Good Morning...
Ok hari ni nak share tips makanan kesihatan sikit dengan you all. Actually I in proccess nak jaga kesihatan dan kuruskan badan so since I dok cari info and knowledge tentang kesihatan ni, I share lah sekali dengan you all... bolehlah sama2 usaha kearah hidup sehat.. sharing is caring ^_~
Ok ini adalah 6 jenis makanan yang boleh membakar lemak yang perlu diamalkan untuk membantu you all untuk dalam usaha menguruskan badan dan sehat.
Ada beberapa jenis makanan yang mempunyai efek thermogenic yang tinggi, jadi anda betul-betul membakar lemak sambil mengunyah. Makanan-makanan tertentu menyalakan api pada metabolism anda. Jadi, kalau nak bakar lemak dengan cepat, makan 6 makanan raja membakar lemak berikut.
1.Makanan Serat Tinggi
Badan anda membakar kalori sebanyak dua kali ganda apabila ia sedang menghadam makanan jenis ini (contohnya oatmeal dan nasi perang) berbanding makanan proses.
2.Protin Tinggi
Protin mempunyai efek thermogenic yang sangat tinggi: Anda membakar sebanyak 30% kalori yang dimakan kerana proses penghadaman ( dada ayam yang berkalori 300 membakar 90 kalori untuk dihadam)
3. Susu dan Keju rendah lemak
Kaya dengan kalsium dan vitamin D, ia membantu mengekalkan dan membina kekuatan tulang dan otot amat penting untuk mengawal kadar metabolisma.
4. Teh hijau
Dengan meminum 4 cawan sehari anda boleh hilang sebanyak 3kg dalam 8 minggu! the American Journal of Clinical Nutrition reports. EGCG yang merupakan salah satu kompaun dalam teh tersebut bantu mempercepatkan kadar metabolisma selepas minum.
5. Kacang Dhal
Satu cawan mempunyai 35% daripada keperluan zat besi harian anda.— tahu tak 20% di antara kita kekurangan zat besi? Bila tak cukup nutrisi, metabolisma anda akan menjadi lembab kerana tak boleh berfungsi dengan baik.
6. Cili Pedas
Capsaicin, salah satu komposisi yang memberi UMPH kepada batang cili, memanaskan badan anda di mana ia membakar kalori.
So till here my sharing, selamat beramal. Moga kita sehat dan berjaya dapat berat badan yang ideal.
Sharing is Caring, Caring is Loving
JOM KURUS ^_~
No comments:
Post a Comment