Hi you all...
Happy Weekends again
Bagaimana
hendak turunkan berat badan? Nak makan apa untuk turunkan berat badan?
Macam mana nak rancang pemakanan? (meal planning). Banyak faktor perlu di ambil kira. Antaranya faktor umur, jantina, lifestyle, exercise dan macam-macam lagi.
Walaubagaimanapun, disini I nak share sikit tips dan trick untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan result dengan cepat.
Trick 1 : Makan setengah portion carbs
(Carbs paling famous di Malaysia. “NASI”)
Bukan semua orang boleh bertahan jika tak makan nasi, macam I sendiri memang susah nak stop makan nasi. Kalau tak makan nasi sure mengigil... serius. So bagi yang menghadapi masalah sama macam I apa yang I nak
cadangkan adalah, makan setengah sahaja nasi, roti ataupun pasta
berbanding portion penuh seperti selalu, disamping itu lebihkan sayur. Tetap
kenyang!!! (pilih multigrain yang akan membuatkan anda kenyang lebih
lama). Berdasarkan pembacaan I juga, banyak pakar-pakar kesihatan share info untuk tidak stop terus makan nasi, sebaliknya hanya kurangkan portion. Even Mr. Kevin Zahri pun mencadangkan agar mengambil segenggam nasi sehari. Jadi, apabila makan nanti, ambil nasi separuh atau segenggam nasi (digalakkan beras perang atau brown rice). Mungkin boleh juga jadikan contoh gambar meal dibawah sebagai portion makanan yang perlu diambil.
Selamat Beramal |
------------------------------------------------------------------------
Trick 2 : Makan Salad setiap hari untuk Lunch
Dicadangkan satu mangkuk besar
Salad yang diperkaya dengan fiber, dihias dengan protein seperti ayam,
salmon ataupun tofu bakar diambil pada waktu lunch setiap hari. Dengan menggabungkan dua jenis makanan ini,
Sayur dan protein akan membuatkan perut kenyang.
------------------------------------------------------------------------
Trick 3. Makan setiap 3 hingga 4 jam
Dalam proses mengawal kalori, adalah penting untuk makan banyak kali satu
hari supaya tidak terlalu lapar. Disamping meningkatkan metabolism
badan, ianya melatih agar makan dalam portion yang sedikit. Makan dan
snek setiap beberapa jam akan membuatkan you all tidak lapar sepanjang
hari. Tapi pastikan lagi banyak kali you all makan, pastikan kalori snek you all lebih rendah setiap kali makan. Dicadangkan agar Apple dan
beberapa Almond ataupun Carrot dan Celery stick dengan beberapa sudu
mentega kacang dijadikan snek harian.
So ini tiga trick utama I nak share dengan you all kalau nak cuba kurus dengan cepat. Selamat mencuba dan mengamalkan bersama-sama. Mulakan sehingga berjaya, jangan putus asa. Jika you all berasa susah untuk menyediakan sendiri meal diet harian yang sehat dan berkhasiat, nak senang order sahaja di www.ezdiet.com.my
Just a simple sharing from my reading and knowledge from my survey, hope you all boleh amalkan bersama I.
"Kita amalkan sama-sama kita sehat dan kurus sama-sama"
No comments:
Post a Comment