Tuesday, March 29, 2016

Hilangkan Lemak di Perut


Hi you all 

Hari ni I saja nak share sikit dengan you all tentang 5 makanan yang boleh membantu you all yang sedang berusaha mengurangkan lemak di bahagian perut. 

Terdapat pelbagai kajian yang membuktikan makanan-makanan berikut dapat membantu mengurangkan lemak di bahagian perut dan juga memberi impak positif kepada jantung anda. Antara makanan-makanan tersebut ialah;


1. Kekacang




Berdasarkan kepada satu hasil kajian terkini, mereka yang mengamalkan ¼ cawan badam selama 6 bulan mempunyai kadar pengurangan berat badan 62% lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengamalkan pengambilan sebarang kekacang dalam diet seharian. Selain itu, pengambilan pelbagai jenis kekacang juga memberikan rasa kenyang lebih lama daripada memakan snek tradisional seperti keropok atau jajan.


2. Ubi Keledek




Ubi keledek kaya dengan antioksida yang membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan ketahanan insulin seterusnya menghindari kalori berlebihan ditukarkan kepada lemak di bahagian perut. Selain keledek, lobak merah, anggur dan sayuran kekacang juga tinggi dalam kandungan antioksida dan patut diamalkan dalam diet harian.


3. Bijirin Penuh




Kandungan serat dalam bijirin penuh adalah sangat tinggi dan akan memberikan rasa kenyang lebih lama di samping mengurangkan pengambilan kalori dalam diet seharian. Satu kajian terkini mendapati, mereka yang mengambil 3 hidangan atau lebih karbohidrat berbijirin penuh sehari seperti oat dan roti gandum penuh mengalami pengurangan lemak di bahagian perut sebanyak 10% jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil jumlah hidangan yang sama tetapi dalam bentuk karbohidrat yang diproses contonhnya nasi putih dan pasta.


4. Limau Gedang (Grapefruit)



Buah limau gedang mengandungi serat boleh larut di mana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam seterusnya membantu anda merasa kenyang dengan kuantiti kalori yang sedikit. Dalam satu kajian, responden yang mengamalkan pengambilan limau gedang selama 6 minggu mendapati mereka bukan sahaja kehilangan hampir satu inci ukuran pinggang tetapi tahap kolestrol juga menurun.


5. Salmon




Ikan salmon mempunyai kandungan protein yang tinggi untuk membina otot, di mana ia mempercepatkan kadar metabolisma badan anda dan membakar lebih banyak kalori walaupun semasa anda duduk di meja atau memandu kereta. Pengambilan ikan sebanyak 2 hidangan dalam seminggu juga disarankan untuk kesihatan jantung anda.



Ok till here my simple sharing, since I tengah mood vacation so I nak more relaxing sharing pasal diet dan makanan sehat ni sebab maklumlah bila gi vacation I sure makan banyak dan sedap so balik ni will follow as per my sharing to you all  ^_~ hahahaha

THE END

No comments:

Post a Comment

JOM DERMA DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA #blooddonor

JOM DERMA DARAH, FOLLOW PUSAT DARAH NEGARA UNTUK INFO ATAU HADIR KE PUSAT DARAH NEGARA UNTUK MENDERMA 11 Januari 2024 : Sehingga jam 3.30 pe...