Monday, April 25, 2016

Tips cara nak rendahkan kadar kolestrol


Long time no share... hihi ^_~

Hi!!!

Kesibukan yang very unstop, beberapa post I sebelum ni more about kesihatan, since I memang in proses menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan so alang-alang tu I share dengan you all juga ok. InshaAllah when I dah free nanti I will continue share a lot about my journey of life and activity, beside I will continue sharing info perundangan dengan you all since I dapat banyak feed back positive, ada yang bertanya soalan, view and baca. Thank you and sorry ada yang sempat I balas ada yang tak sempat, and so sorry juga if you need my personal advive about perundangan I tak boleh bagi my phone number or reply you all by phone... maybe you all boleh email me tun_pmt02@yahoo.com (InshaAllah setakat yang termampu I try to share my knowledge). Hope apa saja perkongsian I disini will benefits all of you... Amiin.

Ok panjang naw membebel kan, so back to my sharing for today. I nak kongsikan dengan you all 10 tips cara untuk merendahkan kadar kolestrol dalam badan.


Tips No 1 : Herba



Herba seperti bawang putih, halia, lada hitam, daun sup dan serbuk kayu manis boleh memberi lebih khasiat daripada just nak buat makanan tu lebih sedap. Ia juga dapat merendahkan kolestrol. Satu kajian menunjukkan bahawa jika kita makan satu ulas bawang putih sehari, dapat merendahkan kolestrol sehingga 9%.


Tips No 2 : BERHENTI MEROKOK!!!!


Merokok meningkatkan LDL dan merendahkan HDL dan berhenti merokok selalunya dapat improve. Dalam satu kajian, membuktikan bahawa perokok yang berhenti merokok dapat meningkatkan kolesterol bagus dalam badan kepada 5%.


Tips No 3 : Senyum dan gelak selalu




Pernah dengar tak org cakap ” Laughter is the best medicine”?

Gelak meningkatkan HDL. Tambahkan benda kelakar dalam hidup kita dgn cara, menonton maharaja lawak, video youtube kelakar, ataupun sign up instagram/ facebook page yang ada benda kelakar.


Tips No 4 : Banyakkan bergerak





Bersenam sekurang-kurangnya 2½ jam seminggu sudah cukup untuk meningkatkan HDL dan memperbaiki LDL serta trigliserida. Jika anda tidak aktif, mula perlahan-lahan walaupun 10 minit. Pilih senaman digemari bersama rakan yang boleh membantu serta memberi semangat.


Tips no 5: Tambahkan serat




Makanan seperti oatmeal, epal, prun, dan kacang, tinggi dengan serat larut air. Ia akan menyerap kolesterol dari badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang makan 5 – 10 gram lebih daripada itu setiap hari melihat penurunan dalam LDL mereka. Makan lebih banyak serat juga membuatkan lebih berasa kenyang sekaligus akan kurang mengidam makanan ringan. Tetapi serat yang terlalu banyak pada satu-satu masa boleh menyebabkan kekejangan perut atau kembung.


Tips no 6: Ikan




Cuba makan 2 – 4 kali seminggu ikan. Bukan sahaja lemak omega-3 yang sihat, tetapi dengan menggantikan daging merah dengan ikan akan menurunkan kolesterol dan mengurangkan lemak tepu. Beberapa jenis seperti ikan jerung, ikan todak dan ikan mackerel, mengandungi tinggi merkuri yang boleh meningkatkan risiko untuk penyakit jantung. Sebaiknya, pilih ikan salmon, sardin dan tuna.


Tips no 7: Minyak Zaitun



Gunakan minyak zaitun dari menggunakan mentega boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 15%. Sama dengan kesan dos rendah ubat-ubatan. Lemak “baik” dalam minyak zaitun memberi manfaat kepada jantung. Pilih minyak zaitun asli, ia kurang diproses dan mengandungi lebih banyak antioksidan yang membantu menghalang penyakit.


Tips no 7: Kekacang



Kebanyakan jenis kekacang boleh merendahkan LDL kerana ia mengandungi sterol yang berfunsi seperti serat, menjaga badan dengan menyerap kolesterol. Cuma jangan terlebih makan.Kacang tinggi dengan kalori.


Tips no 8: Berehat



Apabila sedang tertekan, kolesterol boleh naik mendadak. Hendaklah berehat. Lupakan sebentar buku atau kerja. Berehat dan jumpa rakan untuk berbual-bual sambil minum kopi, atau buat senaman yoga. Ia akan membantu mengawal kolesterol.


Tips no 9: Ban Trans Fats



Lemak Trans fat meninggi kan LDL dan merendahkan HDL, disamping meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Agak sukar untuk mengelaknya di Malaysia kerana ia ter dapat dalam makanan bergoreng, cake dan pastries dan even dalam margerine. Macam mana hendak mengelaknya? Baca lebel apabila hendak membeli barang di supermarket.


Tips no 10: Diet dan kurangkan sedikit berat



Tak semestinya kena lose weight yang banyak untuk merendahkan kolestrol. Jika anda overweight, kurangkan 3 kg dan anda akan merendahkan LDL sebanyak 8%. Tapi untuk selamat, “reduce your weight” tapi secara perlahan-lahan. Dapat 1kg seminggu pun dah cantik. Makan meal plan ezdiet yang berkalori rendah akan membantu anda kurangkan berat secara selamat. Plan yang berkalori 1200-1600 cukup untuk lelaki dan wanita.

Ok till here for today, happy reading and sharing. Thank you.

SHARING IS CARING
CARING IS LOVING

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...