Salam semua...
Hari ni I nak share satu lagi cafe di area KL. Cafe ni baru mula beroperasi beberapa bulan dan terletak di aras 2 Bangunan Maju Junction. Kalau dari tepi Jalan Medan Tunku tu pun dah boleh nampak Senja ni. Decoration kedai ni ala-ala Vintage & English moden, agak eksklusif hiasan dalamannya. Anda yang berada dalam cafe ni mesti akan rasa tenang dan selesa. Dalamannya berwarna hijau, hiasan dalaman yang menarik dan bila anda berada dalam cafe ini anda akan disajikan dengan halwa telinga yang sangat nostalgic. Lagu-lagu lama yang mengingatkan kita sekitar tahun 80'an dan 90'an...memang layan lah tempat ni. Nak lagi attracted, owner ni letakkan sebuah kereta mewah berwarna merah diluar Senja Cafe ni, so bolehlah you all nak posing-posing model gitu.
Cafe ni mula beroperasi sekitar jam 7 pagi dengan menyediakan set breakfast yang berpatutan dari segi harga, sebelah tengahari makan pelbagai western dan eastern dan begitu juga sebelah malam. Set minum petang juga ada disediakan disini. So let's the picture speak first...
Breakfast Set (RM6.90 to RM9.90) |
Set Tea Break (RM6.90 to RM10.90) |
Usually I come for breakfast. |
Breakfast Set |
Must Try Senja Cafe |
Kebiasaannya I memang akan breakfast disini, belum berkesempatan lunch, minum petang atau dinner disini but berdasarkan pendapat kawan-kawan I yang pernah makan selain dari breakfast mereka berpendapat kedai ni boleh diterima, sesetengah menu yang mereka sajikan memang sedap dan patut try. I sendiri so far ok dengan set breakfast because worth it with price.
Till here my sharing THE END ^_~
Sharing is Caring, Caring is Loving
See you at the next cafe or Restaurant.
#qalbufoodhunter
No comments:
Post a Comment