaskan badan anda di mana ia membakar kalori.

So till here my sharing, selamat beramal. Moga kita sehat dan berjaya dapat berat badan yang ideal.

Sharing is Caring, Caring is Loving

JOM KURUS ^_~

Tuesday, March 22, 2016

Bukit Tinggi Japanese Village

Hi you all...


#kemanakitani

Ok hari ni nak sambung lagi tentang tempat menarik di Bukit Tinggi yang sempat I explore. Hari kedua I sempat singgah ke satu lagi tempat menarik yang menjadi tarikan di Bukit Tinggi ni iaitu Japanese Village. Ok tempat ni adalah yang pertama ada di luar dari Jepun...hebatkan?? Tempat lain takde tau, so kalau nak ke Jepun mungkin mahal kosnya kan? You all tak perlu stress sebab kat Malaysia dah ada, jimat kos dan boleh feel seperti di Jepun. Tak percaya ke?? ok korang tengoklah sendiri gambar-gambar yang I share ni...

First in the world

Beautiful


Feeding the fish (Ikan Koi)

I rent this KIMONO for RM20

We ready for side-seeing at the Japanese Village

Inside the Japanese house

back pose







Japanese Restaurant





Betul tak macam kat Jepun kan? kalau you all tak percaya apa kata you all try datang sendiri dan rasakan sendiri. Memang seronok sangat berada disini, sebab you all boleh explore Japanese Village ni dengan memakai KIMONO, jadi sopan jap kena pakai kimono. Jalan pun slow-slow jer... sopan gitu. Selain daripada dipenuhi pokok-pokok hijau dan taman beserta air terjun, ianya juga dipenuhi dengan bunga-bungaan. So siapa yang suka bunga datanglah tempat ni macam-macam ada. banyak lagi gambar nak share sebab semua cantik-cantik tapi cukup banyak dah ni, untuk tatapan you all mana tau you all tibe-tibe rasa nak pergi dengan family ke, kawan-kawan mahupun yang tersayang. Pengalaman paling best merasa pakai kimono dan feeling-feeling di Jepun, dan dapat juga feeding the fish dengan makanan ikan di jual hanya RM1 sepeket, murah kan?

Till here... see ya!!!

Sayonara... Arigatogozaimas ^_~



Happy Sharing & Happy Reading


Saturday, March 19, 2016

Bukit Tinggi Colmar Tropicale

Assalamualaikum semua...

Colmar Tropicale Bukit Tinggi


Hi weekends is back, agak lama I tak share tentang tempat-tempat menarik khususnya di Malaysia ni. Anyway sebenarnya banyak tempat yang I dah pergi beberapa bulan ni, tapi disebabkan kesibukan yang terlampau dan tak sempat nak check gambar-gambar gi travel so terperaplah post-post I tentang travel experience I yang awesome. Banyak tempat awesome di Malaysia ni sebenarnya kalau kita nak explore, so untuk post I kali ni I nak share pengalaman I di Bukit Tinggi, Pahang.

Mungkin ramai yang tahu dan pernah pergi tempat ni, atau pernah sampai tapi tak explore habis atau mungkin juga tak pernah sampai. I believe that, sebab I baru kenal beberapa kawan yang tak pernah jejak kaki ke Langkawi pun.. so tak possible ada yang tak pernah sampai tempat ni juga. Betul tak? Macam I juga, this is my first time sampai ke Bukit Tinggi ni walaupun hakikatnya I dah beberapa kali ke Pahang. So untuk pengetahuan you all actually I ke Bukit Tinggi atas urusan kerja dan sempatlah stay selama 3 hari 2 malam di Bukit Tinggi ni. Tapi jangan tanya I duduk hotel mana or berapa harga hotel, sebab I pergi pun atas dasar kerja jadi penginapan disediakan di pusat latihan KPKT. Tempat ni memang sangat selesa dan lengkap, terletak diatas bukit dan pada sebelah malamnya sangat sunyi sepi.

Ok that's not the point, sebab yang I nak share ialah selama 3 hari 2 malam berkursus, kelas kami selesai sekitar jam 4 petang jadi selepas jam 4 petang kami bebas buat aktiviti sendiri. I'am so lucky sebab my friends yang pergi sekali kursus ni bawa kenderaan sendiri dan memang suka berjalan juga. So hari pertama kami di Bukit Tinggi kami dah buat survey tempat menarik dan plan aktiviti lepas kelas kami sendiri. So jangan terkejut if gambar-gambar I pergi berjalan pakai baju kurung sebab lepas kelas terus shoot pergi I malas nak bersiap...muslimah aanggun gitu hahaha. 

