3 aktiviti hujung minggu
yang tidak sihat!
Hi you all, bagi yang sedang usaha diet mungkin anda banyak memfokuskan diri dengan diet makanan dan senaman, betul tak? Tahukah you all selain dari diet makanan dan senaman, adalah penting juga untuk you all mengamalkan cara hidup sihat atau melakukan aktiviti-aktiviti sehat. Bagi you all yang telah melalui satu minggu yang sangat produktif di tempat kerja, berjaya mengekalkan amalan pemakanan sihat serta tidak ketinggalan langsung sesi bersenam di gim. Namun apabila hujung minggu tiba, segala kerja keras tersebut seperti tidak berlaku hanya kerana beberapa aktiviti hujung minggu yang tidak sihat. Di sini I nak kongsikan 3 aktiviti untuk you all jauhi di hujung minggu bagi menjayakan misi gaya hidup sihat pada tahun 2016.
Tip 1: Makan dan minum secara berlebihan/keterlaluan
Aktiviti ini sebenarnya amat mudah dilihat kerana ia kerap berlaku pada tiap hujung minggu. Terdapat mereka yang sangat berdisplin dan mengekalkan aktiviti gaya hidup sihat pada hari-hari biasa tetapi apabila tiba hujung minggu segalanya berubah terutama dari segi pemakanan dengan justifikasi hari minggu adalah cheat day. Kitaran ini sebenarnya sangat tidak sihat kerana anda sebenarnya telah ‘merosakkan’ segala usaha keras anda sepanjang minggu tersebut. Matlamat jangka masa panjang dalam mengamalkan gaya hidup sihat sebenarnya memerlukan kesimbangan, khususnya dari segi pemakanan dan aktiviti seharian. Justeru, jangan terlalu ekstrem dalam menghindari makanan tidak sihat ataupun makan secara terlampau mengikut nafsu. Ingatlah bahawa kunci kepada kesihatan berpanjangan adalah mencari keseimbangan dalam hidup seharian!
Tips 2: Tidur sepanjang hari
Ramai antara kita tidak sabar untuk mengambil peluang di hujung minggu untuk merehatkan minda dan mendapatkan tidur yang secukupnya. Namun begitu, jika anda menghabiskan separuh dari hari minggu anda dengan aktiviti tidur, ini akan menyebabkan mekanisme biologi yang mengawal fungsi badan anda terjejas, seterusnya menyukarkan anda untuk bangun seperti biasa apabila hari Isnin tiba. Jika anda memang perlukan sedikit masa tambahan kepada waktu tidur di hujung minggu, sebolehnya pastikan ia tidak melebihi satu jam dari waktu bangun tidur pada hari-hari biasa.
Tips 3: Membawa pulang
kerja pejabat
Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, kita semua mudah untuk dihubungi. Walaubagaimanapun, kemajuan ini jugalah yang membawa tekanan kepada kehidupan harian kita. Hujung minggu sepatutnya diisi dengan aktiviti yang merehatkan minda dan meluangkan masa dengan orang tersayang sambil menyediakan diri untuk melaksanakan aktiviti minggu seterusnya dengan penuh semangat. Tetapi, senario biasa pada masa kini ialah ramai di antara kita yang membawa pulang kerja pejabat untuk disiapkan di hujung minggu. Ini secara langsung akan menambahkan tekanan kepada diri yang akan membawa kepada peningkatan berat badan serta pelbagai masalah kesihatan yang lain. Oleh yang demikian, pastikan anda menggunakan masa hujung minggu sebaiknya untuk berehat dan menenangkan diri atau relax and recharge!
Ok till here, selamat mengamalkan cara hidup sehat, selamat berdiet & enjoy life ^_~
sharing is caring, caring is loving.
Sumber : www.ezdiet.com
No comments:
Post a Comment