Assalamualaikum Dunia
Bangunlah Semua
Lihatlah Pada Diri Kita
Semuanya Serupa
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dua minggu lepas I dan my sis dapat bersama-sama menyertai satu program iaitu #broga4palestinesyria. Program yang dianjurkan oleh pihak #GemaBackpackersSelangor adalah atas kerjasama dan mendapatkan sokongan bersama dengan #onemomentforthem dan beberapa pihak NGO yang lain yakni yang sama-sama memperjuangkan nasib umat Islam khususnya di Palestine dan Syria. Kenapa Bukit Broga?? As what I understand, mungkin Bukit Broga dipilih untuk kami sukarelawan yang terlibat ini sama-sama merasakan kepayahan dan kesukaran yang di alami oleh mereka-mereka di Palestine dan Syria. Mungkin situasi tidaklah sama namun, bisakah kita melalui ujian kecil mendaki Bukit Broga ini. Hanya ujian kecil berbanding mereka. Objektif kami adalah untuk membuktikan kami peduli dan membangkitkan kesedaran tentang kezaliman yang berlaku di Palestine dan Syria.
Misi kami apabila berjaya sampai di atas Bukit Broga adalah untuk mengibarkan bendera Palestine dan Syria di Bukit Broga sebagai simbolik kami mengecam kezaliman tentera zionis, kami juga menyediakan air dan makanan untuk semua pendaki-pendaki di Bukit Broga, kami juga mendirikan solat Subuh di atas bukit secara berjemaah, kami juga mendengar tazkirah dan perkongsian cerita tentang penderitaan mereka yang dizalimi di Palestine dan Syria. Kami juga melancarkan tabung derma untuk membantu Palestine dan Syria. Selain itu juga kami ingin melihat matahari terbit dari atas bukit Bukit Broga. Alhamdulillah misi dan objektif kami tercapai pada hari tersebut.
Aktiviti yang bermula sekitar jam 3 pagi ni membawa satu kenangan istimewa dan manis buat I and my sis, satu kelainan kerana pengalaman pertama I ke Bukit Broga sebelum ni hanya untuk suka-suka tapi kali ni dengan misi yang perlu dijayakan sebagai sukarelawan. Let's the picture speak....
Me |
Wishing Stone for Palestine & Syria |
Part of Us |
One Moment For Them |
Allahuakbar!!! |
Heliza Helmi berkongsi pengalaman |
Perkongsian yang menyebakkan hati |
Usaha kecil kami ini bermula sekitar jam 3 pagi, kami berkumpul di kaki Bukit Broga. Dengan segala kelengkapan kami mula mendaki Bukit Broga sekitar jam 4.30 pagi dan sampai di base two sekitar jam 6 pagi. Kemudian kami menunaikan solat Subuh secara berjemaah (pendaki lain juga dijemput) dan diikuti dengan mendengar tazkirah yang penuh semangat dari ketua program kami. Kemudian kami mula menyediakan minuman dan masing-masing yang telah diberikan tugas memulakan kerja-kerja membuka booth-booth kecil untuk mengambil minuman dan makanan diedarkan, wishing stone, menjual cenderahati seperti mafla, budge button dan lanyard. Selain dari itu juga, ada instaphoto yang disediakan untuk pendaki-pendaki lain. Sementara menunggu matahari terbit kami berkumpul mendengar perkongsian cerita dari Saudari Heliza Helmi tentang pengalaman luar biasanya sewaktu berkesempatan pergi ke Palestine dan Syria, yang I kira satu perkongsian yang cukup terkesan dan membuatkan I rasa sebak dan menitiskan airmata. Sementara Heliza bercerita I tak perasan matahari dah pun terbit, Subhanallah cantik sekali.
Alhamdulillah I teruskan pendakian ke puncak Broga sendirian |
Terima Kasih Allah atas nikmat yang satu ini. |
Tatkala matahari mula menampakan keindahannya, I mula menjalankan tugas-tugas mengedarkan minuman kepada pendaki-pendaki lain.. Alhamdulillah satu perasaan yang bahagia bila dapat hilangkan dahaga dan letih orang lain. Alangkah indah kalau dapat bagi makan dan minum pada mereka yang di Palestine dan Syria. Alhamdulillah atas peluang ini.
Sedang orang lain sibuk dengan tugas masig-masing dan flashmob dimulakan I nekad untuk teruskan pendakian ke puncak Broga sebagai penamat I yang berniat untuk naik dan bawa bendera Palestine dan Syria. Syukur untuk yang kesekian kali. Satu perasaan yang sukar nak dikatakan dan I rasa puas walaupun penat. Satu program yang tidaklah sia-sia sama sekali.
Sampai sini dulu perkongsian I kali ni, hope semua dapat rasa apa yang I rasa, enjoy reading it.
Sharing is Caring, Caring is Loving
Loving is between Me & You
Assalamualaikum Dunia
#prayforhumanity #prayforpalestine #prayforsyria #prayforpeoplearoundtheworld
No comments:
Post a Comment