Thursday, March 17, 2016

Jom Minum Air Sedap Dan Sihat


5 Cara yang menyegarkan untuk membantu anda minum lebih banyak air 


Air boleh menjadi nutrien yang paling penting dalam kehidupan kita. Setiap sistem dalam badan kita bergantung kepada air dan fungsinya- untuk membuang sisa, untuk mengawal suhu badan, untuk pelincir sendi, dan bermacam-macam lagi.

Bukan sahaja air memainkan peranan penting dalam kesihatan am kita, ia juga merupakan komponen utama untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan. Did You Know That??!

Ramai yang berpendapat banyak lagi air minuman yang lebih menarik di pasaran untuk diminum di Malaysia (Pepsi, Cola, 100 Plus, Air mangga, tembikai, Teh tarik dll). Tetapi, dengan semua daya tarikan seperti fizz, warna, pemanis, datanglah kalori. Ada penyelesaian bagi mereka yang nak minum air yang berperisa.




Menambah Infusion Flavor

Air berperisa yang mempunyai buah dan / atau rasa herba diselitkan ke dalamnya. Kebanyakan air berperisa ada di antara 10 dan 20 kalori setiap hidangan dan minum dengan benar2 sejuk akan membantu anda untuk membakar kalori. (Badan anda menggunakan kalori untuk memanaskan air sejuk itu). Cara untuk membuat:

1.Bahan- bahannya: Bekas air, buah-buahan dan / atau herba dan air. Anda boleh menggunakan mineral atau air yang ditapis.

2. Penuhkan bekas anda dengan air sejuk.

3. Potong buah-buah yang dipilih dan herba ke size kecil- ini berbeza-beza bergantung kepada saiz bekas dan pelbagai buah-buahan yang anda gunakan. Untuk rasa yang sedikit gunakan sedikit sahaja buah, untuk rasa yang lebih mantap gunakan banyak.

4. Letakkan potongan kepingan buah ke dalam bekas. Goncang sedikit, sejukkan selama satu jam sehingga semalaman supaya rasa boleh menyerap kedalam air.

5. Enjoy!

Antara kegemaran ramai adalah:



Tembikai dan Mint

Nanas dan Mangga

Tembikai susu dan tembikai

Papaya, Mango dan Mint

Oren dan nanas

Timun dan Lime

Lemon dan Blueberry

Strawberry dan Mint


Selamat Mencuba ^_~

Sharing is Caring, Caring is Loving

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...