Monday, March 14, 2016

MAKAN SEAFOOD DI SENIBONG

Assalamualaikum you all..

Since cuti sekolah dah bermula lagi, sure ramai yang dah plan nak bercuti dengan family kan?? Ok since dah lama I tak share dengan you all tentang tempat-tempat menarik yang I dah pergi, so today I nak share waktu I berkesempatan ke Johor Baharu atas urusan kerja, I telah dibawa ke suatu tempat makan yang sangat best dan tepi laut lagi you all. I tak berapa familiar juga nama dan jalan nak tempat ni sebab waktu pergi tu malam dan dibawa oleh bas so memang tak boleh nak bagi direction kat you all, maybe you leh tengok di google map. So let's the picture speaks...


Sepanjang tempat tu jual seafood kiri kanan

Macam-macam ada

Menarik 

Seronok sangat..

Restoran ni serba putih

Minta ikan depa bagi sorang seekor

Muke bahagia sedap

Ni jer view yg nampak background laut

Ok best nye tempat ni ditepi laut tapi sorry tak dapat ambil gambar banyak sebab gelap jer nampak sayup-sayup lampu kapal.. ada yang bagi tau seberang laut tu Singapura tapi I tak sure betul ke tak, but seriously tempat ni romantik dan I suggest you all cuba.

Kedai makan yang kami pergi ni serba putih dihiasi lampu mentol yang terang benderang memang sangat cantik dan romantik. Makanan dihidangkan secara stall dan buffet. You all cuma perlu pilih nak makan apa, minta dan mereka akan masak pada waktu tu juga.

Macam-macam makanan ada sampai you all akan rasa tak tau nak mula yang mana dulu. Sedap dan sangat puas hati, kalau nak pergi better kosongkan perut.. Antara makanan yang ada selain dari pelbagai jenis seafood termasuk siput besar2, ada juga makanan seperti kuew teow, nasi lemak, western seperti fish and chip dan sebagainya yang korang cuma perlu minta dan depa masak depan you all. Senang kata memang awesome.

Dari segi price pulak, since die ala ala buffet satu kepala dalam 30+++ jer. Seriuosly for me rasanya sangat berbaloi dan puas hati. Memang balik senyum sampai telinga..hahaha.

So pada you all yang nak ke Johor Baharu cuba survey tempat ni.. Senibong, kedai makan paling hujung dan berwarna putih.. I actually ada ambil pampletnya tapi sampai KL dah missplace tak tau mana. Till here my sharing, sorry tak dapat share gambar makanan banyak-banyak sebab sedap sangat makan..hahaha so better you all try sendiri kalau ke Johor Baharu ok.

Sharing is Caring, Caring is Loving




No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...