So hari pertama, I and my friends decide nak ke Colmar Tropicale, berdasarkan cerita kawan-kawan tempat ni sangat menarik kerana kita akan feel seperti berada di Perancis  gitu, ala -ala kota lama dalam taman yang cantik dengan bunga-bungaan dan ada hotel juga serta beberapa aktiviti lain. Banyak Restoran yang menarik serta suasana cuaca yang sejuk berangin. So jomlah you all tengok gambar-gambar yang I share ni, ye ke tidak macam kota Perancis tempat ni???

nice view

Happynyeeee

Beautiful window





Feeling oversea.. Perancis la konon

Beautiful garden


From the tower




Nice Bridge
 
Never say goodbye

Hmmm ada macam kat Perancis tak? Seriously tempat ni sangat best dan tenang. You all yang nak tau details tentang tempat ni boleh survey di link ini Percutian Bajet, Percutian Menarik di Bukit Tinggi 

You all boleh tahu harga masuk dan tentang tempat ni dengan lebih details. Kalau you all yang masih tercari-cari tempat nak honeymoon pun I suggested tempat ni, sangat sesuai.

Ok till here untuk cerita I di Colmar Tropicale. For the next post I akan share tentang satu lagi tempat menarik yang you all mesti pergi kalau you all bercadang nak ke Bukit Tinggi di Pahang ni. So kalau nak tahu jangan lupa tunggu for the next post. I hint sikitlah kalau post kali ni ala ala di Perancis, for the next place yang I visit kita akan ke negara matahari terbit.


Happy Reading and Happy Sharing ^_~

 

 

Thursday, March 17, 2016

Jom Minum Air Sedap Dan Sihat


5 Cara yang menyegarkan untuk membantu anda minum lebih banyak air 


Air boleh menjadi nutrien yang paling penting dalam kehidupan kita. Setiap sistem dalam badan kita bergantung kepada air dan fungsinya- untuk membuang sisa, untuk mengawal suhu badan, untuk pelincir sendi, dan bermacam-macam lagi.

Bukan sahaja air memainkan peranan penting dalam kesihatan am kita, ia juga merupakan komponen utama untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan. Did You Know That??!

Ramai yang berpendapat banyak lagi air minuman yang lebih menarik di pasaran untuk diminum di Malaysia (Pepsi, Cola, 100 Plus, Air mangga, tembikai, Teh tarik dll). Tetapi, dengan semua daya tarikan seperti fizz, warna, pemanis, datanglah kalori. Ada penyelesaian bagi mereka yang nak minum air yang berperisa.




Menambah Infusion Flavor

Air berperisa yang mempunyai buah dan / atau rasa herba diselitkan ke dalamnya. Kebanyakan air berperisa ada di antara 10 dan 20 kalori setiap hidangan dan minum dengan benar2 sejuk akan membantu anda untuk membakar kalori. (Badan anda menggunakan kalori untuk memanaskan air sejuk itu). Cara untuk membuat:

1.Bahan- bahannya: Bekas air, buah-buahan dan / atau herba dan air. Anda boleh menggunakan mineral atau air yang ditapis.

2. Penuhkan bekas anda dengan air sejuk.

3. Potong buah-buah yang dipilih dan herba ke size kecil- ini berbeza-beza bergantung kepada saiz bekas dan pelbagai buah-buahan yang anda gunakan. Untuk rasa yang sedikit gunakan sedikit sahaja buah, untuk rasa yang lebih mantap gunakan banyak.

4. Letakkan potongan kepingan buah ke dalam bekas. Goncang sedikit, sejukkan selama satu jam sehingga semalaman supaya rasa boleh menyerap kedalam air.

5. Enjoy!

Antara kegemaran ramai adalah:



Tembikai dan Mint

Nanas dan Mangga

Tembikai susu dan tembikai

Papaya, Mango dan Mint

Oren dan nanas

Timun dan Lime

Lemon dan Blueberry

Strawberry dan Mint


Selamat Mencuba ^_~

Sharing is Caring, Caring is Loving

Wednesday, March 16, 2016

Kisah Tok Kadi Episod 7

Hi you all... 

Mesti nak tau apa lagi sambungan Kisah Tok Kadi Shahrul kita kan??? Tertunggu-tunggu episod 7 tak??? 


Taaarraaaaa... 


Nak tengok sedutan dulu pun boleh ^_~


Since hampir sampai ke penghujung mesti nak tahu juga siapa pilihan Tok Kadi Shahrul, diantara Siti, Maira & Mar? You all rasa siapa yang sesuai dengan Tok Kadi Shahrul ni?? 

Apakata you all share siapa jangkaan dan pilihan you all..

Enjoy watching you all

Sharing is Caring, Caring is Loving


Cara Kurus Dengan Efektif


Hi you all...


Post I sebelum ni I share tentang tips diet, hari ni nak share cara kuruskan badan dengan lebih efektif... kalau diet jer tak cukup kena ada amalan-amalan lain juga yang perlu diberi penekanan agar usaha anda tidak sia-sia. So let's see how...



Pilih pemakanan yang 
berkarbohidrat rendah 


Fahami konsep dan maksud ketosis: Karbohidrat merupakan sumber tenaga. Tenaga yang tidak digunakan akan disimpan di dalam bentuk lemak. Dengan memakan karbohidrat rendah, lemak dijadikan sumber tenaga dan digunakan/dibakar untuk keperluan harian.



