Assalamualaikum
Salam Ramadan
Hari ni I nak share info penting, since sekarang ni bulan Ramadhan so adalah sangat penting untuk kita sebagai umat Islam mengingati rukun Islam yang ke-4 ini, iaitu membayar zakat. Tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk membayarnya. So perlulah membayar sebelum solat hari raya aidilfitri pada pagi 1 Syawal.
Beberapa hari lepas I ada dapat email dari pusat zakat mengingatkan tentang tanggunjawab membayar zakat ni. So ini antara info yang I dapat dan nak I sharekan with you all. Antara isi email tersebut seperti berikut;
Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1436H. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ibadah puasa agar mendapat pahala yang berlipatkali ganda dari Allah S.W.T. Selain berpuasa, jangan dilupa ibadah berzakat.
Untuk makluman, sepanjang bulan Ramadan 1436H ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum di
- Taman Shamelin Perkasa Cheras,
- Masjid Negara,
- Wangsa Maju Seksyen 5,
- Putrajaya Presint 9 ,
- Putrajaya Presint 15 Diplomatik,
- Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail,
- Bangunan Daruzzakah Kg Baru,
- Masjid Al-Iman Al Ghazali Kepong,
- Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong,
- Labuan Times Square.
Kaunter-kaunter ini akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang manakala kaunter PPZ-MAIWP diUTCKL Pudu Sentral pula akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 5.30 petang.
Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat emas. Zakat Fitrah bagi Wilayah Persekutuan pula adalah sebanyak RM 7.00 (rujuk pada negeri masing-masing)
Untuk maklumat lebih lanjut, segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui Talian Zakat 1-300-88-5757 atau layari : www.zakat.com.my. (klik sini)
Anda juga boleh check sama ada anda sudah layak berzakat atau tidak, merujuk kepada jumlah pendapatan yang anda perolehi dan juga tanggungan anda
https://www.zakat2u.com.my/
Setakat ini dahulu perkongsian ilmu kita hari ni. Selamat berzakat dan semoga wang zakat kita itu dapat membantu mereka yang memerlukan dan sekaligus menyucikan sumber rezeki yang kita terima.
Hingga bertemu lagi.
Wassalam
Email saya terima dari :
Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
’Memudahkan Anda Berzakat’
No comments:
Post a Comment