Hi,
Hari ni I nak share dengan you all info kesihatan hasil dari pembacaan, dan perkongsian maklumat yang I dapat tentang bahaya makanan berlemak. Jom teruskan baca...
Kalau di negara luar seperti Africa dan beberapa negara lain, ramai yang mati disebabkan kelaparan atau kebuluran. Namun pada hari ini ramai yang mati kerana terlebih makan. Di Malaysia sendiri, banyak kes-kes kematian yang berlaku oleh kerana terlebih makan yang juga membawa kepada masalah obesiti yang berpunca dari budaya pemakanan yang tidak sehat. Antara salah satu punca utama yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah daripada LEMAK yang diambil dalam makanan kita sehari-harian. Ada apa dengan LEMAK???
Lemak
adalah satu komponen yang berkalori tinggi tetapi tidak mengenyangkan.
Ia membuat badan menghantar signal kepada otak untuk memakan dengan
lebih banyak. Bukan sahaja mempunyai kalori tinggi, malah jika dimakan dengan banyak akibatnya
badan akan bertambah besar dan berat kerana pengambilan makanan berlemak secara berlebihan. Inilah juga yang menbawa kepada masalah "Obesiti hedonik", obesiti ini berlaku terutamanya apabila makanan tinggi lemak mengganggu
laluan isyarat tertentu di dalam otak yang boleh membawa kepada makan
berlebihan. "hedonik" bermaksud keseronokan bersalah ataupun "Guilty Pleasures".
Pada
skala global, obesiti telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 1980,
dengan sejumlah lebih daripada dua bilion individu berlebihan berat
badan di seluruh dunia pada tahun 2015, 600 juta daripada mereka adalah
obes. Malaysia memegang takhta Negara Paling Obes di Asia Tenggara.
Oleh yang demikian, kawallah pengambilan makanan anda dengan makanan yang tinggi protein serta rendah kalori. "Meal Planning" dapat membantu anda mengawal nafsu makan makanan berlemak dan
membantu anda mengurangkan berat badan di samping hidup lebih sihat.
Jaga pemakanan dan bersenamlah selalu!
Makan untuk Hidup jangan Hidup untuk Makan
Sharing is Caring ^_~
sumber : ezdiet
No comments:
Post a Comment