Sunday, April 10, 2016

Tips Pemakanan Sehat Untuk Jantung

Assalamualaikum.

Hai you all, happy weekend...

Cuti-cuti ni sajalah I nak share lagi dengan you all info kesihatan. Since I sangat busy kesana sini outstation and biasalah kalau outstation makan free maka memang tak lepaskan peluang untuk makan banyak...hahaha freelah katakan. 

So bila dah makan banyak maka kenalah ingatkan diri untuk diet and jaga kesihatan..betul tak?? Dah buat baru rasa menyesal, makan tak ingat.. but seriously I memang dah put on weight... arrrggghh tak nak gemuk.

As I said in my post yang sebelum ni, bukan setakat diet untuk kurus jer tapi yang paling penting ialah sehat ^_~. 

So hari ni I nak share tentang 5 jenis herba yang membantu kesihatan jantung you all. Since sekarang ni ramai orang yang kena heart attack walau diusia muda, which is antara penyebab kepada penyakit jantung ni adalah kerana makanan dan amalan cara hidup tidak sehat, maka jom kita cuba amalkan tips-tips dan 5 jenis herba ni.

Antara tips amalan yang you all boleh lakukan ialah dengan mengurangkan garam, tingkatkan fiber, makan lebih banyak buah dan sayur, dan bersenam, ini merupakan perkara yang terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung anda. Tapi, adakah anda tahu ada beberapa secret ingredients untuk jantung yang sihat dengan makanan? Ye betul dengan makanan. Ada beberapa herba yang boleh membuatkan makanan anda sedap sesedapnya tapi juga dapat membantu kesihatan jantung anda. Let's read...



No 1: Cinnamon

Kayu manis ataupun cinnamon diperkatakan dapat mengawal kadar gula dalam darah. Ia juga membantu penghadaman dan merendahkan cholestrol. Kaya dengan fiber dan kalsium, cinnamon bagus untuk jantung anda. Cinnamon membantu jantung dengan menghantar garam keluar badan. Badan pula akan menghasilkan lebih garam untuk memproses cholestrol. Jadi anda akan mengurangkan cholestrol dalam badan dan mengurangkan risiko saluran jantung tersumbat.



No 2: Kunyit

Kunyit adalah salah satu herba yang paling powerful untuk jantung anda disebabkan kunyit kaya dengan curcumin. Curcumin mempunyai anti- keradangan dan boleh merendahkan kadar cholestrol. Bukan sahaja dapat merendahkan cholestrol, tetapi ia juga dapat dapat membantu oxidation cholestrol. oxidized cholestrol adalah penyebab jantung tersumbat kerana ia merosakkan saluran darah dan bina plaque yang akan menyebabkan penyakit jantung dan stok.



No 3: Halia

Halia adalah sama keluarga dengan kunyit, jadi ia mempunyai persamaan. Halia lebih dikenali dengan kelebihannya untuk membantu penghadaman. Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan dan menemui bahawa halia dapat merendahkan kadar cholestrol dan juga tekanan darah.



No 4: Serbuk cili/Cayenne

Cili adalah bagus untuk jantung anda. Ia dapat membantu untuk meningkatkan blood flow dalam badan anda. Cayenne yang kaya dengan capsaicin, digunakan untuk jantung bagi mengawal peredaran darah, darah beku, cholestrol tinggi dan menghalang penyakit jantung. Capsaicin juga membersihkan arteri dan membantu badan membuang cholestrol LDL dan triglycerides.



No 5: Parsley, Sage, 
Rosemary and Thyme

Ok ini bukan herba yang normal kita gunakan untuk masakan melayu. Tapi herba ini mengandungi anti oxidant yang sangat powerfull yang akan menguatkan saluran darah serta dinding cell. I juga membantu merendahkan tekanan darah. Selain daripada itu, bau nya yang harum boleh meningkat kan kebolehan otak dan mood anda.

Oklah that's all untuk post kali ni, selamat beramal untuk kehidupan yang sehat dan sejahtera... see ya for the next post. Sharing is Caring ^_~









No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...