Saturday, June 13, 2015

INFO PERUNDANGAN 4 : Tuntutan Kecil

Hi Assalamualaikum...

Ok hari ini I nak sambung lagi perkongsian I tentang Tuntutan Kecil. Minggu lepas dah berkenalan dengan Tuntutan Kecil dan prosedur-prosedurnya kan, so minggu ni nak sambung lagi tentang apa yang berlaku selepas Penghakiman diperolehi.

Selepas penghakiman diperolehi, Plaintif akan dikenali sebagai Pemiutang Penghakiman (pemberi hutang) dan Defendan pula akan dikenali sebagai Penghutang Penghakiman. Apa berlaku jika hutang belum dijelaskan walaupun penghakiman telah direkodkan dan diserahkan kepada Penghutang Penghakiman? Dalam erti kata lain, walaupun telah diarahkan oleh mahkamah supaya si Penghutang Penghakiman membayar hutangnya kepada Pemiutang Penghakiman tetapi si Penghutang Penghakiman enggan berbuat demikian maka si Pemiutang Penghakiman bolehlah mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi mendapatkan haknya, iaitu;

- Memasukan borang "NOTIS KEPADA PENGHUTANG PENGHAKIMAN UNTUK TUNJUK SEBAB".

- Borang boleh didapati di Kaunter Pendaftaran Sivil Secara Percuma. Walaubagaimanapun, bayaran pemfailan RM20.00 untuk notis dan RM8.00 untuk Afidavit akan dikenakan.

- Failkan di Mahkamah Majistret untuk mendapatkan tarikh.

- Serahkan 1 salinan Notis yang telah diproses oleh Mahkamah kepada Penghutang Penghakiman dan pada tarikh yang ditetapkan, Penghutang Penghakiman perlu hadir ke Mahkamah untuk pemeriksaan keupayaan untuk membayar hutang di hadapan Majistret.


Sekiranya Penghutang Penghakiman...

HADIR;

 - Bawa dokumen sokongan seperti buku akaun, slip gaji, bil utiliti, resit bayaran rumah, resit bayaran kereta atau lain-lain bil yang berkaitan dengan tuntutan yang dibuat.

- Pemeriksaan ke atas orang yang berhutang akan dimulakan di hadapan Majistret untuk menentukan keupayaan membayar hutang.

- Setelah Mahkamah berpuashati selepas pemeriksaan, Perintah akan dimasukan supaya Penghutang Penghakiman membuat pembayaran sama ada secara ansuran hingga penyelesaian penuh; atau secara sekaligus.


TIDAK HADIR

- Waran Tangkap akan dikeluarkan. Pemiutang Penghakiman boleh mengambil tindakan selanjutnya dengan memfailkan Writ Penyitaan dan Penjualan terhadap Penghutang Penghakiman, Bagi tujuan penyelesaian hutang.


Ok setakat ini dahulu untuk hari ini, kita akan sambung lagi kepada prosedur seterusnya di minggu hadapan. InshaAllah. Penghakiman dah dapat, Perintah pun dah dikeluarkan, tapi masih si Penghutang Penghakiman ni tak mahu langsaikan hutang. Waran tangkap pun dah dikelurkan bagi si Penghutang Penghakiman yang tak datang. Tetap degil, jadi proses selanjutnya ialah dengan memfailkan Writ Penyitaan dan Penjualan terhadap Penghutang Penghakiman bagi tujuan penyelesaian hutang. 

Nak tau tak apa pula yang Writ Penyitaan dan Penjualan terhadap Penghutang Penghakiman ni boleh membantu si Pemiutang Penghakiman? Apa prosedurnya? Nak buat macam mana ni? So tunggu sambungan next post ok.

Selamat menghadam ilmu, biar sikit-sikit asalkan lekat dalam ingatan. Harap perkongsian ini dapat membantu anda. Salam Jumaat.


Happy Reading & Happy Sharing 

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...