Wednesday, March 16, 2016

Cara Kurus Dengan Efektif


Hi you all...


Post I sebelum ni I share tentang tips diet, hari ni nak share cara kuruskan badan dengan lebih efektif... kalau diet jer tak cukup kena ada amalan-amalan lain juga yang perlu diberi penekanan agar usaha anda tidak sia-sia. So let's see how...



Pilih pemakanan yang 
berkarbohidrat rendah 


Fahami konsep dan maksud ketosis: Karbohidrat merupakan sumber tenaga. Tenaga yang tidak digunakan akan disimpan di dalam bentuk lemak. Dengan memakan karbohidrat rendah, lemak dijadikan sumber tenaga dan digunakan/dibakar untuk keperluan harian.



Makan hanya bila lapar

Makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Makan haruslah pada kadar berpatutan. Makan tidak lebih dari 400 kalori sekali makan.



Makan makanan yang SEBENAR dan bukan yang diproses

Makanan proses yang diawet penuh dengan garam, gula dan bahan tiruan lain. Bahan-bahan ini berkalori tinggi dan merbahaya untuk tubuh badan. Ia juga boleh menurunkan kadar metabolisma badan.

Pastikan diet dan senaman berterusan

Ramai yang berhenti dari berdiet dan bersenam sebab result perlahan. Walaupun perlahan, tetap ada perubahan. Teruskan berdiet dan bersenam untuk mendapat perubahan yang ketara pada jangka masa yang panjang.



Elakkan bahan tiruan

Bahan tiruan seperti pewarna dan perasa seperti sos, amat tidak diperlukan dan merbahaya untuk tubuh badan. Walaupun pada kuantiti yang sedikit, kalori sangat tinggi.


Kurangkan stress dan tidur 
dengan betul

Stress dan kekurangan tidur boleh menyebabkan hormon badan bercelaru. Metabolisma badan juga akan terganggu jika tidak diurus dengan cepat. Hilangkan stress dengan bersenam, bersantai atau membuat aktiviti-aktiviti outdoor yang menenangkan.


Puasa setengah hari

Makan hanya apabila matahari diatas kepala. Maksudnya, di waktu subuh dan sebelum maghrib. Puasa pada waktu malam.


Minum kopi di waktu pagi dan 
teh hijau di waktu petang

Kopi dan teh mengandungi kafein. Kafein merupakan salah satu agent pembakar lemak. Pastikan tidak mengambil terlalu banyak kerana merbahaya untuk kesihatan.



Bersenam dan bersukan 
dengan kerap

Jadikan ia sebagai gaya hidup. Kalau sekali-sekala, tak ke mana. Lagi kerap dan lagi lama, lagi ketara perubahannya.


Till here, untuk yang nak mula berdiet harap ini dapat membantu... let's do it!!


#dontgiveup #keepitup #godiet

Sharing is caring, Caring is Loving


Sumber : www.ezdiet.com

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...