Makan hanya bila lapar

Makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Makan haruslah pada kadar berpatutan. Makan tidak lebih dari 400 kalori sekali makan.



Makan makanan yang SEBENAR dan bukan yang diproses

Makanan proses yang diawet penuh dengan garam, gula dan bahan tiruan lain. Bahan-bahan ini berkalori tinggi dan merbahaya untuk tubuh badan. Ia juga boleh menurunkan kadar metabolisma badan.

Pastikan diet dan senaman berterusan

Ramai yang berhenti dari berdiet dan bersenam sebab result perlahan. Walaupun perlahan, tetap ada perubahan. Teruskan berdiet dan bersenam untuk mendapat perubahan yang ketara pada jangka masa yang panjang.



Elakkan bahan tiruan

Bahan tiruan seperti pewarna dan perasa seperti sos, amat tidak diperlukan dan merbahaya untuk tubuh badan. Walaupun pada kuantiti yang sedikit, kalori sangat tinggi.


Kurangkan stress dan tidur 
dengan betul

Stress dan kekurangan tidur boleh menyebabkan hormon badan bercelaru. Metabolisma badan juga akan terganggu jika tidak diurus dengan cepat. Hilangkan stress dengan bersenam, bersantai atau membuat aktiviti-aktiviti outdoor yang menenangkan.


Puasa setengah hari

Makan hanya apabila matahari diatas kepala. Maksudnya, di waktu subuh dan sebelum maghrib. Puasa pada waktu malam.


Minum kopi di waktu pagi dan 
teh hijau di waktu petang

Kopi dan teh mengandungi kafein. Kafein merupakan salah satu agent pembakar lemak. Pastikan tidak mengambil terlalu banyak kerana merbahaya untuk kesihatan.



Bersenam dan bersukan 
dengan kerap

Jadikan ia sebagai gaya hidup. Kalau sekali-sekala, tak ke mana. Lagi kerap dan lagi lama, lagi ketara perubahannya.


Till here, untuk yang nak mula berdiet harap ini dapat membantu... let's do it!!


#dontgiveup #keepitup #godiet

Sharing is caring, Caring is Loving


Sumber : www.ezdiet.com

Monday, March 14, 2016

MAKAN SEAFOOD DI SENIBONG

Assalamualaikum you all..

Since cuti sekolah dah bermula lagi, sure ramai yang dah plan nak bercuti dengan family kan?? Ok since dah lama I tak share dengan you all tentang tempat-tempat menarik yang I dah pergi, so today I nak share waktu I berkesempatan ke Johor Baharu atas urusan kerja, I telah dibawa ke suatu tempat makan yang sangat best dan tepi laut lagi you all. I tak berapa familiar juga nama dan jalan nak tempat ni sebab waktu pergi tu malam dan dibawa oleh bas so memang tak boleh nak bagi direction kat you all, maybe you leh tengok di google map. So let's the picture speaks...


Sepanjang tempat tu jual seafood kiri kanan

Macam-macam ada

Menarik 

Seronok sangat..

Restoran ni serba putih

Minta ikan depa bagi sorang seekor

Muke bahagia sedap

Ni jer view yg nampak background laut

Ok best nye tempat ni ditepi laut tapi sorry tak dapat ambil gambar banyak sebab gelap jer nampak sayup-sayup lampu kapal.. ada yang bagi tau seberang laut tu Singapura tapi I tak sure betul ke tak, but seriously tempat ni romantik dan I suggest you all cuba.

Kedai makan yang kami pergi ni serba putih dihiasi lampu mentol yang terang benderang memang sangat cantik dan romantik. Makanan dihidangkan secara stall dan buffet. You all cuma perlu pilih nak makan apa, minta dan mereka akan masak pada waktu tu juga.

Macam-macam makanan ada sampai you all akan rasa tak tau nak mula yang mana dulu. Sedap dan sangat puas hati, kalau nak pergi better kosongkan perut.. Antara makanan yang ada selain dari pelbagai jenis seafood termasuk siput besar2, ada juga makanan seperti kuew teow, nasi lemak, western seperti fish and chip dan sebagainya yang korang cuma perlu minta dan depa masak depan you all. Senang kata memang awesome.

Dari segi price pulak, since die ala ala buffet satu kepala dalam 30+++ jer. Seriuosly for me rasanya sangat berbaloi dan puas hati. Memang balik senyum sampai telinga..hahaha.

So pada you all yang nak ke Johor Baharu cuba survey tempat ni.. Senibong, kedai makan paling hujung dan berwarna putih.. I actually ada ambil pampletnya tapi sampai KL dah missplace tak tau mana. Till here my sharing, sorry tak dapat share gambar makanan banyak-banyak sebab sedap sangat makan..hahaha so better you all try sendiri kalau ke Johor Baharu ok.

Sharing is Caring, Caring is Loving




JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...