Hi you all,
Beberapa minggu ni I sangat busy dengan kerja, kerja dan kerja, sambil -sambil mencuri masa dengan aktiviti peribadi di hujung minggu. Tersangat letih dan tak berapa banyak masa nak berkongsi banyak hal dengan you all. If you all perasan I banyak share tentang kesihatan dan gaya hidup sehat. Bukan apa bila terlalu sibuk ni I selalu nak ingatkan diri untuk selalu jaga kesihatan juga. So sambil ingatkan diri sendiri share dengan you all sekali, then bolehlah kita sama-sama sehat, bukankah sharing is caring dan caring is loving??
Ok hari ni nak share lagi tentang tips bagaimana untuk mengekalkan gaya hidup sihat tanpa perlu ke gym?
Alasan biasa yang diutarakan oleh sesetengah individu apabila ingin mengamalkan gaya hidup sihat adalah mereka mahu mengubah tahap kesihatan atau fitness level tetapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membayar keahlian gym. Tahukah anda sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan bentuk badan atau berat yang ideal tanpa perlu ke gym.
Bagaimana??? Jom baca...
Tip No 1: Aplikasi telefon bimbit
Terdapat banyak aplikasi senaman atau fitness yang boleh dimuat turun di telefon bimbit atau tablet you all. Aplikasi ini biasanya sudah dilengkapi dengan senarai aktiviti harian yang anda perlu laksanakan di samping juga video yang menunjukkan contoh dan cara sesuatu senaman itu dilakukan. Antara aplikasi yang boleh dicuba adalah seperti Squat Challenge serta Emily Skye Fitness.
Tip no 2: Video senaman
percuma online
Dengan adanya kemudahan internet pada hari ini, pelbagai ilmu yang dapat diperoleh secara percuma di mana sahaja anda berada. Sama seperti aplikasi senaman di telefon bimbit, terdapat juga video senaman percuma yang boleh ditonton atau dimuat turun ke gajet anda. Antara laman web yang memberikan kemudahan sebegini adalah seperti Body Rock TV dan Tone It Up. Pilihlah corak senaman yang bersesuaian dengan matlamat anda.
Tip no 3: Kegiatan luar / Beriadah
Aktiviti beriadah di luar juga adalah salah satu contoh gaya hidup sihat tanpa melibatkan gym. Terdapat pelbagai senaman yang dapat dilakukan ketika beriadah dan amat mudah serta seronok untuk dilaksanakan samada secara sendirian atau bersama kumpulan. Berdasarkan pengalaman I yes ini antara aktiviti paling best selain dapat kekalkan gaya hidup sehat untuk kesihatan, kita juga dapat bersosial bertemu teman-teman baru. Kita juga akan lebih dekat dengan nature dan menghirup udara segar. Macammana nak tahu atau join aktiviti-aktiviti macam ni you all boleh join aktiviti di facebook which banyak group-group yang menganjurkan aktiviti sebegini. (I prefer aktiviti macam ni)
Tips no 4: Aktiviti yang diminati
Untuk sentiasa mengekalkan gaya hidup sihat, pastikan anda mempunyai satu aktiviti sukan yang anda minati supaya anda tidak mudah merasa bosan dan cepat putus harapan. Aktiviti ini mungkin juga merupakan hobi yang anda minati seperti berenang, yoga, mendaki, berbasikal, yang mana semuanya membentuk dan membina kekuatan badan.
Dalam misi mengamalkan gaya hidup sihat, ia tidak bermaksud anda perlu menghabiskan masa hanya di gym atau melakukan perkara yang anda tidak gemari. Sentiasa mencuba sesuatu yang baru dan ketahui apa yang memberi impak positif kepada diri anda. Bila anda mula kagum dengan kebolehan diri, anda akan ingin terus melaksanakannya tanpa henti.
Ok itulah empat tips yang I nak share dengan you all. Moga ini dapat membantu especially untuk you all yang tak nak ke gym disebabkan oleh kekangan masa atau kewangan.
Sampai disini dulu, selamat beramal ^_~
No comments:
Post a Comment